SELAMA hari ini rakyat sering kali didoktrinkan dengan pemikiran
bahawa Pakatan Rakyat berupaya membawa Malaysia ke satu tahap yang baru,
dibandingkan dengan Barisan Nasional (BN). Kunci kepada idea pembaharuan
tersebut ialah dengan meletakkan Anwar sebagai ikon pemimpin yang suci, bersih
dari segala penyalahgunaan kuasa dan rasuah – mengambil teladan dari rekodnya
sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebelum dipecat
pada 1998 atas kesalahan moral.
Justeru, amat penting sekali Anwar dan Pakatan Rakyat ‘dilihat’
bebas dari sebarang unsur-unsur berkaitan rasuah dan salah guna kuasa. Kalau
pun ada, ia perlu cepat-cepat di sapu ke bawah karpet sebelum ada yang nampak dan
cuba mempersoalkan.
Paling tidak, tuduh UMNO sebagai dalang dan nescaya perkara itu
akan cepat dilupakan. Inilah strateginya.
Tapi perkembangan mutakhir dalam kes saman antara ahli perniagaan
Low Thiam Hoe dengan Hong Leong Bank Berhad berhubung skandal pembelian
Kewangan Bersatu Berhad (KBB) bernilai RM 445 juta pada 1998, yang menyaksikan
nama Anwar dan Pengerusi Hong Leong, Tan Sri Quek Leng Chan turut terbabit,
dipercayai akan mengubah pandangan rakyat terhadap ‘kesucian’ Anwar.
Latar belakang ini kes ini secara ringkasnya ialah wang sebanyak
RM 445 juta telah dibayar untuk tujuan pengambilalihan KBB tapi pengambilalihan
itu sendiri tidak pernah berlaku.
DImana Anwar terlibat? Anwar terlibat hasil dari peranannya
sebagai Menteri Kewangan dan hubungan baiknya dengan Quek yang menyaksikan
transaksi wang itu berlaku ketika banyak proses lain berkaitan pengambilalihan
masih belum selesai. Disamping itu, hubungan Anwar dengan pemilik asal KBB,
syarikat Arus Murni Corporation Sdn Bhd (AMC) yang dimiliki kroninya, Hamzah
Harun dan Mohd Faiz Abdullah (yang juga penulis ucapannya) yang turut memainkan
peranan penting dalam kes ini.
Suka juga nak disebutkan bahawa sejarah hubungan Anwar dengan Quek
itu sendiri menarik untuk diperkatakan tapi penulis tinggalkan sementara kerana
yang nak dibincangkankan ini jauh lebih penting.
Hakikat yang rakyat perlu tahu berkenaan kes ini, ada tekanan dari
Anwar supaya jumlah wang yang besar tersebut dibayar kepada AMC tanpa menunggu
proses ambil alih selesai kerana Anwar dikatakan terdesak untuk mendapatkan
wang bagi menjatuhkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO
dengan segera sebelum mantan Perdana Menteri tersebut ‘difahamkan’ mengenai
kesalahan seksual dan salah guna kuasanya oleh pihak polis.
Sebagai pengasas politik wang dalam UMNO, penggunaan wang untuk
menjatuhkan pemimpin ini bukanlah satu yang mengejutkan. Anwar di dakwa pernah
menggunakan wang sebanyak RM 200 juta (juga melalui hubungannya dengan Quek)
pada 1992 untuk menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri ketika itu Allahyarham Tun
Ghaffar Baba. Nasib baik arwah Ghaffar tidak meneruskan pertandingan setelah
melihat jumlah pencalonan yang kurang, kalau tidak tahulah siapa yang togel
dikerjakan Anwar untuk memuaskan nafsu politik serakahnya itu.
Tapi yang lebih penting disini ialah untuk rakyat menilai siapa
dia Anwar. Dengan jenisnya yang bukan reti nak bertaubat, kita yakin Anwar akan
meneruskan taktik menguasai parti pemerintah dan kerajaan melalui cara yang
diasaskannya di dalam UMNO dahulu – wang.
Walaupun perkara ini berlaku 14 tahun dahulu, itu bukanlah satu
masalah yang besar sebab individu yang melakukan itu masih orang yang sama.
Kalau kes liwatnya dijadikan perbandingan, jelasnya tidak ada apa yang berubah
mengenai Anwar, dia masih macam itu, masih macam dulu.
Pendek kata, kalau dulu dia liwat dan sekarang masih liwat, maka
kalau dulu dia korup, sekarang dan selamanyalah dia akan korup.
Kita lihat selepas ini sama ada Anwar berani untuk tampil sebagai
saksi dalam kes ini, atau dia akan menggunakan seluruh armada guamannya untuk
memastikan dia tidak perlu hadir, seterusnya mengelak dari terkait dalam kes
ini dengan apa cara sekalipun.
Malah sekarang pun kita dimaklumkan bahawa sapina ke atas Anwar
gagal diserahkan walaupun peguam yang mewakili Thiam Ho, D Paramalingam
menunggunya di Parlimen.
Kenapa Anwar mengelak, ini yang pelik. Kalau tak salah hadap
sajalah, kenapa mesti mengelak?
Kesimpulannya, rakyat yang mengimpikan Malaysia akan bebas dari
rasuah dan penyalahgunaan kuasa dibawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat
pimpinan Anwar, sebenarnya hanya bermimpi di siang hari. Malah lebih teruk
lagi, ada banyak kemungkinan negara kita akan bertambah hancur kerana
kepimpinan di atas tidak boleh dipertikai dan ditegur dek kecenderungan Anwar
menyalahgunakan kuasanya untuk memaksa pihak polis melakukan tindakan tertentu
bagi menutup apa juga kesalahan yang ada kaitan dengannya.
Anwar terbukti bahaya dan tidak
layak untuk menjadi Perdana Menteri kita.
No comments:
Post a Comment