Friday 4 October 2013

Sekretariat Bebas Muflis Bela Golongan Muflis


Mereka yang muflis akibat menjadi penjamin sosial, masalah teknikal dan tertipu mendapat jaminan lisan daripada menteri berkaitan bahawa masalah mereka akan diselesaikan.

Pengerusi Sekretariat Bebas Muflis, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, jaminan lisan itu diperoleh ketika sekretariat mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri dan Ketua Pengarah Insolvensi, Rohana Abd. Malek baru-baru ini.

Baca seterusnya di sini.

Tuesday 1 October 2013

Visi DSS4MT - Kerajaan Perlu Utamakan Golongan Miskin Bandar


Visi calon MT umno, sohaimi shahadan yang mahu membawa isu dan visi memperjuangkan golongan miskin bandar merupakan satu idea yang cukup baik dalam usaha kerajaan membela nasib rakyat.

harus kita ingat, golongan miskin bandar merupakan kelompok melayu yang teramai menerima tekanan dan asakan kos sara hidup yang kerap menekan kehidupan.

visi sohaimi shahadan yang mahu memperjuangkan GOLONGAN MISKIN BANDAR adalah cita-cita terpuji...

harapan kami para blogers agar kerajaan dapat meliputi kan beberapa tindakan,dasar dan pelan khas untuk golongan miskin bandar ini sewaktu pembentangan BAJET 2013 pada bulan oktober nanti...

Sumber: Gerakan Anti PKR


Wednesday 25 September 2013

BN Youth Job Fair 2013


Korang ada kerja tak?

Atau nak cari kerja lain yang lebih baik ....

Jom ke BN Youth Job Fair 2013 bermula 27 hingga 29 Sept nie ...


Bawak gak resume, sebab korang boleh terus gi kepada majikan2 yang akan turut serta nanti

Monday 23 September 2013

Bila Sohaimi Shahadan Masuk Ke Gelanggang ......


Siapa Sohaimi Shahadan nie ....

Dia adalah EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang ...

Dah habis dah umur Pemuda dia .... Mamat nie kuat kerja.... Aku rasa kalau habis Pemuda nie, dia tak aktif lagi dalam kepimpinan UMNO, aku rasa mamat nie akan cepat tua ....

Dia bertanding MT sebagai menyokong kenyataan Mantan Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir yang mahu UMNO memberi ruang kepada golongan muda sebagai pemimpin untuk kebaikan parti.

Dia bertanding MT sebagai menyokong kenyataan Ketua Pemuda .... YBKJ bahawa “Proses peremajaan parti sentiasa berlaku dalam UMNO sejak sekian lama”.

Oleh itu, mamat bernama Sohaimi Shahadan ini percaya bahawa kombinasi baru dan lama perlu untuk memastikan gerak kerja UMNO mewakili semua lapisan generasi.


Ini serba sedikit mengenai Sohaimi Shahadan... Nanti ada masa, kita korek lagi perihal mamat nie ....

Wednesday 18 September 2013

NAJIB Lakar Program Melayu Kuasai Ekonomi Negara

Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung program untuk memperkasakan ekonomi Melayu berjaya menutup mulut pengkritik ang mendakwa beliau pasif untuk membantu golongan Bumiputera pasca Pilihan Raya Umum ke 13.

Malah 34 modul tindakan yang di umumkan beliau pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Melayu 2013 di Shah Alam pada 14 September lalu merupakan dasar paling komprehensif untuk menggalakkan penglibatan Bumiputera dalam sektor ekonomi.

Sejak melancarkan Model Ekonomi Baru (MEB) pada 2009, Perdana Menteri telah memegang janjinya untuk memastikan penguasaan Melayu dalam bidang ekonomi negara.

Untuk mencapai hasrat murni ini, Datuk Seri Najib menggariskan lima teras tersebut iaitu, mendaya modal insan Bumiputera, memantapkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat, memperkukuh pemilikan aset bukan kewangan Bumiputera, memperhebat keusahawanan dan perniagaan Bumiputera serta memantapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan.

Lima teras tindakan ini amat bertepatan sekali dengan kehendak semasa dan cabaran yang dihadapi oleh gelombong perubahan ekonomi dunia.

Tanpa perancangan dan strategi yang mantap seperti mana yang diumumkan Perdana Menteri, adalah sukar bagi usahawan Bumiputera untuk mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran kecil dan besar dalam dunia perniagaan.

Apatah lagi sektor ekonomi yang kini yang dikuasai oleh kaum bukan Melayu sejak negara mencapai kemerdekaan, menyukarkan lagi golongan Melayu untuk bertapak kukuh menyaingi mereka.

Kaum bukan Melayu terutamanya Cina menguasai modal dan juga rangkaian bekalan atau 'supply chain' - dua faktor yang Melayu tewas dalam dunia perniagaan.

Program terbaru pemerkasaan ekonomi Melayu diharap mampu mengatasi dan menyelesaikan masalah ini.

Antara 34 langkah susulan yng bakal dilaksana kerajaan  pula ialah menambah dana Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM300 juta manakala dana pinjaman TEKUN ditambah lagi RM700 juta.

