Saturday 31 March 2012

MBS Teraniaya- Slogan Selangor Negeri Berkebajikan Hanya retorik Semata-mata


 Majlis Belia Selangor (MBS) yang mewakilli semua persatuan belia di negeri Selangor kesal dan kecewa dengan tindakan Kerajaan Negeri Selangor di bawah syarikat milik Menteri Besar Selangor (Perbadanan) iaitu MSNS HOLDINGS SDN BHD yang mengenakan kadar sewa yang begitu tinggi kepada MBS untuk menyewa dan menjalankan aktiviti di Kompleks Belia.

Timbalan Presidennya, Badrul Hisham Badrudin berkata, Bangunan Kompleks Belia di Seksyen 7 Shah Alam ini telah dibina pada tahun 2001 oleh Kerajaan Negeri ketika itu. Bangunan serta dewan besar  Raja Muda Musa telah terbina atas dasar keperihatinan, pengiktirafan dan wawasan pemerintahan kerajaan negeri akan peranan persatuan-persatuan belia di dalam negeri Selangor.

”Menjunjung Merapat sembah, sukacita kami maklumkan, penaung kami ialah DYTM Raja Muda Selangor Darul Ehsan, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu melihat aktiviti belia di negeri ini digerakkan secara aktif dengan terbinannya kompleks ini.

MBS telah menghuni bangunan kompleks ini dari awal tahun 2001 sehinggalah sekarang. Sebelum tahun 2008, MBS beroperasi di lantai empat dan lima tanpa dikenakan sebarang bayaran sewaan. Akan tetapi setelah kepimpinan kerajaan negeri beralih kuasa, untuk pertama kalinya pihak pengurusan bangunan yang di bawah penyeliaan Setiausaha Kerajaan Negeri telah mula mengenakan sewaan kepada kami dengan kadar RM1,977 sebulan termasuk elektrik dan air pada Januari 2011 untuk searas tingkat,“ ujarnya kepada pemberita, petang tadi.
 
Tambahnya, tanpa belas kasihan, pihak pengurusan seakan memekakkan telinga menolak rayuan MBS agar tidak dikenakan sewa bulanan. MBS juga terpaksa merelakan dan melepaskan penggunaan tingkat aras 4 kerana tidak mampu membayar sewa yang dikenakan dan hanya beroperasi di aras 5 sahaja.


“Sekali lagi kami dikejutkan apabila syarikat pengurusan sekali lagi pada awal 2012 telah menaikkan sewa kepada RM5,280 + RM900 (penggunaan elektrik, air dan sinking fund) dan deposit sebanyak RM10,560 (sewa 2 bulan) yang ditetapkan. MBS adalah persatuan belia, bukan syarikat perniagaan. Daripada mana kami hendak mendapatkan sewa sedangkan kami sendiri tidak mempunyai sumber kewangan yang tetap.

Seperti sudah jatuh ditimpa tangga, kami teraniaya. Slogan Selangor Negeri Kebajikan dan perutusan “Tabung Warisan Anak Selangor” atau TAWAS oleh Menteri Besar Selangor, “Saya dan jentera pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor terus berusaha mengutamakan kebajikan dan kualiti hidup rakyat Negeri Selangor tanpa mengira keturunan, bangsa, agama mahupun dukungan politik”, hanyalah retorik untuk meraih sokongan rakyat,” ujarnya yang juga Pengerusi Belia 4B negeri Selangor

MBS terus dianak tirikan oleh kerajaan negeri. Perkara ini sepatutnya tidak berlaku. Persoalannya sekarang mengapakah Kerajaan Negeri masih menutup telinga dan tidak mendengar permasalahan MBS malah sudah terlalu banyak permohonan pengurangan berkenaan sewaan kami ajukan kepada pihak pengurusan tetapi tidak diendahkan.

Sejak dari tahun 2008, kerajaan negeri tidak pernah satu sen pun menghulurkan bantuan kewangan kepada MBS mahupun kepada persatuan-persatuan belia di bawah payung MBS.

“Mengapakah peruntukan kewangan hanya diagihkan kepada pengerak belia tempatan (PeBT), Rakan Muda PBT dan Generasi Idaman Selangor (GeMS)? Di manakan ketulusan dan keikhlasan kerajaan negeri memegang amanah yang suatu masa dahulu melaungkan, “Mewujudkan kerajaan beramanah, adil, bersih dan berkebajikan”? 

