Wednesday 18 April 2012

Bekas Rakan Seperjuangan Anwar Tubuh TIBAI Ajak Rakyat Tolak Anwar



Kelab TIBAI, atau dikenali sebagai Tolak Insan Bernama Anwar Ibrahim yang akan dilancarkan pada 22 April ini di Kelab Sultan Sulaiman ini diwakili 28 orang Ahli Majlis Syura yang terdiri dari bekas-bekas pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang sanggup berjuang berhabis-habisan menolak Anwar Ibrahim dan sekutunya dari arus politik perdana.

Mursyidul Amnya, Muhammad Zahid Md Arip berkata, matlamat ulama penubuhan TIBAI adalah untuk membangkitkan kesedaran maksimum di kalangan rakyat untuk menolak Anwar Ibrahim dan sekutu-sekutunya pada pilihanraya umum yang akan datang.

“Kita akan turun ke kawasan-kawasan yang dimenangi dan ditandingi oleh PKR khususnya tumpuan utama akan diberikan di Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Jika kita dulu bersatu untuk berjuang mempertahankan Anwar tetapi hari ini, kami akan bersatu dalam satu ketumbukann yang padu dalam melaksanakan program dan agenda besar ini. Tanpa berselindung, TIBAI akan memberikan sokongan yang padu dan jitu kepada UMNO dan Barisan Nasional pada PRU-13 ini,” ujarnya kepada pemberita dalam sesi taklimat kepada pihak media mengenai penubuhan TIBAI ini.

Dalam masa yang sama, Zahid mencabar Datuk Tamrin Ghafar mengemukakan bukti bagi membuktikan dakwaannya bahawa UMNO menggunakan taktik kotor memberikan kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin (PATI) dengan tujuan untuk mengundi pada PRU kelak.

“Bagi membuktikan dakwaannya lebih berkreabiliti, saya turut mencabar Tamrin untuk dia memulangkan semula kepada kerajaan, semua elaun, semua gaji semasa dia menjadi ADUN dan Ahli Parlimen. Barangkali ia berlaku di zaman dia, ketika zaman dia bertanding, barangkali dia terlibat sebab itu dia tahu.

Selagi dia tak pulangkan segala elaun dia kepada kerajaan, saya anggap kenyataan dia bukanlah kenyataan yang berkreabiliti, tak perlu dilayan kerana ini merupakan satu kenyataan yang desperate, yang terdesak pemimpin-pemimpin yang dilanda sindrom selepas mereka berkuasa ini,” ujarnya yang merupakan bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan Nasional.

Ahli Majlis Syura TIBAI dianggotai oleh bekas-bekas seperjuangan bersama Anwar Ibrahim seperti SD Johari Md Yassin, Ng Lum Yong, Wan Indra Putra, Ruslan Kassim,  Nazmi Rusly, Ummi Hafilda Ali, Hamidzun Khairuddin, Auar Shaari dan Rahimi Osman, manakala Dato’ Zulkifli Nordin dan Senator Ezam Mohd Noor merupakan penasihat TIBAI. 

Sumber: Sahabat-Gunung

Penangan Radioaktif ARE: Merungut Dari Syurga


Sekali lagi Sin Chew Jit Poh dan Guong Ming Daily menyiarkan iklan mengenai ‘mangsa’ radioaktif kilang Asian Rare Earth (ARE).  Iklan satu muka penuh tersebut disiarkan masing-masing di muka 18 dan 7 yang pastinya berjumlah lebih RM100,000 lagi, bertujuan merayu sumbangan RM10 dari kaum Cina bagi menentang operasi Lynas di mahkamah. 

‘Mangsa’ tersebut, Cheah Kok Leong yang dilahirkan terencat akal dan cacat fizikal telah pun meninggal dunia hampir tiga minggu lepas.  Namun, mendiang kini tidak tenang dan masih berdendam kerana tidak dapat membuktikan bahawa bekas kilang tempat ibunya bekerja, iaitu ARE adalah punca kecacatannya dan mungkin juga kematiannya. 