Langkah ini adalah amat penting bagi membantu usahawan Melayu yang baru bertatih dalam perniagaan atau mereka yang mengukuhkan lagi perniagaan kecil-kecilan sedia ada.

Lebih penting dana AIM dan juga TEKUN haruslah difokus kepada usahawan daripada golongan belia yang mempunyai ide dan keyakinan serta kemampuan untuk memulakan perniagaan dengan modal yang kecil.

Ini seterusnya akan mampu membina fondasi rangkaian industri kecil dan sederhana yang kukuh di masa depan.

Rancangan untuk mewujudkan Amanah Saham Bumiputera Kedua dengan sasaran tabungan RM10 bilion juga patut disambut baik kerana ia akan melebarkan penabungan Bumiputera dalam industri amanah sahasm atau 'unit trust'.

Antara langkah paling penting yang diumumkan ialah penambahan kampus UiTM dengan sasaran meningkatkan enrolmen pelajar universiti itu kepada 250,000 menjelang 2020.

Pendidikan pada tahap pengajian tinggi adalah aset utama dalam menjayakan agenda Bumiputera.

Dengan peningkatan kemasukan pelajar Bumiputera dalam pelbagai jurusan pengajian, ini akan mampu menyediakan sumber kepakaran dalam semua lapangan pasaran pekerjaan dan seterusnya mengurangkan jurang perbezaan dengan kaum bukan Melayu.

Keputusan bagi menetapkan semua Ketua Eksekutif Syarikat Berkaitan Kerajaan  (GLC) mempunyai sasaran membantu Bumiputera adalah amat diperlukan.

Selama ini antara kritikan pedas terhadap golongan yang menerajui ribuan GLC adalah mereka tidak mempunyai semangat perjuangan Melayu yang kental dan lebih mementingkan keuntungan dari agenda memartabatkan ekonomi Bumiputera.

Dengan adanya pemikiran strategik yang baru ini, prestasi semua GLC dalam konteks meningkatkan penyertaan Melayu dalam sektor perniagaan perlu dipantau dengan lebih rapi dan ketat.

Satu lagi pengumuman yang sama penting ialah mewujudkan Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) di setiap kementerian serta menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera dengan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB).

Penubuhan UPB di setiap kementerian sekurang-kurang mengubati perasaan orang Melayu apabila Kementerian Keusahawanan di mansuhkan beberapa tahun lalu.

Kini disetiap kementerian UPB akan meniup nafas baru kepada pengembelengan usaha bagi memastikan objektif kerajaan membantu golongan usahawan Bumiputera tercapai.

Tidak ada lagi alasan peniaga dan usahawan Bumiputera dianaktirikan kerana UPB akan memainkan peranan penting supaya mereka mendapat bersaing dengan lebih berdaya maju.

Apa yang penting ialah pemantauan kepada pelaksanaan kesemua 34 susulan tindakan yang bakal mengubah landskap penglibatan Melayu dalam bidang ekonomi menjelang 2020.


Kejayaan hanya dapat dipastikan sekiranya golongan pelaksana iaitu kakitangan kerajaan menjiwai hasrat dan tujuan program serta dasar yang diumumkan Perdana Menteri.

Thursday 25 April 2013

...... Dr Juanda Jaya Pun Jadi Modal Pakatan Haprak......



Beberapa hari sebelum hari penamaan calon sempena PRU-13 berlangsung, PR khususnya PKR agak fokus dalam mencanang propaganda kononnya Mufti Perlis iaitu Dr Juanda Jaya bakal mewakili parti itu di Parlimen Kangar.

Secara umumnya propaganda itu berjaya menarik perhatian umum malah turut menyemarakkan semula semangat penyokong PKR yang hampir longlai gara-gara diselubungi pelbagai isu terutama sekali perihal perebutan kerusi sesama PR.

Tiba hari penamaan, akhirnya kebenaran terserlah apabila Dr Juanda tidak muncul sebaliknya calon PAS pula yang bertanding di Parlimen Kangar. Hancur luluh harapan penyokong PR untuk melihat seorang Mufti menjadi calon mereka.

Rupa-rupanya sedari awal lagi Dr Juanda tidak pernah memberi kata putus, ini bermakna pengumuman PKR sebelum ini tidak hanya satu propaganda kosong tapi juga satu taktikal politik yang kotor, jijik dan jahat.

Seterusnya di sini.....

Isu Hudud: Pakatan berbeza haluan namun masih menafikan



Kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Haron Din tentang rancangan Pakatan melaksanakan hukum hudud sekiranya berjaya ke Putrajaya telah menimbulkan pelbagai reaksi dari rakyat.

PM Najib menjelaskan bahawa perbezaan pendapat, dan dominasi PAS dalam isu hudud, jelas menunjukkan kurangnya kredibiliti dalam kalangan pemimpin-pemimpin PR.

Karpal Singh terus membidas kenyataan Haron Din dengan berkata bahawa agenda PAS itu akan menimbulkan huru-hara dan konflik.

Tan Sri Khalid Ibrahim turut membidas kenyataan Haron Din dengan berkata bahawa hudud tidak sesuai dilaksanakan di sebuah negara berbilang bangsa & agama seperti Malaysia.