Jika kerajaan negeri betul-betul serius mahu melestarikan persatuan-persatuan belia dan belia di Selangor khususnya, mereka tidak akan mengenakan kos sewa yang tinggi kepada MBS untuk menyewa di bangunan ini dan menggunakan prasarana yang dibina untuk kemudahan belia di negeri ini. Justeru kami mendesak kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mempertimbangkan semua kadar sewa tersebut. Atau tukar sahaja nama kompleks ini kepada kompleks perniagaan jika kerajaan negeri benar-benar mahu memikirkan keuntungan daripada memikirkan aktiviti belia di negeri ini digerakkan,” tambahnya lagi.

Friday 30 March 2012

PAS gagal 20 tahun di Kelantan, semuanya salah UMNO



isu kewujudan kegiatan pelacoran dan perjudian di kelantan.

nik ajis ambil jalan politik paling senang.

itu semua salah umno dan barisan nasional.

nak tutup kegagalan 20 tahun jadi MB, dia salahkan umno.

sungguh memualkan cara pakatan ni berpolitik.

keengganan mengaku salah tak berani nak di implementasikan dalam pentadbiran.

Wan Azizah Munafik - Ummi Hafilda



Di sidang Media Datuk Nallakarupan dan rakan-rakan, Ummi berkata Wan Azizah munafik... maklumat lanjut saksikan video di bawah...

Khalid Gagap Memalukan Orang Melayu



MB Selangor melawat rakyatnya dan bersila diatas tikar dalam keadaan berkasut. Adakah itu menepati ciri-ciri adat melayu ?

Gambar diatas menunjukan Khalid Ibrahim dalam keadaan berkasut bertemu mangsa banjir di Hulu Langat dua minggu lepas.

Mana suara-suara yang lima tahun lepas yang menjerit penyapu bukan adat melayu ?

KBBGate - Kenapa Anwar Takut Dengan Sapina?



Oleh: Beruang

KALAU dihitung jumlah saman yang dikemukakan Anwar terhadap orang-orang tertentu sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jumlahnya memang mampu menggegarkan jiwa. Maksud Beruang, jumlah saman dan jumlah wang yang dituntut dalam saman tersebut.

Itu sahaja memberikan gambaran seolah-olah Anwar seorang yang patuh kepada undang-undang dan hanya akan merujuk kepada Mahkamah jika ada pertikaian berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh individu tertentu yang dirasakan mampu mencalarkan imejnya.

Kata kuncinya disitu ialah patuh kepada undang-undang.

Tapi dalam soal hadir ke Mahkamah sebagai saksi bagi kes saman membabitkan seorang ahli perniagaan Low Thiam Hoe dan Hong Leong Bank ini, Anwar dilihat bersungguh-sungguh sangat nak mengelak. Bernama melapurkan peguam bagi pihak plaintif D Paramalingam mengekori Anwar 2 hari di Parlimen tapi masih gagal untuk menyampaikan saman.

Hari pertama kerana tidak berjumpa, hari kedua sudah berjumpa tapi Anwar enggan menerimanya.

Sedangkan seorang lagi yang turut dinamakan dalam saman tersebut, Tan Sri Quek Leng Chan telah menerima sapina dan dilapor akan mengemukakan permohonan untuk menolak sapina tersebut. Kenapa Anwar tidak mengikut jejak langkah yang serupa, itu yang merungsingkan. Dengan sebilangan peguam handal yang ada disekelilingnya, apa susah sangat ke nak menerima sapina dan kemudian kemukakanlah permohonan untuk menolak sapina tersebut di mahkamah.

Hal ini sebenarnya mengingatkan Beruang kepada sapina yang pernah dikemukakan peguam Anwar terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri dalam kes Anwar meliwat Saiful Bukhari. Perdana Menteri menerima sapina tersebut tapi kemudiaanya mengemukakan permohonan untuk menolak sapina yang jelas bermotifkan politik itu. Apa kata Anwar dan penyokongnya masa itu? Najib penakut dan sebagainya kan?

Sekarang Anwar nak terima sapina pun enggan, itu kita nak berikan nama apa yang sesuai? Pengecut, takut, ayam?

Begitu juga halnya dengan saman RM 100 juta ke atas Datuk Nallakarupan dan Utusan Malaysia, sehingga artikel ini ditulis, masih tidak ada bayang yang writ saman tersebut telah diserah kepada 2 defendan yang dinyatakan pada awalnya.
Macam mana perbicaraan nak berjalan kalau writ saman tidak diserahkan? Kenapa tidak diserahkan, takut juga ke?

Beruang rasa, semua ini membuktikan bahawa Anwar bukannya berminat nak patuh pada undang-undang. Dia hanya mahu kelihatan begitu (patuh pada undang-undang) sedangkan hakikatnya dia lebih berminat menyalahgunakan proses undang-undang bagi memberi kelebihan kepada cita-cita politiknya yang lebih besar – menjadi Perdana Menteri.
Kata lawan tetap lawan?