Dan kini, seperti yang dipaparkan oleh iklan satu muka tersebut, mendiang sedang merungut kerana telah mati!  (Complaints from heaven:  I don’t want to die yet!!)  Hebat sekali penangan radioaktif ARE sehingga walaupun sudah mati, masih lagi boleh berhubung dengan kita semua. 

Sudah menjadi sikap pihak anti kerajaan untuk merungut mengenai segala-galanya.  Kerana itu, walaupun berada di syurga, mereka masih lagi merungut. 

Mungkin juga syurganya tidak begitu selesa kerana mendiang adalah dari jenis tak reti bersyukur.  Mana tidaknya, sepatutnya orang yang sudah sampai ke syurga tidak ada penyesalan, tetapi mendiang masih ingin terus hidup di dunia walaupun dalam kecacatan.  Justeru, mendiang telah ditempatkan di syurga paling lekeh - agaknya. 

Sepatutnya, sebelum pihak Jawatankuasa Selamatkan Malaysia (Save Malaysia Committee (SMC)) bercakap mengenai Lynas dan mempermainkan mendiang Kok Leong, mereka harus terlebih dahulu membuktikan bahawa Kok Leong cacat dan akhirnya meninggal dunia disebabkan oleh pendedahan radioaktif dari kilang ARE.  

Oleh itu, jika benar SMC adalah sekumpulan manusia yang ikhlas berjuang, prihatin dan bertanggungjawab, mereka wajib mengusahakan agar satu bedah siasat dilakukan bagi mengenalpasti punca kecacatan dan kematian Kok Leong sebelum memperalatkan mendiang bagi merayu sumbangan yang sebenarnya mereka tidak perlu pun. 

Adalah tidak mungkin pihak yang mampu mengeluarkan wang sebegitu banyak untuk menempah ruang iklan dan menggerakan demonstrasi besar-besaran, tidak mampu menanggung kos perundangan.

Kini, Kok Leong telah pun berada di syurga dan apa yang tinggal hanyalah rekod mahkamah iaitu “tiada bukti kilang ARE menjadi punca kecacatan Kok Leong”. 

Walaupun isu ini bukanlah isu Kok Leong atau ARE, tetapi demi mencapai tujuan mereka, pihak SMC telah mempergunakan Kok Leong sehingga mendiang menjadi tidak tenang di syurga. 

Tindakan SMC ini tiada bezanya dengan tindakan DAP mempergunakan mendiang Teoh Beng Hock sebagai modal politik bagi mengalihkan pandangan ramai dari siasatan korupsi pemimpin mereka. 

Hakikatnya, kilang Lynas telah dibuktikan sebagai selamat oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab dan kita boleh menilainya sendiri melalui bukti-bukti saintifik yang dikemukakan. 

Oleh itu, kita tidak dapat mengelak dari mengesyaki bahawa pihak ini, jika tidak bertujuan memberi publisiti kepada pembangkang terutamanya DAP, maka kemungkinan besar mereka sebenarnya ditugaskan untuk memastikan kilang Lynas tidak beroperasi di Malaysia dengan apa cara sekalipun agar monopoli nadir bumi negara China tidak terjejas

Sunday 15 April 2012

Nurul Izzah Anwar Pun Ada Video Aksi Panas??


Biar betol? Namun aku berharap agar berita mengatakan YB Nurul izzah Anwar juga mempunyai aksi-aksi panas ketika beliau menuntut di UM dulu bersama seorang pensyarah hanya spekulasi semata-mata …

Namun, aku berharap agar Nurul buat penafikan mengenai isu baru nie ..

Aku bukannya penyokong PKR atau Nurul Izzah sekalipun, namun aku kesian plak tengok maknya …. 