Pertelagahan sesama sendiri dalam Pakatan Rakyat nampaknya semakin ketara menjelang hari pembuangan undi.

PAS Sedia Terajang DAP Jika Halang Hudud



Timbalan Musyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dalam satu temu bualnya dengan media secara terbuka mengakui PAS akan tetap melaksanakan hudud sekiranya pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS menang PRU-13.

Menurut Haron Din, kesediaan DAP untuk menggunakan logo PAS sekiranya keadaan memerlukan merupakan bukti kukuh bahawa DAP menerima dasar PAS terutama sekali dalam perlaksanaan hukum hudud

Entah bagaimana ia akan dilakukan payah nak difikirkan memandangkan dengan sejumlah 73 kerusi Parlimen yang ditandingi PAS dan hanya 12 sahaja yang putih, sukar sekali untuk PAS mengubah Perlembagaan Negara seterusnya merintis perlaksanaan hudud.

Begitu pun, kenyataan pemimpin PAS itu bagaimana pun agak bertentangan dengan DAP yang mana pada 20 April 2013 lepas, Karpal Singh menyatakan penggunaan logo PAS oleh calon DAP bukanlah bermakna dasar PAS telah diterima tanpa halangan.

Baca seterusnya di sini.

Saturday 6 April 2013

Pakatan Parti Anak Beranak



Pakatan rakyat sering menuduh Barisan Nasional (BN) sebagai parti kronisme dan mengamalkan budaya nepotisme, sedangkan realitinya membuktikan pembangkang itu adalah pengamal kuat ajaran nepotisme bagi mengekalkan pengaruh mereka dalam parti masing-masing.

Perkara itu jelas apabila Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menamakan anaknya sendiri, Nik Abduh Nik Aziz sebagai calon di kerusi Rantau Panjang, yang sebelum ini disandang oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Yussof.

Siti Zailah juga telah dipindahkan ke Parlimen Jeli untuk menetang Datuk Seri Mustapha Mohamed di kawasan "hitam" untuk PAS.

Persoalan yang timbul adalah kenapa penyandang kerusi Rantau Panjang yang sudah semestinya selamat untuk PAS di pindahkan ke Jeli yang amat sukar untuk dimenangi, sedangkan anak pemimpin PAS bertanding di kerusi yang mudah dimenanginya?

Malah, turut difahamkan sumber dalaman parti, wujud perselisihan dalaman apabila keputusan Nik Aziz itu tidak dipersetujui Siti Zailah apabila menolak keputusan berkenaan kerana tindakan itu seolah-olah untuk menamatkan karier politik ketua dewan muslimat berkenaan.

PKR juga difahamkan akan menurunkan "keluarga Anwar Ibrahim" untuk bertanding apabila bukan setakat Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, dan Nurul Izzah Anwar akan bertanding, pembangkan itu dijangka akan turut mencalonkan seorang lagi anggota keluarganya, Nurul Nuha Anwar untuk turut sama bergelumang dalam kancah politik mereka.

Tindakan itu amat jelas menunjukkan Anwar mahu mengekalkan legasi keluarganya dalam parti bagi memastikan pengaruhnya tidak terkubur. Jangan terkejut jika suatu hari nanti, menantu dan cucunya juga akan bertanding dalam pilihan raya.

Tidak cukup dengan PAS dan PKR, DAP juga dijangka akan mencalonkan Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng dan isterinya, Betty Chew dalam pilihan raya umum ke-13 kali ini.


Malah, veteran DAP seperti Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh Deo, juga tidak terkecuali bekecimpung dalam politik, dan turut difahamkan, anak karpal, Jagdeep Singh juga akan turut dicalonkan sebagai calon untuk PRU 13.

Jelas sudah dimata rakyat Pakatan rakyat adalah parti keluarga dan pemimpin mereka akan memastikan dinasti mereka dalam parti akan tetap subur tanpa ada perasaan bersalah terhadap ahli dan anggota parti yang bertungkus lumus untuk perjuangan dan matlamat parti.

Kalau perjuangan mudah seperti nak hapuskan nepotisme pun tak boleh, apakah boleh percaya Pakatan akan menghapuskan kronisme dan mengutamakan meritokrasi dalam semua hal?

Ini belum babitkan wang ringgit yang besar lagi, baru calon pilihan raya.

Apa ahli PKR, PAS dan DAP yang  dibawah tu semua bodoh dan bangang sehingga tak layak jadi calon pilihan raya?

Semua contoh di atas jelas membuktikan: Pakatan Rakyat memang parti anak beranak!

Tuesday 2 April 2013

Pemimpin Pembangkang Takut Kalah- Rela Tinggalkan Pengundi


Puak pembangkang semakin menampakkan sifat hipokrit mereka apabila masing-masing bertempiaran mencari kawasan selamat untuk bertanding.

Bertanding di kawasan di mana mereka menganggap sebagai kubu kuat pembangkang mungkin mampu menyelamatkan karier dan masa depan politik yang kebanyakannya berada di hujung tanduk.

