Wednesday 27 June 2012

Perang Di Selangor.. Padah Bila Pemimpin Lebih Utamakan Kuasa, Kroni Dari Rakyat


Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Dr Satim Diman berkata ‘perang besar’ yang kini sedang berlaku di negeri itu tidak akan terjadi sekiranya pemimpin-pemimpin parti pakatan pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengutamakan kepentingan rakyat berbanding kepentingan kuasa dan kroni masing-masing .

Menurut beliau apa yang berlaku di Selangor sekarang tidak ubah hanya kerana masing-masing tamakkan kuasa dan mahu menunjukkan siapa yang lebih hebat  antara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengerusi PKR negeri, Azmin Ali.

“Mereka dan kumpulan mereka (kumpulan Khalid dan Azmin) hanya membuang masa dan kepercayaan yang diberikan rakyat sedangkan rakyat sentiasa menantikan banyak janji yang ditaburkan semasa pilihan raya umum yang lalu untuk ditunaikan.  Sepatutnya janji kepada rakyat diutamakan bukan janji untuk habuan kroni-kroni mereka.

“Inilah padahnya bila kuasa diberikan kepada pihak yang tidak sepatutnya umpama kera mendapat bunga….  akhirnya rakyat yang merana“ katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas ‘perang besar’ di  Selangor antara kepimpinan PKR negeri  apabila masing-masing terus melemparkan bom perang antara satu sama lain.

Mengulas lebih lanjut Satim yang juga ADUN Serdang seterusnya menambah Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar tetapi tidak mempunyai ‘cengkaman’ di dalam PKR negeri tentunya ditekan habis-habisan oleh Azmin yang memegang jawatan Pengerusi PKR negeri.

Tegasnya perkara ini sebenarnya sudah lama berlaku cuma sejak akhir-akhir ini masing-masing sudah tidak dapat mengawal diri terpaksa melakukan perang untuk mengorbankan musuh mereka sebelum pilihanraya umum akan datang.

“Mereka cuba bunuh antara satu sama lain kerana mereka mempunyai agenda tertentu…. Selangor adalah negeri yang terkaya sudah pasti nafsu di kalangan mereka juga cukup besar…. dan kerana nafsu ini jugalah mereka lupa tentang banyak janji-janji mereka kepada rakyat negeri ini”, ujarnya.


Thursday 21 June 2012

GPMS Hilang Pedoman ..... ?


Dimana pendirian GPMS yang sebenarnya??

Lawan Tetap Lawan Siapa yang mahu dilawan?? Selama ini pun ada ura-ura mengatakan GPMS sudah menjadi tarikan Anwar Ibrahim dan PKR, Betul Ke??

Bersih 2.0 yang lalu ada segerombolan ahli-ahli GPMS yang di ketuai oleh salah seorang MKT GPMS dari sebuah Universiti tempatan turut serta dalam perhimpunan itu betul ker??

MKT tersebut juga khabarnya menyertai perhimpunan membebaskan Anwar Ibrahim pada malam sebelum perbicaraan kes liwat Saiful Bukhari.

Pada bersih 3.0 yang lepas ada juga ahli GPMS yang hadir berdemonstrasi.

Dalam masa yang sama khabarnya Presiden GPMS sendiri telah menghantar resume kepada perdana menteri melalui seorang pegawai PM yang khabarnya sangat rapat dengannya......resume untuk menjadi calon BN pada PRU Ke 13 nanti.

Kesan jika tidak dapat menjadi calon GPMS akan memberontak...erm takan sampai kesitu.???

Sumber: Malay Dilema

Drama Lidah Bercabang Pemimpin Pembangkang


MB Selangor Didesak Jelas Isu Pewartaan Padang Bola PKNS



Penduduk Kelana Jaya serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang meneruskan bantahan terhadap cadangan membangunkan padang bola PKNS di sini, mendesak kerajaan negeri Selangor memberi penjelasan terhadap isu dua status pewartaan padang itu yang dilihat saling bercanggah.

Penyelaras Barisan Nasional Seri Setia, Datuk Abdul Halim Samad yang turut bersama kira-kira 200 orang yang mengadakan bantahan itu hari ini berkata Menteri Besar hendaklah memberi penjelasan tentang dua status pewartaan yang berbeza itu dan kemungkinan berlakunya penyelewengan dalam perkara tersebut.