Wan Azizah, takkan suami tak boleh pakai, ada video panas plak tu, takkan anak harapannya juga mempunyai perangai yang sama ….

Kalau nak tahu kisah video Nurul izzah nie, sila ke blog AAKJ ….

Saturday 14 April 2012

Hanya 200 Orang Dijangka Hadir Demo PTPTN


Demonstrasi anti PTPTN anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) pagi ini dijangka hanya dihadiri sekitar 200 orang sahaja selepas ramai kalangan pelajar universiti berbelah bagi dan hilang minat membicarakan isu tersebut.

Kebanyakkan mahasiswa dilaporkan semakin tawar hati dan melihat janji-janji Anwar dalam isu pemansuhan PTPTN hanyalah satu propaganda bersifat politiking semata-mata untuk kepentingan Anwar serta barisan pembangkang dan bukannya bermaksud mahu membantu mahasiswa.

Situasi tersebut dipercayai wujud selepas masing-masing telah mengetahui penglibatan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim adalah antara pendukung utama yang meluluskan penubuhan PTPTN lewat tahun 90-an dulu.

Bagaimanapun menurut sumber rapat dengan SMM menyebut, beberapa langkah awal telahpun disegerakan untuk mengelakkan demoinstrasi tersebut gagal sama sekali.

Menurutnya, Adam Adli dan Safwan Anang telahpun mengadakan perjumpaan tertutup dengan beberapa pemimpin pembangkang yang rapat dengan Anwar Ibrahim untuk membincangkan strategi saat akhir untuk mobilise semaksima mungkin mahasiswa untuk turun ke jalanraya.

Antara langkah yang telah dipersetujui dan sedang digerakkan ialah menambah dana peruntukan kewangan untuk menampung kos upah pendemo yang dinaikan dua kali ganda bertujuan menarik minat lebih ramai mahasiswa menyertai demonstrasi tersebut.

Selain itu SMM juga telah meminta bantuan unit foto Harakahdaily dan Malaysiakini supaya menghantar seorang jurufoto terbaik mereka bagi merakamkan foto close-up semasa demonstrasi untuk memberi gambaran kepada umum yang demonstrasi tersebut berjaya dan mendapat sambutan hangat.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, wakil Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menafikan berita awal sebelum ini yang menyebut penglibatan mereka yang dikatakan menyokong demonstrasi anti-PTPTN anjuran SMM sebaliknya menyeru supaya mahasiswa menggunakan kewarasan akal fikiran dalam menilai setiap isu berbangkit.

Malam Tadi Sempat Seround .... Pagi Nie nak Berdemo ....



Pagi nie Adam nak gi berjuang, malam tadi abg Nuar sempatlah bagi tenaga sikit untuk dijadikan bekalan …. Nak menyalak pagi-pagi nie di Dataran Merdeka.

Tuesday 3 April 2012

RON95 terpaksa dinaikkan juga mulai esok….



Aduh, walaupun beberapa hari lepas Datuk Ismail Sabri mengatakan harga minyak akan dikekalkan walaupun harga minyak dunia telah naik, tapi minggu depan terpaksa dinaikkan juga….




Ini angkara RON95 kekal, minyak tak naik tetapi ada orang naik minyak….

Siapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim, Karpal Singh, LGE, Hadi Awang – mereka-mereka inilah yang naik minyak sebab tak dapat gunakan peluang menghasut rakyat seperti di Indonesia untuk mengadakan demostrasi minyak…..

Apa Istimewanya Rafizi Di Hati Anwar?


Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli kini menjadi anak emas Ketua Umum, Anwar Ibrahim.

Apa tidaknya, saban hari ada sahaja berita mengenai anak muda berusia 34 tahun ini mencuri berita sensasi muka depan media, blog-blog dan laman web-laman web pembangkang.

Di kalangan pemimpin PKR dan Di kalangan pemimpin PKR dan sesetengah tokoh Pakatan Rakyat, Rafizi kini dilihat sebagai hero.