Daripada pemimpin PKR seperti Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim, bekas Menteri Besar Perak daripada Pas, Nizar Jamaluddin hinggalah kepada Ketua Parlimen Dap, Lim Kit Siang, semuanya mengorbankan kerusi yang disandang sekarang untuk lari meninggalkan pengundi mereka pada Pilihan Raya Umum pada tahun 2008 dahulu.

Yang menjadi mangsa ialah rakyat di kawasan itu yang mengharapkan pembelaaan yang tidak kunjung tiba sejak lima tahun di wakili pembangkang.

Malah yang lebih terasa pengkhianatan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang ialah para pengundi di kawasan terbabit yang tegar menyokong mereka di peti undi ketika itu.

Pemimpin pembangkang daripada PKR, Pas dan Dap adalah umpama kad bayaran tol 'touch n go'.

Mereka datang ke kawasan yang ingini ditandingi, buat bermacam janji manis dan palsu yang mereka tahu tidak akan ditepati, buat fitnah dan tohmah terhadap kerajaan ang di pimpin Barisan Nasional dan kemudiannya menang atas premis politik kotor yang diamalkan puak tersebut.

Anwar mahu lari keluar dari Permatang Pauh kerana sudah tidak lagi mampu berdepan dengan kekuatan jentera UMNO-BN yang bakal meranapkan impian beliau ke Putrajaya.

Bukan salah BN kuat di Permatang Pauh tetapi oleh kerana tanggungjawab Anwar yang gagal menjalankan tugas sebagai ahli parlimen di kawasan itu.

Daripada menjenguk pengundi serta menjaga kebajikan mereka, Anwar lebih suka berceramah ke sana ke sini, dan yang lebih menyeronokkan bagi dirinya ialah sentiasa berada di luar negara juga berceramah dan memburuk-burukkan negara dan kerajaan Malaysia.

Kit Siang juga sudah buat keputusan lari dari Ipoh Timur ke Gelang Patah.

Apabila kerusi sudah goyang di Perak baru teringat kampung halaman dan sekarang mengaku pula anak kelahiran Batu Pahat, Johor walhal tidak pernah pun beliau terkenang atau sekelumit pun menabur bakti di negeri itu apatah lagi kepada penduduk kawasan Gelang Patah.

Seorang lagi pemimpin Dap, Liew Chin Tong yang kini mewakili kerusi parlimen Bukit Bendera juga berura-ura bertukar selera ke Kluang pula, kononnya dia berasal dari kawasan itu.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub juga bakal menempah bala di Johor apabila menggunakan alasan negeri kelahirannnya untuk membina tapak politik baru.

Keangkuhan pemimpin pembangkang berhijrah ke Johor di desak oleh beberapa faktor politik antara yang utamanya andaian bahawa negeri kelahiran UMNO itu sudah tiba masanya menerima kehadiran kerajaan negeri pembangkang.

Strategi politik cetek yang menganggap Johor 'senang di makan' sebenarnya akan memakan diri pembangkang sendiri.

Tujuan Dap adalah untuk melumpuhkan pimpinan MCA di Johor berdasarkan unjuran bahawa pengundi Cina di negeri itu akan memberi undi mereka kepada calon pembangkang.

Bagaimana harus di ingat pengundi Cina di Johor bukan seperti pengundi di negeri lain yang agak mudah untuk dipengaruhi pembangkang.

Mereka mempunyai contoh pembbangunan pesat di negara jiran di sebelah selatan untuk dijadikan sebagai model.

Melihat kepada BN yang telah membawa pembangunan pesat di Johor, pengundi Cina akan berfikir sepuluh kali sebelum bertindak untuk bertukar angin kepada Pakatan Rakyat.

Ini kerana melalui dasar pro-bisnes yang menjadi tunggak pemerintahan BN, masyarakat Cina telah berjaya menguasai bidang perniagaan serta membina kekayaan bagi mereka.

Pengundi Cina di Johor tidak akan memgambil risiko besar untuk berkiblat kepada pembangkang hanya berbekalka air liur Anwar atau Kit Siang sahaja.

Tempat Chin Tong yang akan dikosongkan pula bakal diisi oleh setiausaha politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Lim Abdullah aka Christopher Lim yang mengeksploitasi nama pemimpin UMNO yang banyak berjasa, Tan Sri Mohd Khir Johari untuk menumpang tuah politik ayah tirinya.

Nizar yang dahulunya bercadang untuk tidak mempertahankan kerusi parlimen Bukit Gantang yang dimenangi pada pilihan raya kecil 2009 juga kini sudah mengubah fikiran.

Kini kerusi dewan undangan negeri Pasir Panjang yang kononnya menjadi benteng kuatnya mahu ditingallkan kerana merasakan Changkat Jering lebih selamat baginya.

Ini semua disebabkan perubahan suasana politik yang dilihat lebih memihak kepada BN menjelang PRU ke 13.

Kalau dahulu BN dilihat lemah dan diselubungi pelabagai masalah persepsi termasuk kemelut dalaman, kini empat tahun di bawah kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, senario dan tanggapan negatif ini telah berubah secara drastik.