"Kami mahu projek ini dibatalkan sama sekali.

Ada yang mencadangkan agar projek itu dipindahkan ke tempat lain agar tidak mengorbankan padang harian kesayangan para penduduk di kawasan ini,” katanya kepada pemberita.

Sehubungan itu beliau menyeru Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Menteri Besar supaya memberikan satu penjelasan sama ada wujud penyelewengan atau tidak terhadap isu tersebut.

Abdul Halim berkata satu laporan polis akan dibuat sekiranya MBPJ dan Menteri Besar gagal memberi penjelasan yang munasabah kepada para penduduk.

Rabu lepas media melaporkan terdapat dua dokumen yang saling bercanggah dalam Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2) di mana dokumen Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menunjukkan padang itu diwartakan sebagai tapak perniagaan dan perkhidmatan manakala dokumen sama Jabatan Pembangunan Bandar dan Desa Selangor menunjukkan kawasan itu diwartakan sebagai tanah lapang dan rekreasi. 

Sumber: Lawi Ayam

Nizar Penyambung Lidah DAP Perlekeh Raja Melayu


Sikap anggota pakatan pembangkang yang bertindak biadap, kurang ajar dan mempersenda Raja-raja Melayu tentunya didukung oleh segelintir pihak yang sememangnya mahukan Malaysia menjadi sebuah negara Republik, kata penganalisis politik tempatan, Prof. Datuk Dr. Abdul Halim Sidek.

Jelasnya, dalam pakatan pembangkang itu sendiri memang jelas ada sebuah parti iaitu DAP yang mahukan negara ini menjadi sebuah kerajaan republik iaitu tanpa Raja-raja Melayu.

“Walaupun hal ini ditimbulkan oleh Nizar menerusi twitter baru-baru ini ternyata satu tindakan yang biadap bukan sahaja kepada Sultan Johor tetapi secara amnya adalah kepada semua Raja-raja Melayu kerana Sultan Johor adalah anggota kepada satu institusi iaitu Majlis Raja-raja,” katanya.

Sebelum ini, Nizar lantang mempertikaikan tindakan Sultan Johor membeli nombor kenderaan WWW1 dengan menuduh baginda telah menyalahgunakan wang rakyat semata-mata untuk membeli nombor kenderaan tersebut yang berjumlah RM520 ribu.

“Ini adalah sikap kurang ajar, biadap, tidak menghormati institusi Diraja dan mempersenda Raja-raja Melayu yang selama ini menjadi payung kepada orang-orang Melayu dan rakyat Malaysia keseluruhannya.”

Jelasnya, sebagai orang Melayu, Nizar sendiri sewajarnya sedar peranan baginda tetapi sebaliknya dia telah menjadi alat kepada pihak lain bagi menjatuhkan martabat institusi Raja dan orang Melayu sendiri.

“Inilah sebenarnya yang dimahukan oleh pihak pembangkang khususnya DAP iaitu memperlekeh kedudukan Sultan dan Raja-raja Melayu kerana antara tugas baginda sendiri adalah melindungi keistimewaan orang Melayu dan bumiputera serta menjaga kepentingan sah orang Melayu selain menjadi ketua agama Islam dan juga Panglima Tertinggi Angkatan Tentera.

“Dengan kedudukan Raja-raja Melayu ini maka tentunya sukar untuk DAP memperjuangkan agenda mereka bagi mendapatkan kuasa, mewujudkan kerajaan Republik tanpa Sultan selain membuang agama Islam sebagai agama rasmi apatah lagi hak keistimewaan orang Melayu.”

Tambahnya yang juga pensyarah undang-undang di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), apabila ada orang Melayu sendiri yang mempermainkan kedudukan Sultan sedemikian maka ia akan menjadi ‘senjata’ kepada pihak terbabit.

“Sebagai seorang pemimpin bergelar Ahli Parlimen dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), sewajarnya Nizar menjadi contoh tetapi berdasarkan apa yang telah dilakukan beliau bukan saja mencemarkan kedudukan Sultan tetapi juga mempersenda untuk menunjukkan betapa rendahnya martabat Sultan hinggakan nombor kenderaan pun dipertikaikan,” katanya.