Nama beliau mula mendapat perhatian setelah memainkan isu projek penternakan lembu National Feedlot Corporation sehingga di beri nama jolokan 'Mr NFC'.

Malah Anwar menatang beliau bagaikan minyak yang penuh sehingga melantiknya sebagai Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dengan gaji nag dikatakan mencecah lebih RM30,000 sebulan.

Penonjolan beliau yang dikatakan agak berlebihan sehingga membayangi tokoh-tokoh parti lain yang tidak kurang hebatnya dikatakan telah menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka.

Walaupun dihadapan Anwar mereka menunjukkan sikap hipokrit dengan budaya cium tangan, namun di belakang pemimpin kedengaran suara kutuk mengutuk, sindir menyindir yang ditujukan kepada Anwar dan Rafizi.

Untuk memahami kenaikan mendadak Rafizi dalam PKR, harus difahami sedikit sejarah dan latar belakang hubungan Rafizi dan Anwar terlebih dahulu.

Rafizi mula mendapat perhatian Anwar ketika bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (dimana Anwar juga pernah menuntut) itu melanjutkan pelajaran ke United Kingdom pada tahun 1995 atas biasiswa Petronas.

Bagaimana detik pertama pertemuan atau jalinan hubungan Anwar dengan Rafizi tidak berapa jelas namun ketika Anwar memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, pernah dikatakan beliau meluru menaiki pesawat untuk menemui Rafizi di London setelah mendapat "panggilan cemas" dari anak muda kelahiran Terengganu itu.

Apa yang menyebabkan Anwar meninggalkan tugas dan tanggungjawab rasminya kepada negara untuk berjumpa dengan budak berumur 19 tahun ketika itu tidak pula diketahui.

Apa yang diketahui Anwar begitu mengambil berat terhadap Rafizi yang ketika agak "cute" dan pria yang manis mukanya.

Mungkin sebab kepandaian Rafizi dalam bidang akademik yang menjadi tarikan kepada Anwar.

Namun timbul tanda tanya apabila Anwar sanggup men'sponsor' majlis makan sempena perkahwinan Rafizi di kediamannya di Bukit Segambut kira-kira 4-5 bulan lalu.

Perkara ini tidak pernah dilakukan oleh Anwar terhadap mana-mana pimpinan PKR yang lain sehingga timbul cakap-cakap belakang mereka yang hadir pada majlis tersebut, "Aku kahwin dah le dia (Anwar) tak datang, inikan pula nak sponsor, perggh hebat Rafizi!" begitulah lebih kurang gosip ahli-ahli PKR.

Pemilihan parti dua tahun lalu, Anwar mahukan Rafizi menggantikan Shamsul Iskandar sebagai Ketua AMK, namun Rafizi terpaksa undur kerana Shamsul tidak mahu mengalah.

Ini menyebabkan hubungan Anwar dan Shamsul dingin semenjak itu kerana tidak mahu memberi laluan kepada anak emasnya.

Sebagai ganti, Anwar melantik Rafizi sebagai ketua stafnya di pejabat beliau dan melantiknya ke salah satu jawatan yang amat penting dalam parti iaitu Pengarah Strategik.

Sejak itu Anwar seolah-olah hanya mengharapakan Rafizi seorang sahaja dalam PKR untuk mengadakan sidang media, mengeluarkan kenyataan akhbar dan sebagai jurucakap parti.

Tenggelam semua pemimpin parti yang lain termasuk Azmin, Shamsul, Saifuddin, Zuraida, Nurul Izzah di bawah bayangan Rafizi.

Mungkin juga Anwar sedang merancang untuk menaikkan rafizi ke posisi yang lebih tinggi di dalam parti.

Dengar khabarnya, kawasan parlimen Pandan yang sekian lama menjadi idaman Zakaria atau Zek (bekas pengurus bolasepak Selangor sehingga dipecat oleh Khalid Ibrahim) telah dengan senangnya diberi kepada Rafizi.