Isu KBBGate ini bukan kecil, ia isu besar. Dari segi jumlah wang telibat pun, ia mengatasi apa jua jumlah ‘salahguna’ wang yang dituduh kepada pemimpin UMNO sekarang. RM 445 juta yang dibayar bagi transaksi penjualan yang tidak berlaku itu merupakan isu yang penting untuk Anwar jawab. Apatalah lagi wang RM 445 juta itu dilupuskan dengan menggunakan wang rakyat apabila kerajaan membeli hutang-hutang lapuk dari bank sebagai sebahagian usaha pemulihan ekonomi sepanjang krisis ekonomi dari 1998 hingga 2000.

Atau sistem kewangan negara akan runtuh kerana bank-bank tidak mempunyai pusingan modal untuk memberi pinjaman seterus menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

Dari segi nilai pun berbeza, RM 445 juta dahulu (1998) dan sekarang. Jadi penting untuk Anwar menjawab dan penting juga UMNO untuk mengkaji hal ini dengan serius kerana Beruang yakin, dengan sindrom UMNO fobia yang dialami Anwar sekarang, tidak mustahil dia akan menuduh UMNO ada terlibat dimana-mana.

Lebih-lebih lagi bila dia adalah Timbalan Presiden UMNO pada waktu itu.

BN Akan Hilang Selangor Jika Umno Terlalu Dominan, Kata Khir Toyo


Umno yang terlalu dominan di Selangor akan menyaksikan Barisan Nasional (BN) kehilangan Selangor kerana undi bukan Melayu akan lari kepada Pakatan Rakyat (PR), kata Dr Khir Toyo.

Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata masalah Selangor adalah parti komponen BN tidak 'bersatu' – MCA, MIC, dan Gerakan gagal memainkan peranan menarik pengundi baru dan tidak memberikan Umno peluang sebaliknya mengukuhkan kedudukan sendiri sebagai persiapan menghadapi pilihan raya akan datang.

“Apabila UMNO menjadi dominan, mereka akan mengetepikan penyokong bukan Melayu. Itu merupakan salah satu masalah yang menjadi penyebab kepada kaum Cina yang tidak mengundi BN.

“Sekarang, berkemungkinan kita akan hilang Selangor jika keadaan ini berterusan dan kemenangan semestinya susah buat kita kerana sasaran kita adalah untuk mendapatkan pengundi muda,” katanya dalam temubual eksklusif bersama wartawan The Malaysian Insider [TMI].

Penggal Adun Sungai Panjang ini tamat apabila BN tewas kepada PR sewaktu pilihan raya 2008. PR memenangi 36 daripada 56 kerusi negeri yang mana Tan Sri Khalid Ibrahim menggantikan Khir sebagai Menteri Besar.

Khir (gambar) menegaskan “hampir” keadaan demografi pengundi antara Melayu dan bukan Melayu menjadikan negeri itu sukar ditawan BN kerana hanya pengundi Melayu bersama BN.

“Mampukah BN menawan Selangor? Kita kembali kepada peratusan pengundi, 52 peratus kalau tak silap saya adalah bukan Melayu.

“Masalahnya di sini adalah sesetengah kerusi yang kita (Umno) menang pada 2008 adalah di bawah 500 pengundi, tapi Umno rasakan semua kerusi adalah boleh dimenangi kerana mereka hanya mendapat reaksi daripada Melayu,” katanya.

Menurut Khir sementara Umno mendekati komuniti Melayu di Selangor dan mendapat respon positif, parti komponen seperti MCA dan MIC perlu melakukan perkara sama.

“Kita perlu dapatkan laporan daripada bukan Melayu ... Umno sudahpun melaksanakannya, parti komponen harus lakukan perkara yang sama, untuk Cina dan India.

“Perkara pokok di sini adalah jika Umno terlalu dominan, perkara itu menjadikan bukan Melayu tidak selesa. Mereka kemudiannya akan mengundi untuk PR walaupun PR tidak melaksanakan apa-apa,” tambahnya.

Jalan penyelesaiannya menurut Khir adalah BN perlu “memperkukuh” MCA, MIC, dan Gerakan dengan membenarkan mereka mengumumkan projek-projek untuk komuniti mereka selain pengumuman di buat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pemimpin Umno itu menjelaskan komuniti bukan Melayu telah hilang “hormat” kepada pemimpin parti komponen BN kerana mereka dilihat tidak mampu untuk membantu komuniti mereka sendiri.

“Itu sebabnya sekarang kita perlu berikan lebih kuasa kepada MCA dan MIC. Pastikan presiden parti mereka mengumumkan peruntukan untuk sekolah, untuk komuniti mereka. Sekiranya kita hanya mengharapkan perdana menteri dan timbalannya, Umno akan dilihat terlalu dominan, dan masyarakat Cina akan hilang kepercayaan terhadap pemimpin mereka.