Lebih teruk lagi, katanya, dalam pakatan pembangkang itu sendiri sama ada PKR, Pas dan DAP langsung tidak ada yang menyatakan pendirian membidas kelakuan Nizar malah mereka lebih memilih untuk berdiam diri seolah-olah bersetuju dengan apa yang telah Nizar lakukan.

“Jika soal pembidaan nombor berkaitan menjadi isu, mengapa tidak Nizar mempertikaikan bidaan angka-angka lain termasuklah beberapa individu persendirian walhal Baginda Sultan Johor membeli nombor pendaftaran terbabit mengikut prosedur sebagaimana rakyat biasa,” tegasnya.

Ujarnya, apabila ramai pihak termasuk NGO dan rakyat yang mendesak dan membidas tindakan Nizar barulah beliau mahu memohon maaf tetapi itu pun menggunakan media massa sebagaimana memperlihatkan ketidakseriusannya terhadap penghinaan yang telah dilakukan kepada institusi Raja-raja Melayu.

“Tindakan tegas perlu dibuat terhadap Nizar yang secara jelas telah mencemuh kedudukan Raja-raja Melayu apatah lagi ini bukanlah kali pertama beliau berbuat demikian setelah apa yang berlaku semasa peralihan pentadbiran di Perak antara kerajaan pembangkang dengan Barisan Nasional (BN).”

Ekoran daripada tindakan Nizar, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah bertitah ketika merasmikan pembukaan penggal kelima Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor ke-12 di Kota Iskandar, Nusajaya Khamis lalu jelas menggambarkan kemurkaan baginda yang menyifatkan sikap pemimpin tersebut sebagai satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan Johor dan ianya menggambarkan pemimpin berkenaan lupa tentang adab melayu atau sememangnya jahil dan cetek akal. 

Pembangkang Serang SPR Untuk Cipta Alasan Bila Rakyat Tolak Mereka PRU 13


Menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus dan berat sebelah, namun dalam masa yang sama yakin pakatan pembangkang akan menang 105 kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU13)  ini menggambarkan betapa hipokritnya pemimpin-pemimpin pakatan.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor, Zulkarnain Abu Hanit berkata, hakikatnya amalan matlamat menghalalkan cara telah manjadi darah daging mereka.

“Kemenangan di 105 kerusi Parlimen sebagaimana yang dicanangkan itu hanya mungkin menjadi kenyataan jika imej institusi atau agensi-agensi kerajaan  di mata awam termasuk SPR berjaya dirosak dan dicabuli.

“Mereka tahu majoriti rakyat akan tetap mengundi dan memperakui keputusan pilihanraya yang dikeluarkan oleh SPR, mereka juga tahu dan sedar mereka telah banyak buat kesilapan terutama banyak janji-janji yang tidak ditunaikan.  Walau bagaimanapun mereka tetap menyalah dan memburukkan SPR untuk menutup kelemahan mereka sendiri,” katanya mengulas keyakinan  pakatan yang kononnya mampu menang sekurang-kurangnya 105 kerusi parlimen baru-baru ini.

Tambahnya, mereka sanggup membuat tuduhan membabi buta untuk menang walaupun caranya tidak betul dan mencabuli hak org lain.

“Berkuasa di lima negeri dan berjaya menidakkan majoriti 2/3 BN dalam Dewan Rakyat hasil daripada PRU12, sangat-sangat menyeronokkan mereka, apatah lagi apabila dapat menggunakan kuasa yang ada dengan sewenang-wenangnya,

“Contohnya, jual harta-harta negeri untuk dapatkan hasil mudah, harta-harta negeri yang diusahakan oleh kerajaan BN terdahulu, bukankah harta-harta itu hak milik rakyat Selangor? Kalau begini cara mengurus negeri, seperti mengurus syarikat perniagaan yang bermatlamatkan keuntungan semata-mata maka memang tidak mengejutkan jika rakyat menolak mereka nanti,” ujarnya yang juga Pengerusi Majlis Belia Daerah Hulu Selangor.

Saturday 16 June 2012

MB Kedah Diminta Jelas Jumlah Peruntukan Kepada KUIN


Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak diminta supaya membuat pengakuan kepada umum tentang jumlah peruntukan kerajaan negeri kepada Kolej Universiti Insaniah (Kuin).