Kalau dahulu orang BN sendiri dikatakan malu untuk dikaitkan dengan parti mereka, kini terdapat lonjakan semangat baru yang berkobar-kobar untuk memastikan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat digenggam semula dan empat buah negeri tadbiran pembangkang di rampas kembali.

Suasana kebangkitan UMNO dan BN inilah yang menggerunkan Anwar, Kit Siang, Nizar dan ramai pemimpin pembangkang yang lain.

Berdasarkan populariti BN yang semakin meningkat dan diyakini rakyat Pulau Pinang kemungkinan Setiausaha Agung Dap itu kecundang di tangan calon BN tidak boleh diperkecikan malah ia mampu diterjemahkan kepada realiti yang pahit bagi parti cauvinis Cina itu.

Angkatan Muda Keadilan Pening Video Mirip Anwar


Disebalik kesungguhan segelintir penyokong PKR terus menerus mempersendakan kesahihan video "Anwar Ibrahim Sodomy Mahasiswa" namun diam tak diam rupanya ramai anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) amat berkeyakinan individu dalam video itu sememangnya Anwar Ibrahim.

Mereka sudah melihat sendiri video tersebut yang memperlihatkan betapa gersangnya Anwar tika itu ditambah lagi dengan aksi menerkam ke arah pasangannya, menyebabkan masing-masing bercambah keraguan terhadap moral pemimpin tertinggi parti.

Keyakinan mereka kian bertambah apabila baru-baru ini Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli secara tak sengaja telah mengakui Anwar adalah seorang yang peramah dan mudah didekati ketika merujuk kepada video yang disiarkan oleh blogger PapaGomo itu.

Dalam beberapa video dan gambar lain sebelumnya terutama sekali video intim Anwar dan Cinadoll, mereka masih lagi sedaya upaya menyalahkan individu dalam video terbabit dilakonkan oleh individu lain yang mirip atau menyerupai wajah Anwar.

Kini masing-masing terpaku kelu dan mula menerima hakikat betapa rendahnya moral dan akhlak pemimpin yang dipuja-puji selama ini. Mereka tahu wajah yang mirip Anwar itu memang sah milik Anwar.

Senario ini agak membimbangkan dan memeningkan kepala para pemimpin AMK dan PKR, lebih-lebih lagi jika keadaan ini berterusan dikhuatiri akan menimbulkan kesangsian yang agak serius di kalangan anggota parti terhadap pucuk pimpinan PKR.

Tambahan pula rata-rata di mana sahaja Anwar menyertai aktiviti ceramah atau bertemu muka dengan rakyat sejak akhir-akhir ini, dari hari ke hari kedatangan penyokong PKR dan juga juga semakin berkurangan. Itu petanda jelas semakin ramai yang menjauhi PKR dan PR.

Jika ia berlanjutan demikian, bermakna lambat laun ahli parti sendiri akan mula bangkit mempersoalkan akhlak dan morak Anwar seterusnya ia akan meletakkan PKR dalam keadaan bahaya menjelang PRU 13.

Apatah lagi tika ini kepercayaan PAS terhadap Anwar juga kelihatan kurang meyakinkan apabila sebahagian pemimpin dan penyokongnya sudah berani menolak Anwar sebagai Perdana Menteri disebabkan faktor akhlak dan moral yang melingkari sisi gelap kehidupan peribadi Anwar.

Selain itu, penggerak-penggerak PAS yang menguasai masjid dan surau juga seboleh mungkin cuba mengelakkan penyertaan Anwar dan pemimpin PKR yang lain dalam sebarang majlis munajat dan solat hajat kerana masing-masing bimbang ia akan memberi impak buruk terhadap imej PAS.

Bila ahli parti sendiri semakin meragui akhlak dan moral pemimpinnya ditambah lagi dengan kesangsian rakan sepakatan, kelihatan agak sukar untuk Anwar dan PKR meraih semula kepercayaan sebahagian ahli dan penyokong mereka.

Mungkin tertekan dengan keadaan inilah mendorong jentera propaganda PR mula sibuk merekayasa cerita untuk mengaitkan penyebaran video itu dengan UMNO dengan harapan dapat meraih simpati umum.

Tak cukup dengan propaganda sebegitu, PKR cuba pula membuat video palsu bagi mencipta persepsi umum kononnya semua video dan gambar-gambar Anwar sebelumnya adalah rekaan semata-mata. Mungkin kaedah ini mampu menipu penyokong totok PR, tapi orang ramai tidak semudah itu untuk menerimanya bulat-bulat.

PAS Kedah Taubat Tak Nak Janji Lagi



Nampaknya Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah telah membuat kenyataan yang boleh disifatkan sebagai ‘politically incorrect’ apabila mengkritik rakan sekutu sendiri terutama di saat pilihanraya menjelang tiba. 

Kata Azizan di dalam satu wawancara ekslusif bersama The Malaysian Insider, PKR Selangor telah berbuat kesilapan kerana menabur janji yang terlalu banyak yang tidak mampu ditunaikan.    Malah beliau juga menyatakan bahawa kesilapan itu adalah berpunca dari ketiadaan pengalaman dan menuduh rakyat yang menuntut janji agar kerajaan membayar rumah mereka sebagai  ‘puak yang gila’. 