“Itu masalahnya sekarang, saya sering ingatkan sekarang kita perlu tingkatkan peluang kepada parti lain untuk membuat keputusan mereka dan berikan mereka peruntukan,” tegasnya.

Khir turut memuji pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad ketika era pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri, dan oleh sebab itu pemimpin seperti Datuk Seri S Samy Vellu dan Tun Dr Ling Liong Sik dihormati.

“Kekuatan Umno sahaja tidak akan mampu untuk memperoleh undi bukan Melayu seperti mana dilakukan untuk Melayu. BN Selangor harus bertindak seperti BN, bukan Umno. Kita sekarang berada di peringkat akhir sebelum Pilihanraya.

“Sebab itu Samy Vellu seperti raja untuk bangsanya, kerana beliau mengumumkan peruntukan, bukan Dr Mahathir. Suatu ketika dahulu, pemimpin parti komponen begitu dihormati dan sangat kuat kerana mereka turun padang dan memberikan pelbagai benda ... menteri sekarang tiada faktor ‘umph’. Cuba lihat (Datuk Seri) Liow (Tiong Lai) dan (Datuk Seri) Kong Cho Ha.”

Menurut Khir, masih belum terlambat untuk melaksanakan perkara itu, namun perubahan harus dibuat dengan segera bagi membolehkan bukan Melayu menyokong BN.

“PR tidak menunaikan janji Pilihanraya mereka walaupun mereka kata mempunyai simpanan tunai yang banyak.

“Saya sangat risau akan Selangor,” katanya.

Namun begitu, semalam Najib menjelaskan BN sudah bersedia untuk menang Pilihanraya akan datang termasuk menawan kembali Selangor, dan sokongan rakyat amat menggalakkan.

Menurut beliau rakyat sering memberitahunya BN telah kembali memperolehi sokongan rakyat sejak pilihan raya 2008.

Perdana Menteri itu menjelaskan BN harus menawan semula Selangor, negeri yang kaya dengan sumber alam semulajadi dan industri “walau apa pun yang berlaku.”

Nallakaruppan Dedah Azmin Ali Gadai Body Shamsidar Buat Anwar Ibrahim





KUALA LUMPUR 28 Mac - Presiden Parti India Malaysia (MUIP) Senator Datuk Nallakaruppan bertegas tidak akan mengubah pendiriannya dalam membuat pertuduhan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa merupakan seorang Biseksual.

Beliau berkata tindakan penyokong Anwar yang telah membuat ugutan terhadapnya agar menghentikan segala tuduhan-tuduhan beliau langsung tidak akan dipedulikan malah telahpun menyerahkan perkara tersebut kepada pihak polis.Malah Nalla turut membuat satu lagi pertuduhan secara terbuka mengenai hubungan Ketua Umum PKR itu bersama isteri kepada Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali.

"Ya. Anwar ada hubungan sulit dengan Shamsidar," katanya pada Sidang Media yang diadakan di sini sebentar tadi. Turut serta bersama Nalla 2 orang peguam yang bakal mewakili dirinya pada kes saman tersebut.

Nalla juga menambah, beliau akan terus mencabar dan menunggu untuk mengadili segala pertuduhan yang beliau lemparkan terhadap Anwar di mahkamah.Anwar sebelum ini telah menfailkan saman berjumah RM100 Juta baru-baru ini terhadap Nalla yang mengaitkan dirinya terlibat dalam aktiviti hubungan Biseksual.Ia disusuli dengan laporan polis Nalla kelmarin kerana mendakwa telah diugut oleh sekumpulan penyokong PKR yang mahu beliau menghentikan kesemua pertuduhan yang dilemparkan.


Sumber: Kl Pos

KBBGate Buat Anwar Tak Tidur Malam



SELAMA hari ini rakyat sering kali didoktrinkan dengan pemikiran bahawa Pakatan Rakyat berupaya membawa Malaysia ke satu tahap yang baru, dibandingkan dengan Barisan Nasional (BN). Kunci kepada idea pembaharuan tersebut ialah dengan meletakkan Anwar sebagai ikon pemimpin yang suci, bersih dari segala penyalahgunaan kuasa dan rasuah – mengambil teladan dari rekodnya sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebelum dipecat pada 1998 atas kesalahan moral.

Justeru, amat penting sekali Anwar dan Pakatan Rakyat ‘dilihat’ bebas dari sebarang unsur-unsur berkaitan rasuah dan salah guna kuasa. Kalau pun ada, ia perlu cepat-cepat di sapu ke bawah karpet sebelum ada yang nampak dan cuba mempersoalkan.