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid  berkata beliau mendapat maklumat bahawa jumlah yang dikeluarkan oleh Pegawai Kewangan Negeri kepada Kuin adalah sangat besar.

"Saya mengambil contoh jika kutipan hasil tanah di Kedah ialah RM160 juta
setahun, berapakah daripada RM160 juta itu telah dibelanjakan untuk Kuin," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan borang keanggotaan Umno dekat sini malam tadi.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Pedu berkata beliau bimbang dengan kadar perbelanjaan wang negeri terhadap Kuin dan berasa sangat kecewa dengan perkara itu.

"Itu yang membimbangkan. Kalau nak belanja betul-betul tidak apa, buat satu demi satu. Tapi semua orang tahu Fakulti Perubatan dan Kujuteraan tak boleh jalan, duit terpaksa dibelanjakan tapi Azizan tak nak mengaku juga.

"Baliklah ke pangkal jalan sebab Kuin asasnya adalah Bahasa Arab, Usuluddin, Syariah dan Muamalat Perbankan Islam," katanya.

Mahdzir berkata beliau juga mahu kerajaan negeri menjelaskan tentang kedudukan Insan Holding Sdn Bhd sebagai anak syarikat Kuin yang memegang semua duit kerajaan negeri.

"Contohnya duit yang masuk kepada kerajaan negeri dipegang oleh Insan Holdings Sdn Bhd dan Pengerusi Insan Holdings ialah Rektor universiti itu. Di Kuin juga ada seorang Pegawai KCS (Kedah Civil Servant) yang telah ditempatkan sebagai Timbalan Rektor Kuin.

"Saya difahamkan oleh ramai pensyarah di situ bahawa Timbalan Rektor dari KCS itu disejuk beku, tidak ada kerja untuk dia. Jadi kenapa wujudkan jawatan itu kalau tak ada kerja untuk dilakukan," katanya.

Pada majlis penyerahan borang itu, seramai 148 penduduk dalam kawasan peti undi Kampung Padang Nyior menyertai Umno dengan 20 daripadanya adalah bekas anggota PAS.

Mahdzir berkata antara faktor yang menyebabkan mereka memilih Umno ialah kerana yakin ia adalah parti yang memperjuangkan orang Melayu.

"Bagi ahli PAS yang menyertai Umno, mereka sendiri telah melihat adu domba dalam Pakatan Rakyat. Jadi mereka merasakan mereka perlu mencari satu entity yang boleh dilihat dan disokong bagi membela orang Melayu dan tak lain tak bukan mereka memilih Umno," katanya. 

Sumber- MalaysianView

Merdeka Centre - Tukang Fikir Atau Tukang Pusing?


Merdeka Centre merupakan satu lagi jentera yang digunakan oleh Pakatan Rakyat untuk mencapai impian mereka untuk ke Putrajaya. Ada yang memikirkan bahawa mereka adalah kumpulan pemikir tetapi sebenarnya mereka hanyalah tukang pusing kerana itulah yang kini dilakukan oleh Merdeka Centre untuk PR. Survey dan juga statistik yang mereka lakukan adalah sebenarnya bertujuan untuk mengelirukan rakyat terhadap Umno, BN dan Najib. Target utama mereka adalah Najib kerana beliau merupakan halangan terbesar bagi PR yang mahu memenangi PRU13.

Dalam masa-masa yang tertentu, tukang pusing ini mula menyebarkan statistik mereka - Populariti Najib menurun, populariti Najib naik, sekejap turun, sekejap naik, lebih kurang seperti permainan komputer. Mereka cuba untuk menghasut rakyat supaya percaya bahawa survey yang mereka lakukan adalah profesional. Dan apabila tarikh PRU diumumkan, kemungkinan 'survey' baru akan dikeluarkan untuk menceritakan bahawa populariti najib sudah turun, akan kalah, habis. Semuanya untuk menggambarkan bahawa Pakatan Rakyat adalah yang berkuasa.