Setelah lebih 10 tahun bertungkus lumus membina kekuatan dan sokongan parti di kawasan itu, semua jasa dan sumbangan Zek dicampak oleh Anwar begitu sahaja tanpa sebarang rasa terima kasih dan pengiktirafan kepada seorang pejuang parti.

Inilah cara PKR menghargai sumbangan dan penat jerih penyokong-penyokongnya - guna dan buang!

CAT Kerajaan DAP Pulau Pinang Ibarat Bunyi Kucing ‘Meow Meow’


Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP bersama dengan pakatan pembangkang telah terbukti gagal menjalankan tanggungjawabnya bukan saja sebagai pentadbir tetapi juga tidak melaksanakan amanah yang telah diberikan oleh pengundi untuk menjaga kebajikan dan keselesaan masyarakatnya.

Ketua UMNO Bahagian Tanjong, Datuk Ahmad Ibinihajar menegaskan bahawa saban hari pasti ada saja keluhan yang didengar daripada rakyat malahan beliau sendiri turut merasai kepincangan kerajaan negeri yang hanya pandai bercakap.

“Sebelum PRU ke-12 macam-macam tuduhan pembangkang buat pada Barisan Nasional (BN) tetapi selepas mereka mendapat kuasa maka kita sendiri boleh lihat dan tunjukkan dengan bukti yang jelas bahawa bukan mudah untuk mentadbir negeri sebagaimana yang telah dilakukan oleh BN selama ini,” katanya kepada UMNO-Online.

Jelas beliau, kepimpinan DAP dengan Menteri Besarnya Lim Guan Eng terlalu bias selain sentiasa mengamalkan sikap rasis bukan saja kepada para peniaga malahan bantuan persekolahan dan rakyat tempatan turut dipinggirkan juga.

“Mereka menggunakan slogan CAT (Cekap, Akauntibiliti dan Telus) tetapi apa yang mereka praktikkan sama macam cat (kucing) yang hanya tahu berbunyi ‘meow’ dan tak ada apa-apa yang dilaksanakan sebagaimana slogan itu sendiri,” tegasnya.

Tambahnya, persekitaran negeri Pulau Mutiara terbabit telah banyak berubah dengan suasana kesesakan bukan hanya dijalan-jalan raya tetapi juga di bahu-bahu jalan yang penuh dengan kenderaan diletakkan sesuka hati tanpa ada seliaan atau penyelenggaraan daripada pihak bertanggungjawab.

“Pemimpin DAP bercakap soal pelaburan dan pelancongan sedangkan semua itu bukan datang dalam tempoh masa terdekat ini tetapi sebenarnya ia adalah hasil daripada pentadbiran kerajaan BN terdahulu yang menjadikan negeri tersebut makmur, aman dan mendamaikan sebaliknya hari ini ia bukan lagi begitu.

“Kerajaan DAP tidak ambil peduli keperitan yang dirasa oleh rakyat bawahan apatah lagi jika mereka ini bukan dari kelompok mereka maka permasalahan yang dikemukakan tidak akan diambil peduli sehinggakan kesan tersebut turut dirasai bahangnya oleh para peniaga yang melabur di negeri ini semasa pentadbiran BN dulu.”

Sumber: MediaUMNO

Shamsidar Dan Azmin Perlu Perjelas Tuduhan Nallakarupan


Kisah cinta tiga segi gila Anwar-Shamsidar-Azmin bukan lagi rahsia. 

Walaupun bekas rakan baik mereka iaitu Nallakarupan berkata akan mendedahkan lagi kisah mereka, tetapi bagi rakyat Malaysia, kita merasakan yang kita telah mendengar semuanya dan apa yang kita dengar sudah cukup teruk, jijik sehingga sukar untuk dipercayai jika ia tidak beserta dengan bukti-bukti mahkamah.  