Paling tidak, tuduh UMNO sebagai dalang dan nescaya perkara itu akan cepat dilupakan. Inilah strateginya.

Tapi perkembangan mutakhir dalam kes saman antara ahli perniagaan Low Thiam Hoe dengan Hong Leong Bank Berhad berhubung skandal pembelian Kewangan Bersatu Berhad (KBB) bernilai RM 445 juta pada 1998, yang menyaksikan nama Anwar dan Pengerusi Hong Leong, Tan Sri Quek Leng Chan turut terbabit, dipercayai akan mengubah pandangan rakyat terhadap ‘kesucian’ Anwar.

Latar belakang ini kes ini secara ringkasnya ialah wang sebanyak RM 445 juta telah dibayar untuk tujuan pengambilalihan KBB tapi pengambilalihan itu sendiri tidak pernah berlaku.

DImana Anwar terlibat? Anwar terlibat hasil dari peranannya sebagai Menteri Kewangan dan hubungan baiknya dengan Quek yang menyaksikan transaksi wang itu berlaku ketika banyak proses lain berkaitan pengambilalihan masih belum selesai. Disamping itu, hubungan Anwar dengan pemilik asal KBB, syarikat Arus Murni Corporation Sdn Bhd (AMC) yang dimiliki kroninya, Hamzah Harun dan Mohd Faiz Abdullah (yang juga penulis ucapannya) yang turut memainkan peranan penting dalam kes ini.

Suka juga nak disebutkan bahawa sejarah hubungan Anwar dengan Quek itu sendiri menarik untuk diperkatakan tapi penulis tinggalkan sementara kerana yang nak dibincangkankan ini jauh lebih penting.

Hakikat yang rakyat perlu tahu berkenaan kes ini, ada tekanan dari Anwar supaya jumlah wang yang besar tersebut dibayar kepada AMC tanpa menunggu proses ambil alih selesai kerana Anwar dikatakan terdesak untuk mendapatkan wang bagi menjatuhkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO dengan segera sebelum mantan Perdana Menteri tersebut ‘difahamkan’ mengenai kesalahan seksual dan salah guna kuasanya oleh pihak polis.

Sebagai pengasas politik wang dalam UMNO, penggunaan wang untuk menjatuhkan pemimpin ini bukanlah satu yang mengejutkan. Anwar di dakwa pernah menggunakan wang sebanyak RM 200 juta (juga melalui hubungannya dengan Quek) pada 1992 untuk menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri ketika itu Allahyarham Tun Ghaffar Baba. Nasib baik arwah Ghaffar tidak meneruskan pertandingan setelah melihat jumlah pencalonan yang kurang, kalau tidak tahulah siapa yang togel dikerjakan Anwar untuk memuaskan nafsu politik serakahnya itu.

Tapi yang lebih penting disini ialah untuk rakyat menilai siapa dia Anwar. Dengan jenisnya yang bukan reti nak bertaubat, kita yakin Anwar akan meneruskan taktik menguasai parti pemerintah dan kerajaan melalui cara yang diasaskannya di dalam UMNO dahulu – wang.

Walaupun perkara ini berlaku 14 tahun dahulu, itu bukanlah satu masalah yang besar sebab individu yang melakukan itu masih orang yang sama. Kalau kes liwatnya dijadikan perbandingan, jelasnya tidak ada apa yang berubah mengenai Anwar, dia masih macam itu, masih macam dulu.

Pendek kata, kalau dulu dia liwat dan sekarang masih liwat, maka kalau dulu dia korup, sekarang dan selamanyalah dia akan korup.

Kita lihat selepas ini sama ada Anwar berani untuk tampil sebagai saksi dalam kes ini, atau dia akan menggunakan seluruh armada guamannya untuk memastikan dia tidak perlu hadir, seterusnya mengelak dari terkait dalam kes ini dengan apa cara sekalipun.

Malah sekarang pun kita dimaklumkan bahawa sapina ke atas Anwar gagal diserahkan walaupun peguam yang mewakili Thiam Ho, D Paramalingam menunggunya di Parlimen.

Kenapa Anwar mengelak, ini yang pelik. Kalau tak salah hadap sajalah, kenapa mesti mengelak?

Kesimpulannya, rakyat yang mengimpikan Malaysia akan bebas dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa dibawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Anwar, sebenarnya hanya bermimpi di siang hari. Malah lebih teruk lagi, ada banyak kemungkinan negara kita akan bertambah hancur kerana kepimpinan di atas tidak boleh dipertikai dan ditegur dek kecenderungan Anwar menyalahgunakan kuasanya untuk memaksa pihak polis melakukan tindakan tertentu bagi menutup apa juga kesalahan yang ada kaitan dengannya.

Anwar terbukti bahaya dan tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri kita.

