Tuesday 20 March 2012

Shuhaimi Shafie (PKR-Seri Muda) Ibarat 'Anjing Menyalak Bukit'

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mencetuskan ketegangan di antara wakil rakyat kerajaan negeri dan pembangkang mengenai tuduhan melibatkan isu perlombongan pasir dan penjualan tanah di negeri ini.

Tuduhan itu dikemukakan oleh Mat Shuhaimi Shafiei (PKR-Seri Muda) terhadap Datuk Mohd. Isa Abu Kasim (BN-Batang Kali) ketika membahaskan titah ucapan Sultan Selangor dalam sidang berkenaa bahawa wujudnya banyak kawasan lombong di kawasan Batang Kali ketika pentadbiran BN sebelum ini.

Tuduhan itu bagaimanapun, mencetuskan rasa tidak puas hati Mohd. Isa yang bangun mencelah dan meminta Mat Shuhaimi memberikan penjelas mengenai lombong tersebut namun, shuhaimi tidak memberikan sebarang fakta mengenai lombong-lombong di kawasan berkenaan. 

Bagaimanapun, keadaan dewan bertambah tegang apabila Mat Shuhaimi sekali lagi membuat tuduhan bahawa wwujudnya aktiviti penjualan tanah ketika pentadbiran BN di Selangor sebelum ini membabitkan kawasan Sri Serdang dan juga Tanjong Karang.

Susulan daripada tuduhan itu, Mohd. Isa sekali lagi mendesak Mat Shuhaimi memberikan penjelasan dan fakta mengenai tuduhan adanya penjualan tanah itu seperti yang didakwa.

Namun, Mat Shuhaimi juga tidak memberikan sebarang fakta, butiran serta bukti-bukti mengenai tuduhannya itu sehingga memaksa Timbalan Speaker, Haniza Mohamed Talha campur tangan.

Sementara itu, Mohd. Isa, ketika bercakap kepada pemberita menyatakan rasa kesal dengan tindakan Mat Shuhaimi itu yang sengaja membuat tuduhan tersebut untuk memburuk-burukkan pentadbiran BN di Selangor sebelum ini.


Katanya, tuduhan Mat Shuhaimi mengenai lombong di Batang Kali itu bukanlah lombong pasir tetapi ia adalah lombong pasir yang telah wujud lama sebelum ini.

"Apa yang dituduh oleh beliau (Mat Shuhaimi) itu adalah tuduhan jahat dengan niat memburukkan BN. Beliau mahu menutup kelemahan mereka dalam pentadbiran di negeri ini seperti dakwaan wujudnya penyelewengan dalam aktiviti perlombongan pasir.

"Sepatutnya sebarang tuduhan yang dibuat di dalam dewan harus disusuli dengan fakta, bukannya membuat tuduhan melulu,"jelasnya.

Pandangan itu turut disokong oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Abdul Shukor Idrus dan mencabar Mat Shuhaimi memperincikan setiap pembangunan yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri.

"Saya cabar beliau senaraikan pembangunan yang telah dibuat. Dah empat tahun mereka memerintah, apa yang dilakukan oleh mereka, tidak ada..namakan sebatang jalan yang mereka bangunkan, tidak ada.

"Yang ada hanyalah air percuma sebanyak RM11 yang tidak semua rakyat menikmatinya," ujarnya. 

No comments:

Post a Comment