Namun, dari satu segi, kita juga percaya bahawa kerana ia terlalu jijik sehingga sukar dipercayailah maka kita percaya ianya benar, kerana seorang rakan atau ahli keluarga, mahupun seorang asing sekali pun tidak mungkin dapat mereka-reka cerita yang pelik lagi jijik sebegitu terhadap sesiapapun. 

Cuma, yang kita sangsi hanyalah jika benar ada lagi kisah yang lebih jijik yang belum diceritakan oleh Nallakarupan mengenai ketiga-tiga manusia ‘istimewa’ ini.    Maksud penulis, sejauh dan sehina mana lagi ketiga-tiga manusia ini sanggup lakukan?

Setelah bertahun-tahun kisah cinta tiga segi gila ini diperkatakan, hanya dalam masa seminggu ini kisah ini kembali hangat iaitu apabila Anwar memfailkan saman terhadap Nalla dalam keadaan terdesak dan terpaksa. 

Bertambah pelik kisah ini apabila pihak yang bakal disaman, iaitu Nalla dan bukannya pihak yang ingin menyaman iaitu Anwar, yang bertindak menghangatkan lagi soal saman ini dengan membuat sidang akhbar.   Nalla dan sekumpulan bekas-bekas ahli dan pemimpin PKR serta rakan-rakan Anwar telah ‘bersatu’ menyatakan kesediaan menerima serangan dari Anwar berikutan pendedahan mereka selama ini. 

Anwar yang kita kenal amat suka mempesar-besarkan isu terutama isu beliau menyaman musuh-musuhnya.  Hairan sekali setelah memfailkan saman terhadap Nalla, beliau tidak pula membuat sidang akhbar, mencabar kesemua mereka dengan lantang sepertimana yang dilakukan oleh Nalla terhadapnya.  

Nampak benar Anwar begitu keberatan untuk mengundang publisiti dalam isu ini. 

Lebih menghairankan lagi ialah apabila Anwar masih tidak menyerahkan saman tersebut terhadap Nalla setelah memfailkannya.  Ini menyebabkan kes ini tidak boleh dibawa ke mahkamah. 

Memandangkan Anwar mengambil sikap ‘pasif’ dalam isu menyaman Nalla ini, maka adalah wajib bagi Shamsidar dan Azmin untuk tampil membersihkan nama mereka yang telah tercemar teruk akibat pendedahan Nalla. 

Sebenarnya, Azmin dan Shamsidar lebih teruk terjejas dari pendedahan Nalla kerana mereka adalah suami isteri yang kedua-duanya sekali dibabitkan dalam skandal seks Anwar Ibrahim.  Mereka tidak boleh menganggap pendedahan Nalla ini hanya melibatkan Anwar dan langsung tidak terasa terpukul olehnya. 

Seharusnya, Shamsidar dan Azmin membuat sidang akbhar untuk mempertahankan diri, membersihkan nama dan meniup gendang perang terhadap Nalla.  Kita juga menjangkakan drama air mata Shamsidar sebagai wanita baik yang telah difitnah dengan teruk sekali serta drama kemarahan Azmin membela diri dan membelasah semua orang yang mengaibkan isterinya bagi membuktikan beliau bukan dayus seperti yang disangka. 

Ini kerana, jika benar ini semua fitnah, ia adalah fitnah yang amat sangat keterlaluan. 

Adalah mustahil bagi mana-mana pasangan suami isteri di dunia untuk membiarkan sahaja nama dan maruah mereka dan keluarga mereka diaibkan sebegitu rupa jika segalanya fitnah belaka.  Bayangkan bagaimana mereka boleh bersemuka dengan anak-anak, rakan-rakan serta guru-guru anak mereka, jiran-jiran dan sanak saudara tanpa menjawab fitnah besar tersebut?

Melainkan ianya bukan fitnah maka suami isteri yang terbabit akan mengambil sikap berdiam diri bagi mengelak aib yang lebih besar. 