Khalid Gagap Dan DAP Gusar Dengan Kepimpinan BN Selangor



Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar menegaskan tidak wujud kem atau kelompok warlord dalam Badan Perhubungan UMNO Selangor dan Barisan Nasional (BN) di negeri ini.

Sebaliknya kata beliau, kepimpinan BN Selangor bersama ketua-ketua bahagian parti dan anggota Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Selangor sepakat bekerjasama dalam menguatkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

''Ada orang kata di Selangor ini banyak warlord, saya kata mana ada. Yang ada saya dengan (Datuk Seri Ir.) Mohd. Zin Mohamed. Kalau kami berdua tidak mendapat sokongan ketua-ketua bahagian, kita pun tidak boleh berjalan.

''Saya memberikan jaminan bahawa di Selangor tidak ada kem, kita bersatu-padu dan saya amat terharu dengan sokongan daripada Mubarak, " katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Kesembilan Mubarak Selangor di Ibu Pejabat UMNO Selangor, di sini baru-baru ini.

Turut hadir Pengerusi Mubarak, Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed.


Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, apa yang wujud di Selangor adalah begitu ramai bekas pemimpin dan tokoh hebat yang berjasa membangunkan negeri ini sehingga menjadi maju seperti sekarang.

Katanya, gabungan tenaga kesemua tokoh itu membolehkan kepimpinan parti mendapat dokongan pasukan terbaik iaitu syarat bagi membolehkan BN memenangi pilihan raya umum akan datang sekali gus kembali berkuasa di negeri ini.

Beliau juga melahirkan rasa terharu dengan kehadiran bekas Menteri Besar, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib yang juga Ahli Jawatankuasa Biro Politik Mubarak Selangor bagi melaksanakan tanggungjawab mendekati kumpulan profesional dan korporat agar dapat memberikan sokongan kepada BN pada pilihan raya umum akan datang.

''Muhammad dan Mubarak akan bersama-sama Badan Perhubungan UMNO negeri bagi bekerja dalam satu pasukan supaya kita tidak menghampakan harapan rakyat dalam memastikan kemenangan BN,'' katanya.

Dalam pada itu, Noh berkata, Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melantik kira-kira 40 orang ahli Mubarak Selangor sebagai fasilitator di 22 kawasan Parlimen dan 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

''Kita lantik mereka sebagai 'ayah' yang akan memberikan nasihat dan bimbingan serta menyelesaikan masalah yang timbul di sesuatu kawasan," katanya.

Yang penting pastikan tidak ada ‘tempoh lanjutan’ kepada Pakatan Rakyat Selangor untuk memerintah lagi selepas PRU 13 kali ini...!!! Wallahuallam.

Sumber: PapaGomo

Thursday 29 March 2012

SERANG Sifatkan Kerajaan Selangor Amal Kepimpinan Dalam "Kelambu"

Sekretariat Anak Muda Selangor (Serang) hairan persoalan-persoalan tentang moral, sahsiah dan kekayaan yang luar biasa yang dimiliki Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali melalui pemilikan saham dan isu-isu peribadinya, hubungan intimnya dengan pemimpin-pemimpin tertentu dan hubungan intim antara pemimpin tertentu dengan isterinya, sehingga kini masih diperkatakan namun masih tidak dijawab dan dielak oleh Azmin sendiri.

Pengerusinya, Budiman Mohd Zohdi berkata, namun sehingga ke hari walaupun sudah hampir lapan ke sembilan tahun mendengar berita ini, namun Azmin masih tidak menjawab persoalan ini.

"Sebenarnya kita nak tuntut, rakyat sendiripun nak dengar sendiri. Saya fikir ini bukanlah yang dikemukakan oleh mereka di luar parti, tetapi ini dikemukakan oleh Dr Hassan Ali yang dahulunya pernah bersama-sama mereka membina kerajaan negeri Selangor.

"Saya lihat kerajaan Selangor pimpinan Khalid Ibrahim ini mengamalkan kepimpinan 'Kelambu'. Ketika mereka bersama dalam kelambu, mereka tidak usik satu benda, tidak akan sebut pun satu perkara. Tetapi bila pasangannya itu sudah tidak ada di dalam kelambu, macam-macam perkara dia ceritakan," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar.

Persoalan ini, tambah beliau lagi jelas memperlihatkan kepimpinan dalam pakatan pembangkang ini tidak dapat menyaingi kepimpinan BN dari segi permuafakatan melainkan saling ada dendam dan tidak ada kasih sayang.

Ujar beliau lagi, sehingga ke saat ini pun, jika masih ingat isu berkaitan kamera video yang ditemui di pejabat Tan Sri Khalid Ibrahim masih belum diketahui siapa sebenarnya yang meletakkan video tersebut.