Antara pelanggan-pelanggan utama Merdeka Centre adalah kerajaan PR bagi Pulau Pinang dan Selangor. Tukang pusing ini menjalankan tinjauan berkala bagi Lim Guan Eng dan Khalid Ibrahim dengan bayaran yang lumayan. Mereka meninjau pendapat rakyat terhadap kedua-dua kerajaan negeri tersebut dan ketua bagi kedua-dua negeri. Namun, pernahkah anda terfikir mengapa mereka tidak pernah mengeluarkan maklumat terhadap Menteri Besar bagi kedua-dua negeri tersebut?

Apa kata tunjukkan kepada rakyat statistik bagi pendapat rakyat terhadap Anwar Ibrahim? Mengapa tidak keluarkan statistik apabila berlakunya isu video seks yang melibatkan Anwar? Setiap kali demonstrasi Bersih dijalankan, akan ada statistik yang menyatakan bahawa populariti Najib sekejap naik, sekejap turun. Rakyat benar-benar ingin tahu ststistik terhadap populariti Anwar selepas Bersih 3.0. Statistik bagi Nizar Jamaluddin, setelah isu WWW1, Lim Guan Eng setelah kebanyakan bukit di Pulau Pinang dimusnahkan dan tentang Ambiga setelah berlakunya segala keganasan di jalanan. Dasar tukang pusing!

Jadi, biarlah kami yang beritahu anda akan perkara yang sebenar. Salah satu daripada arahan yang diterima oleh Merdeka Centre dari salah satu daripada client mereka adalah untuk menjatuhkan imej Najib dan UMNO. Mereka telah lakukan perkara seperti ini selama tiga tahun. Mereka juga mempunyai banyak maklumat terhadap Lim Guan Eng dan Khalid Ibrahim. Walau bagaimanapun, keputusan daripada statistik mereka menunjukkan keputusan yang negatif. Populariti yang mereka peroleh setelah Mac 2008 mula menurun atas segala skandal yang berlaku. Itulah sebab mengapa mereka tidak boleh mengeluarkan sebarang maklumat terhadap pelanggan mereka. Jika mereka benar-benar profesional, mereka tetap akan mengeluarkan segala informasi terhadap pemimpin-pemimpin tidak kira samada dari PR atau BN. Kenapa serang Najib sahaja?

Pengarah kumpulan tersebut, Ibrahim Suffian, yang baru sahaja pulang dari Amerika Syarikat dan dia baru sahaja diberi kelulusan oleh kerajaan AS untuk memberi ceramah kepada pegawai-pegawai di Amerika. Dia adalah individu yang dikatakan oleh UMNO sebagai individu yang telah menghasut mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi untuk mengadakan PRU12 terlalu awal pada 2008. Tun Abdullah telah melantik Merdeka Centre untuk menjalankan kaji selidik untuk beliau dan mungkin dari keputusan keputusan yang diperoleh, beliau kemudiannya berkeputusan untuk menjalankan PRU walaupun beliau masih lagi mempunyai masa setahu. Kesimpulannya, beliau sebenarnya telah diperangkap.

Setelah kejadian tersebut, BN tidak lagi mahu mempunyai sebarang hubungan dengan Merdeka Centre. Dan sejak dari itu, Ibrahim Suffian telah menjadi kaki pusing yang lebih hebat. Dia dilantik menjadi penasihat bagi PR dan sering memberikan kata putus bagi beberapa calon pilihan raya terutamanya selepas PRU pada 2008. Begitulah besarnya  Ibrahim Suffian di PR. Khabar angin mengatakan bahawa dialah orang yang menasihati PR supaya tidak menjalankan pilihanraya negeri jika Najib mengumumkan PRU13.

Di Amerika, setiap parti politik mempunyai tukang fikir mereka tersendiri. Merdeka Centre pula adalah tukang pusing PR. Tahniah Merdeka Centre! Anda telah berkhidmat dengan jayanya.

Panda Diplomacy: More Than Just A Symbol Of China-Malaysia’s Close Relations


From 1958 to 1982, China gave away 23 pandas to nine countries to mark the beginning of diplomatic relations.  Loans of giant pandas to American and Japanese zoos formed an important part of the diplomacy of the People's Republic of China (PRC) in the 1970s, as it marked some of the first cultural exchanges between the People's Republic and the West. This practice has been termed ‘Panda diplomacy’.