Tidak semena-mena yang menuntut janji pula yang dituduh gila, sedangkan yang gila adalah parti yang gila-gila menabur janji-janji gila.   

Kata orang, menilai seorang itu adalah dari rakannya, dan PAS Kedah adalah rakan kepada PKR Selangor juga.  Maka, jika PKR Selangor gila, maka tentulah gila juga PAS Kedah kerana sanggup berkawan dengannya. 

Buktinya, menurut Azizan, slogan Kedah Sejahtera membawa maksud kerajaan yang hanya menjamin keselamatan dan kesejahteraan tetapi bukan membiarkan rakyat bergantung kepada kerajaan.  Dalam kata lain, asalkan tidak rasuah, maka sesiapa saja boleh jadi kerajaan walaupun tidak mampu menjana wang negeri. 

Hujah Azizan adalah separuh betul, iaitu rakyat perlu mencari wang sendiri, tetapi Azizan sebagai tonggak kerajaan perlu menyediakan peluang pekerjaan, suasana yang stabil dan berdaya untuk maju dan membangun bagi membolehkan rakyat mencari wang itu.   Takkan Azizan mengharap rakyat membina kilang sendiri untuk bekerja sebagai kuli?  Tentulah Azizan yang perlu mengusahakan pelaburnya. 

Mungkin ramai rakyat Kedah yang tidak tahu bahawa pembangunan kedai dan rumah di Kedah majoritinya hanyalah kesinambungan dari projek BN.   Sejak PAS mengambil alih, satu projek pun tidak berjalan dengan lancar.  Malah, membina masjid pun tidak mampu tetapi tidak malu menipu mengambil nama atas usaha BN. 

Kedah, di bawah pemerintahan PAS benar-benar menyuruh rakyat mencari wang sendiri kerana langsung tidak mamp menjana kewangan negeri, dan sebaliknya menghabiskan, membazir serta meningkatkan kerugian negeri akibat projek yang tergendala, tidak masuk akal serta amalan kronisme dan nepotisme yang kronik di peringkat pemberian projek dan pekerjaan.   

Kita tahu bahawa Azizan adalah anak petani dan bangga sungguh menjadi anak petani.  Itu kita puji.  Tetapi, Azizan tidak harus mengharapkan rakyat bertani sahaja untuk mencari rezeki sedangkan rakyat negeri lain berpeluang bekerja di sektor yang lebih mencabar dan memberi pulangan yang besar. 

Apakah Azizan mahu anak-anak Kedah mengambil kursus pertanian atau perniagaan tani semata-mata?  Bagaimana dengan anak-anak yang bijakpandai dalam ilmu sains atau matematik?  Yang bercita-cita menjadi jurutera? Saintis? dan sebagainya? 

Kita tahu pemikiran Azizan amat cetek dan berkisar kepada golongan petani dan orang-orang kampung sahaja. Paling jauh pun, Azizan hanya boleh bayangkan pekerjaan sebagai peguam.  Azizan berpemikiran seperti orang dulu kala yang masih tersekat di era pertanian sedangkan dunia telah tiba ke zaman infrared dan nanoteknologi. 

Selagi Kedah berada di bawah pemerintahan pemimpin yang mundur dan terkebelakang, selagi itulah orang-orang Kedah tidak akan ke mana.  Sedikit masa lagi, Kedah tentu akan dapat menyaingi Kelantan dari segi kemunduran dan seterusnya masalah sosial. 

Jadi kali ini Azizan tidak mahu lagi berjanji apa-apa kepada rakyat Kedah.  Tiada lagi janji Negeri Islam atau Negeri Kebajikan akan kedengaran di Kedah menjelang PRU-13.  Tiada lagi janji sejahtera atau peningkatan negeri yang meningkat atau peluang pekerjaan yang banyak atau apa saja. 

Azizan yakin akan memenangi PRU tanpa menabur janji seperti pegangan partinya. 

Justeru  rakyat Kedah wajar memikirkan, jika telah berjanji pun tidak boleh ditunai, apatah lagi tidak berjanji apa-apa.  Tentulah lega Azizan nanti kerana tidak perlu berbuat apa-apa dan rakyat tidak boleh mengungkit kerana beliau tidak pernah berjanji.  Maka, bersenang lenanglah beliau di singgahsana sementara rakyat terkejar-kejar berhempas pulas mencari duit sendiri. 

Pendirian Azizan ini juga membangkitkan persoalan mengenai tidak konsisten dengan prinsip PR yang menjanjikan bulan dan bintang untuk rakyat. 

Jika PR telah berjanji di peringkat pusat, maka Azizan tidak boleh tidak, wajib turut bertanggungjawab memastikan janji-janji tersebut terlaksana di peringkat negeri. Sekiranya Azizan tidak mahu terlibat dengan janji-janji PR, maka beliau wajar membuat parti sendiri, dan bertanding atas tiket Bebas sahaja.   Selama ini pun Azizan banyak mengambil sikap bertentangan dengan PAS Pusat bukan?