"Saya juga melihat pertembungan antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali, ianya bukanlah menjadi rahsia umum. Kalau kita lihat juga dalam satu kes melibatkan Dr Hassan, soal RM300 ribu untuk kos pengubahsuaian pejabat yang Azmin bangkitkan, namun akhirnya ditutup oleh Menteri Besar.

"Saya fikir sesama mereka ini pun ada pertembungan dan saya tidak nampak mereka boleh kekalkan kestabilan kerajaan yang mereka ada. Saya cukup yakin bahawa BN boleh mengambil alih kepimpinan kerajaan negeri Selangor pada PRU yang akan datang," tambahnya lagi. 

Sumber: UMNO-Online


Kempen Anti-Lynas Terima Dana Asing?



Pihak pembangkang khususnya PKR telah menjadikan isu kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang yang dibina oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd sebagai isu politik.

Penyokong pembangkang serta rakyat tempatan telah digembeleng sejak setahun lalu untuk menentang projek tersebut.

Tujuan utamanya ialah untuk menutup kilang Lynas yang yang menelan belanja dan pelaburan asing lebih RM700 juta bagi negeri Pahang.

Bermacam-macam tohmah dan dakwaan dilemparkan terhadap projek tersebut antara lain bahawa projek tersenut membahayakan rakyat Pahang serta alam sekitar kerana kononnya risiko bahan buangan beradioaktif hasil pemprosesan bahan mentah nadir bumi yang dilombong dari Australia.

Bagaimana pihak kerajaan pusat dan kerajaan negeri termasuk semua agensi yang bertanggungjawab dalam pelesenan dan pemantauan kilang tersebut telah memberi jaminan bahawa kilang tersebut selamat dan tidak berisiko tinggi seperti mana yang didakwa oleh pembangkang.

Malah Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat yang merupakan pakar kajian nuklear telah mengesahkan tapak loji memproses nadir bumi Lynas adalah selamat dengan pemantauan yang mengikut prosedur.

Sekaligus kenyataan yang datangnya dari seorang pakar dan professional seperti Dr Che Rosli menyanggah dakwaan-dakwaan berbaur politik dan tidak berasas daripada kumpulan kempen anti-Lynas yang diketuai oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Jika dikaji sejarah kempen anti-Lynas, agak menghairankan mengapa DAP yang juga rakankongsi PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat membantah penubuhan jawatankuasa bagi menilai penubuhan kilang Lynas.

DAP mahu menampakkan bahawa parti itu tidak anti-pembangunan dan pelaburan tetapi secara senyap dan sembunyi memberi dokongan kuat kepada kempen tersebut.

Ini terbukti dengan kehadiran dalam setiap demonstrasi dan bantahan yang diadakan sama di Kuantan atau di Kuala Lumpur.

Lebih daripada 90 peratus yang hadir terdiri daripada ahli dan penyokong DAP, hanya segelintir kecil penyokong PKR dan PAS menyertai mana-mana perhimpunan anti-Lynas.

Ini membuktikan bahawa wujud agenda tersembunyi yang tidak mahu didedahkan oleh DAP.

Menurut sumber dalaman kempen anti-Lynas sendiri, Fuziah dan kuncu-kuncunya mampu menerajui kempen mampu bertahan lebih setahun kerana sokongan dana yang besar.

Dana tersebut dikatakan diberikan oleh sebuah negara Asia yang juga merupakan antara pengeluar terbesar nadir bumi dunia.

Kalau tidak masakan Fuziah dan kumpulan anti-Lynas yang besar mampu mengadakan kempen yang tersusun dan teratur, malah mampu membawa aktiviti-aktiviti mereka hingga ke Australia.

Semuanya ini memerlukan kewangan yang besar dan pembiayaan hanya mampu diberi oleh pihak yang mempunyai kepentingan dan berasa terancam dengan wujudnya kilang Lynas di Gebeng.

Ertinya DAP dan PKR telah menjadi kuada tunggangan negara asing untuk menjejaskan ekonomi dan iklim pelaburan Malaysia.

Tindakan Fuziah dan kumpulan anti-Lynas bolehlah dianggap sebagai usaha khianat terhadap negara mereka sendiri dan sudah tentunya pihak berkuasa harus menyiasat sumber dana yang diperolehi serta agenda tersembunyi pembangkang dengan menggunakan rakyat yang dipergunakan.

PAS telah menghidu agenda jahat PKR dan DAP dan oleh kerana itu sejak awal algi telah menunjukkan sikap dingin terhadap usaha menentang projek tersebut.

Hakikatnya kempen anti-Lynas adalah contoh yang menjadi bukti kukuh bahawa dakwaan pihak pembangkang sememangnya menerima dana asing bagi mewujudkan ketidakstabilan politik di negara ini.