Panda, a highly endangered species is a native to central-western and south western China - the Sinchuan Region.  It is considered as a symbol of world peace and represents the Yin and Yang concept.  In fact, Panda is known to be China's longest serving ambassador as it was presented as a gift to Japan during the Tang Dynasty around 685 AD.

By 1984, however, pandas were no longer given as gifts. Instead, the PRC began to offer pandas to other nations only on 10-year loans, under terms including a fee of up to US$1,000,000 per year and a provision that any cubs born during the loan are the property of the PRC.

Pandas feed on bamboo shoots.  It has a low birth rate and is greatly threatened with extinction whereby as at 2004, only 1,600 are believed to be still living in the wild.  

Because of this, Panda is considered as a national treasure of China and was one of the five mascots in Beijing Olympics Games 2008. 

Taking the significance of the species for the country, China’s decision to lend two pandas for 10 years to Malaysia in itself, symbolizes the significance of China-Malaysia relations. 

Nevertheless, during the era of Tun Abdul Razak, Malaysia-China relation had been strengthened through a “Ping Pong Diplomacy” in 1974.  Ever since, both countries have always maintained good social, political and economic relations. 

With this already strong relation, the “Panda Diplomacy” must have brought a deeper meaning than just to mark a lasting good relation.  It means China’s recognition of Malaysia's achievement in research and conservation.

In addition to that, by entrusting Malaysia with its national treasure, China is also acknowledging Malaysia’s commitment towards increasing the number of the endangered species. 

We believe that China’s friendship, trust and acknowledgment towards Malaysia would lead to more fruitful dealings that would benefit both countries.   By gaining the trust of one of the greatest economic power of the world is evidence of a dynamic leadership of our Prime Minister. 

Still, it is sad that some Malaysians do not see the significance of Panda Diplomacy, and have to ridicule the government’s call to help name the pandas.  While a world’s superpower is showing us their respect, the Malaysians themselves are showing the world of how low their mentalities are. 

I bet these same Malaysians are the ones claiming to be loyal, rationale, open-minded citizens though they sounded more like retarded Malaysians. 

However, let’s not be bothered by these few retards, but pity them for their poor upbringing. 

So, let’s all truly loyal, rationale, open-minded citizens of Malaysia take part in the contest so that we could find the best names for these two treasures of the world, that are now in our care. 

Thursday 14 June 2012

SUARAM Menghina Mahkamah Perancis


Nampaknya SUARAM dan pembangkang tetap berdegil ingin terus bermain dengan isu kapal selam scorpene walaupun tuduhan mereka telah dijawab dan dipatahkan berkali-kali.  

Sudah menjadi taktik pembangkang untuk ‘buat bodoh’ apabila terkantoi dan akan terus memainkan fitnah yang sama walaupun ia telah dijawab berkali-kali beserta dengan bukti.  Contohnya, isu cincin Datin Seri Rosmah, isu anak Dato’ Seri Najib berbelanja di Australia sehinggalah isu pembunuhan Altantuya dan scorpene ini, yang mana semuanya telah diperjelaskan dan bukti telah pun dikemukakan bagi menafikan tuduhan mereka.

Dalam kes scorpene ini, SUARAM dan pembangkang telah pergi ‘agak jauh’ iaitu dengan menggunakan nama mahkamah negara asing bagi menguatkan hujah mereka.    SUARAM juga menyatakan bahawa kes ini sedang disiasat dan kononnya terdapat penemuan dokumen komunikasi dan transaksi yang menunjukkan wujudnya permintaan rasuah secara terang-terangan.  

Kononnya juga, Perdana Menteri akan disapina dan diheret ke mahkamah Perancis.  Malah lebih dahsyat lagi, mereka mengaitkan pula urusniaga dan rasuah tersebut dengan pembunuhan seorang model Mongolia, Altantuya Sharibuu dan membayangkan pembabitan Perdana Menteri dalam semua kes ini. 

Pembangkang nampaknya benar-benar berpegang dengan kata-kata bahawa, ‘lebih besar penipuan itu lebih ramai yang akan percaya’.  Sebenarnya, tidak semestinya.  Ada kalanya apabila penipuan itu terlalu besar ia akan menjadi raksaksa yang memakan diri. 