13 Perkara yang akan Anwar Ibrahim lakukan menjelang PRU13


Anwar Ibrahim kita kenal sebagai seorang yang banyak sandiwara dan licik. Menjelang PRU13 ni macam-macam perkara telah direncanakan Anwar untuk meraih simpati dan undi rakyat Malaysia, perkara itu telah pun didedahkan Zul Noordin sebelum ini.

Antara 13 perkara yang akan Anwar lakukan untuk meraih simpati adalah dengan cuba membuktikan dia tidak terlibat dalam seks songsang dengan Saiful Bukhari, dengan menggunakan kenyataan bapa Saiful sendiri, dan perkara ini telah pun berlaku apabila bapa Saiful, dalam satu sidang media mengatakan dia meminta maaf kepada Anwar, dan sekaligus menyertai PKR.

Anwar juga dikatakan akan merancang kejadian di ditembak dalam kempen pilihan raya, tapi dipercayai peluru pada ketika itu tidak mengenai dirinya, sebaliknya isteri dan anaknya ... sandiwara satu keluarga.

Seorang pegawai kanan badan kehakiman akan mengeluarkan kenyataan bahawa kes liwat Saiful dan Azizan adalah rekaan semata-mata.

Anwar juga dikatakan akan bersumpah tipu :"Demi Allah, saya tak buat apa yang Umno tuduh", sekaligus pembangkang kemudiannya akan mengangkat Anwar kerana berani bersumpah dia tidak meliwat Saiful.

Jam Omega tiruan juga akan dikeluarkan Anwar di saat-saat akhir kempen sebelum hari mengundi. Kenapa saat akhir? Sebab pada masa itu, polis tidak akan sempat untuk menyiasat ketulenan jam tersebut.

Anwar juga dikatakan akan memujuk ahli Parlimen dan ADUN PKR yang lompat parti untuk menyertai PKR dan memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak merasuah mereka dengan wang ringgit. Keluarga mereka ini dikatakan sedang ditekan dan ditawarkan bayaran lumayan.

Azmin Ali akan keluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan emaknya. Seolah-olah Mak Tom memaafkannya dan menerimanya, Sedangkan video tersebut telah diambil ketika Mak Tom pengsan dan tidak sedarkan diri.

Peguam-peguam dan polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk supaya mengaku bahawa Najib terlibat dalam kes tersebut. Pembangkang dikatakan sedang cuba memujuk para pegawai penyiasat kes Altantuya dengan persediaan untuk membayar mereka supaya tampil membuat kenyataan memang Najib terlibat dalam kes Altantuya.

Tidak cukup dengan mainan dan sandiwara terhadap Umno dan Datuk Seri Najib, pembangkang juga akan serang isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansur sebagai terlibat dengan skandal. Dipercayai seorang bekas pegawai Rosmah sedang dipujuk, digoda, dan dijanjikan habuan wang ringgit untuk membuat akuan Rosmah terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat.

Setiap ahli Pas juga akan diminta bersumpah untuk mengundi Pakatan dalam PRU nanti. Mengikut maklumat yang diterima dari orang dalam Pas, bahawa setiap ahli Pas akan diminta bersumpah "wallahi, wabillahi, watallahi, aku ahli Pas, bersumpah dengan nama Allah, dalam PRU 13, aku hanya akan mengundi calon DAP, PKR dan PAS, jika aku mengundi selain calon DAP, PKR dan PAS"
Anwar juga akan tunjuk surat palsu Yusuf Al-Qaradawi yang kata Anwar patut jadi PM Malaysia.

Kemudian Pakatan akan umum dan haramkan Umno dan BN.

Terakhirnya, lelaki yang berwajah seperti Anwar akan muncul dan mengakui dialah yang berlakon dalam video seks skandal Chinadoll.
Licik bukan, inilah perancangan Anwar untuk cuba meraih simpati rakyat Malaysia. Apa sahaja jalan akan digunakannya tanpa mengira batas agama semata-mata nafsu politik dan kemaruk nak jadi PM.

Tak percaya? Sama-sama kita tunggu dan lihat kesudahan episod pelakon drama yang diberi jolokan pemimpin Anugerah Tuhan ini.

Friday 29 March 2013

Taktik Terdesak PR: Guna Pengaruh Musuh Untuk Jatuhkan Musuh



Tidak ada yang lebih memalukan bagi sebuah parti politik daripada terpaksa menggunakan pengaruh musuh untuk menjatuhkan musuh.  Tetapi, inilah yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat iaitu menggunakan pengaruh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir, untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib.  

Jelas sekali yang PR cukup sedar bahawa parti mereka sudah kehilangan pengaruh secara drastik dan bahawa pemimpin mereka sendiri tidak punya ‘aura’ yang cukup kuat untuk mempengaruhi rakyat.

Taktik ini pastinya difikirkan setelah melihat bagaimana pendapat dan pandangan kritis Tun Mahathir terhadap pemerintahan Tun Abdullah sebelum ini, telah berjaya mempengaruhi rakyat jelata untuk meyakini bahawa ketidakpuasan hati mereka terhadap kepimpinan adalah berasas.   Akibatnya, Tun Abdullah telah terpaksa menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Dato’ Seri Najib, yang mana amat ditakuti oleh pembangkang. 