Pembangkang akan menggunakan apa jua cara untuk merampas kuasa politik sekalipun bersekongkol dan didokong dana besar negara asing.

Speaker Memihak: Teng Atau Khalid Yang Perlu Bertanggungjawab




Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang berakhir semalam (27 Mac 2012)tentunya akan terakam dalam sejarah tanahair sebagai persidangan yang paling memalukan kerajaan negeri yang diterajui PR Selangor berikutan kesilapan speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Kim menghantar mesej BBM.
Tujuan Teng menghantar mesej BBM itu asalnya hanya untuk tatapan barisan exco negeri dari DAP, PKR & Pas dalam usahanya untuk memandu arah persidangan bagi manfaat politik PR, tapi sebaliknya yang berlaku apabila mesej itu turut diterima oleh ADUN Bebas Datuk Dr. Hasan Ali yang sebelum ini adalah exco Hal Ehwal Islam negeri.

“This is possibly the last winding up sessions for exco, oppoturnity should be fully used to talk about our success in the past 4 years like what Yaacob is doing now”.
“Ini mungkin sesi penggulungan yang terakhir untuk exco, peluang harus digunakan sepenuhnya untuk bercakap tentang tentang kejayaan kita sejak empat tahun lepas seperti yang Yaacon lakukan sekarang”. – Speaker DUN Selangor, Teng Cheng Kim (DAP), 27 mac 2012
Peristiwa memalukan dalam persidangan DUN Selangor itu tidak pernah berlaku di mana-mana negara kecuali inilah satu-satu yang pernah wujud di atas muka bumi apabila speaker kantoi menghantar mesej arahan yang bias dan memihak semasa mempengerusikan persidangan.
Peranan Speaker
Umum mengetahui tugas dan tanggungjawab seorang speaker selain mengawal perjalanan dewan, speaker juga perlu berlaku adil dan tidak memihak sekalipun dirinya adalah pemimpin parti politik tertentu.
Dalam laman sesawang DUN Selangor sendiri telah menjelas peranan & tugasan speaker yang mesti berlaku adil, telus dan mengutamakan integriti sepanjang mempengerusikan persidangan Dewan Undangan Negeri.
“Tuan Speaker adalah Pengawal dan Pentadbir perjalanan Dewan Undangan Negeri semasa bersidang termasuk menetapkan Aturan Urusan Mesyuarat dan masa bersidang. Mengikut tradisi Parlimen dan Peraturan Tetap bagi Dewan Undangan Negeri Selangor yang ada, Tuan Speaker juga adalah Pengerusi beberapa Jawatankuasa Tetap Dewan bagi menjaga kepentingan Dewan. Mengikut kelaziman Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri, Tuan Speaker tidak mengambil bahagian dalam perbahasan dan hendaklah bersikap adil semasa mengendalikan mesyuarat atau perbahasan.

Rujukan:-

Bila dalam persidangan dewan undangan pun speaker PR dari DAP tidak mampu berlaku adil & bersikap telus, besar kemungkinannya dalam konteks pentadbiran kerajaan negeri juga tentu saja ada berlaku ketirisan & ketidaktelusan.
Misalnya dalam urusan pembahagian tender & kontrak kerajaan, perlantikan jawatan dan pengurusan kewangan negeri yang sebelum ini pun banyak menimbulkan keraguan ramai terhadap ketelusannya.
Dari kejadian ini dapat disimpulkan yang DAP sememangnya sekian lama telah menguasai arah tuju pentadbiran negeri, ini sekaligus menimbulkan persoalan terhadap keupayaan Menteri Besar dalam tadbir urus negeri.


Ketelusan dan keadilan

Andainya pemimpin PR bersungguh-sungguh mahu memperjuangkan keadilan dan ketelusan, inilah masanya untuk mereka mengambil langkah pembetulan dengan melantik individu lain bagi menggantikan tempat Teng Chang Kim.
Jika tidak sanggup mengambil tindakan tersebut terhadap Teng yang terbukti telah mencemar kewibawaan kerajaan negeri, maka seseorang mesti mengambil tanggungjawab memikul beban kesalahan tersebut.
Mungkin Khalid Ibrahim lebih elok memikirkan semula kelayakannya selaku Menteri Besar selepas tanggungjawabnya mengawal selia exco-exco negeri telah diambil alih oleh speaker dari DAP.
Itu saja jalannya untuk mengembalikan semula kepercayaan masyarakat terhadap keadilan & ketelusan yang kerap dilaungkan oleh PR selain menegakkan semula integriti & kredibiliti Dewan Undangan Negeri sebagai badan yang mulia dan dihormati.