Justeru, sikap Shamsidar dan Azmin yang bukan sahaja tidak membela diri tetapi seolah-olah berpura-pura tidak mendengar segala cabaran, ejekan dan jelingan jijik terhadap mereka dengan sendirinya membuktikan bahawa segala apa yang didedahkan oleh Nalla sebagai benar dan tidak ada yang lain melainkan yang benar belaka. 

Jika tidak, maka samanlah Nalla.  Itu saja yang kita minta.  Tidak mungkin itu juga sukar untuk dibuat sedangkan parti PKR dipenuhi dengan peguam-peguam tersohor negara.

Tahniah Guan Eng Kerana Menjadikan Penang Pusat Perjudian Tanpa Lesen Terbesar Di Malaysia.


Hebat betul tokey judinya.


Boleh buat kasino tanpa lesen macam ni.

Patutlah DAP beria-ia tak nak bagi Kerajaan keluarkan lesen perjudian. Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu.

Kalau Kerajaan bagi lesen, kena bayar cukai. Tak masyuklah DAP nak kutip dana pilihan raya.


*Sampai bila pun tak habis kerja polis nak banteras judi kalau Kerajaan negeri bawah DAP.

Monday 2 April 2012

Naikkan Sewa 300 Peratus Bukti Kerajaan Selangor Tidak Prihatin Belia



Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR telah gagal mengiktiraf sumbangan Majlis Belia Selangor (MBS) apabila mengenakan kadar sewa mahal untuk majlis itu beroperasi di Kompleks Belia dan Kebudayaan di Seksyen 7, Shah Alam.

Beliau berkata MBS ialah sebuah pertubuhan sukarela dan tidak mempunyai sumber kewangan banyak untuk membayar kadar sewa yang tinggi.

“Tindakan ini jelas menunjukkan kerajaan Selangor amat rakus, tamak dan mereka hanya memikirkan keuntungan semata-mata dari segi kewangan.

“Kerajaan Selangor seolah-olah tidak mengiktiraf MBS memandangkan MBS yang memperjuangkan pembinaan kompleks ini ketika pemerintahan terdahulu untuk mengumpulkan pentadbiran belia di seluruh Selangor.

“Sebab itulah BN (Barisan Nasional) membuat kompleks ini dan tidak mengenakan apa-apa sewa terhadap pertubuhan belia seperti MBS ketika itu untuk duduk di dalam kompleks kerana hendak memberikan pembelaan terhadap kaum belia,” katanya  selepas merasmikan Kejohanan Olahraga MSSD Ke-40 di sini, Isnin.

Noh mengulas tindakan syarikat pengurusan MSNS Holdings Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Selangor yang menaikkan kadar sewa sehingga 300 peratus bagi premisnya di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor.

Timbalan Presiden MBS, Badrul Hisham Badrudin berkata MSNS menghantar surat pada awal tahun ini memaklumkan menaikkan kadar sewa daripada RM1,977 sebulan kepada RM5,280 berkuat kuasa Januari.

Sejak 2001, katanya MBS tidak perlu membayar sewa bagi premis di tingkat empat dan lima.

Noh yang merupakan Setiausaha Gerakan Belia 4B Selangor pada 1990-an berkata kerajaan negeri Selangor juga telah mengenepikan peranan yang dimainkan MBS dalam menubuhkan satu lagi badan belia dikenali Penggerak Belia Negeri Selangor.

“Bila ini berlaku, MBS seolah-olah diketepikan dan tindakan ini memecahbelahkan belia-belia dalam negeri Selangor. Kerajaan Selangor sepatutnya mempereratkan hubungan pertubuhan-pertubuhan belia.”

Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut mendesak Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya mendedahkan kedudukan kewangan universiti milik kerajaan negeri, Universiti Selangor.

Beliau juga mendakwa mempunyai laporan audit semasa universiti itu