Ketakutan pembangkang terhadap Dato’ Seri Najib amat ketara apabila mereka terlebih dahulu  mencipta berbagai-bagai fitnah terhadap beliau bagi memastikan bukan beliau yang menjadi pengganti Tun Abdullah. 

Malang bagi pembangkang, kesungguhan mereka menyerang Dato’ Seri Najib hanya menambahkan keyakinan rakyat bahawa beliaulah calon yang terbaik. 

Malah, rekod juga menunjukkan bahawa Tun Mahathir sentiasa berdiri di belakang Dato’ Seri Najib selama krisis kepimpinan berlaku di dalam kerajaan ketika itu.   Beberapa kali beliau dirakam menyatakan bahawa pilihan pertama beliau adalah Dato’ Seri Najib, tetapi telah tersilap membuat keputusan untuk memberi peluang terlebih dahulu kepada Tun Abdullah kerana berpegang kepada budaya ‘seniority’, serta percaya bahawa Dato’ Seri Najib boleh menunggu kerana usia beliau masih muda. 

Namun, semua itu telah dilupakan oleh pembangkang dan sebaliknya memilih untuk ‘berpegang’ kepada kenyataan Tun Mahathir baru-baru ini apabila ditanya sama ada Dato’ Seri Najib perlu meletak jawatan jika BN kalah atau corot dalam PRU-13?  Untuk makluman, perkara yang sama pernah ditanya oleh Malaysian Insider beberapa bulan lepas dan hari ini ia ‘disemarakkan’ semula oleh Malaysiakini serta disebarkan oleh laman-laman sosial PR.

Tun Mahathir seperti biasa menjawab soalan tersebut secara terus terang, bahawa begitulah sewajarnya, iaitu mana-mana kepimpinan yang bertanggungjawab harus meletakkan jawatan jika tidak berjaya mendapat keputusan yang memuaskan.   Ini adalah jawapan ‘standard’ tidak kira dalam konteks pemerintahan negara, mahupun organisasi dan termasuklah dalam bidang sukan di mana jurulatih yang gagal, wajar bersara atau ditukarkan sahaja. 

Memandangkan kita cukup kenal bahawa Tun Mahathir amat konsisten dengan kenyataan atau pendiriannya, maka jawapan seperti itu sudah pasti telah dijangkakan oleh pembangkang.  Buktinya, beliau berkata demikian kepada Tunku Abdul Rahman dan berkata yang sama kepada Tun Abdullah Badawi apabila sokongan terhadap kepimpinan mereka mula lemah dan parti pemerintah mendapat keputusan yang tidak memuaskan dalam Pilihanraya.   

Maka, bagi pembangkang untuk menggunakan jawapan ‘standard’ Tun Mahathir itu sebagai modal politik mereka untuk menjatuhkan Dato’ Seri Najib amatlah menyedihkan.  Nampak sangat yang mereka sudah benar-benar kehabisan modal. 

Lebih pelik lagi, modal ini digunakan sedangkan rakyat boleh melihat sendiri bagaimana akhir-akhir ini Tun Mahathir begitu sibuk ke sana ke mari memuji-muji kepimpinan Dato’ Seri Najib dan menyeru rakyat agar memberi sepenuh sokongan dan berdiri teguh di belakang Perdana Menteri.  Beliau turut memetik angka-angka ekonomi yang menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan di bawah kepimpinan Dato’ Seri Najib dan sentiasa menyokong apa jua tindakan kerajaan. 

Berdasarkan apa yang berlaku ini, apa yang cuba digambarkan oleh PR iaitu Tun Mahathir ragu-ragu dan kurang yakin terhadap kepimpinan Dato’ Seri Najib tentulah tidak masuk akal sama sekali.  Lebih-lebih lagi, apabila PR turut membayangkan kononnya Tun Mahathir lebih ‘menggemari’ Tan Sri Muhyiddin untuk menerajui negara. 

Strategi untuk melaga-lagakan pemimpin-pemimpin BN sesama sendiri tidak menjadi kerana ia tidak benar sama sekali.  Pemimpin tertinggi UMNO atau BN bukan seperti pemimpin tertinggi PKR atau DAP, ataupun PAS yang asyik bertelagah gila kuasa kerana telah dihasut oleh parasit-parasit yang berkembang biak dan merebak sehingga ke akar umbi parti-parti mereka.   Kepimpinan tertinggi UMNO/BN tidak lagi mengalami masalah berebut kuasa sedemikian kerana semua yang bermasalah begitu telah lari kepada pembangkang. 

Secara logiknya, apa pun pendapat dan pandangan Tun Mahathir dan siapa pun yang beliau ‘gemar’ tidak seharusnya menjadi masalah PR.   Kenapa PR perlu bergantung kepada pendapat dan pengaruh seorang musuh ketat untuk menarik sokongan rakyat? 

Akhir sekali, kata-kata Tun Mahathir hari ini bahawa “tiada calon yang lebih sesuai untuk mentadbir Malaysia, selain Dato’ Seri Najib,” sewajarnya diambil sebagai titik noktah kepada strategi terdesak pembangkang ini.