Hakikatnya, benar, ada aduan rasuah mengenai pembelian kapal selam scorpene dari DCNS oleh Malaysia yang dibuat oleh SUARAM kepada mahkamah Perancis.   Dan tidak seperti di Malaysia, di mana pihak polis atau SPRM yang bertanggungjawab menyiasat sesuatu aduan rasuah, di Perancis, pihak mahkamah yang menyiasatnya di bawah arahan Hakim. 

Selama siasatan dibuat iaitu dalam masa 2 – 3 tahun, mengikut anggaran hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire yang bertanggungjawab bagi kes ini, pihak yang terlibat tidak dibenarkan membuat sebarang komen atau boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah.   Dan sekiranya, siasatan mendapati hakim memerlukan keterangan dari mana-mana pihak di Malaysia, maka hanya polis Malaysia yang boleh mendapatkan keterangan dari pihak yang berkenaan dengan kehadiran pegawai kehakiman dari Perancis. 

Oleh itu, tidak timbul soal mengsapina Perdana Menteri atau sesiapa saja dari Malaysia untuk hadir di mahkamah Perancis. 

Sekiranya, hakim mendapati terdapat keperluan untuk membawa kes ke perbicaraan, maka beliau perlu mengemukakan permohonan kepada mahkamah yang lebih tinggi kerana hanya mahkamah yang lebih tinggi yang dapat menentukan sama ada kes tersebut boleh dibicarakan atau tidak. 

Jelaslah, apa yang dilakukan oleh SUARAM, iaitu mewar-warkan apa yang dikatakan mereka sebagai ‘bukti’ serta membuat komen, malah kenyataan rasmi terbuka di media, adalah satu bentuk penghinaan yang serius terhadap mahkamah Perancis.  Maka, secara rasminya SUARAM boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah sekiranya ada pihak yang membuat aduan terhadap mereka. 

Jika kita lihat perkembangan kes ini di Perancis sendiri atau di mana-mana jua, kita akan dapati tiada langsung komen dari pihak DCNS yang dikatakan sama-sama memikul kesalahan jika benar telah terlibat memberi rasuah dalam urusniaga kapal selam dengan Malaysia. 

Ini kerana DCNS cukup arif mengenai prosedur undang-undang di negaranya dan mengelak untuk memberi komen, membela diri atau menjelaskan apa-apa mengenai apa-apa jua. 

Hanya SUARAM a.k.a pembangkang Malaysia yang ke hulu ke hilir menjaja cerita rasuah antara DCNS dengan Malaysia.   Kerana apa?  Kerana pilihanraya semakin hampir, itu saja.

Negeri Pakatan Rakyat Patut Umum Tarikh Bubar Dun


ADA pandangan mengatakan bahawa Perdana Menteri Najib Tun Razak sedang bermain teka teki tentang tarikh pembubaran parlimen yang membuka jalan kepada proses pilihanraya umum yang akan datang.

Sedangkan yang memberi pandangan terlupa, Pakatan Rakyat juga sedang memerintah 4 negeri dan dari jumlah itu, 2 negeri sudah mengumumkan pendirian masing-masing secara terbuka untuk tidak membubarkan DUN bersamaan dengan tarikh pembubaran parlimen.

Malangnya, dua negeri ini (Selangor dan Pulau Pinang), tidak pula menyatakan dengan jelas, bila DUN akan dibubarkan, walaupun dalam masa yang sama, soal mendesak Najib mengumumkan tarikh sebenar pembubaran Dewan Rakyat sedang hebat diperkatakan dikalangan pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat.

Penulis boleh faham kenapa desakan dibuat, penulis juga boleh faham kenapa tarikh itu dibiarkan terapung di awangan untuk semua orang meneka.  Tapi penulis juga mahu semua orang tahu, ada soal intergriti dan kredebiliti yang sedang menjadi taruhan sekarang.  Soal ini penting kerana hanya inilah saja yang membezakan kita dengan BN.

Justeru, penulis dengan ini mendesak kepimpinan negeri Pulau Pinang dan Selangor, mengumumkan dengan segera tarikh sebenar DUN di negeri masing-masing akan dibubarkan supaya satu pilihanraya negeri dapat diadakan.

Selepas itu, penulis rasa baru layak kita mendesak Najib mengumumkan tarikh sebenar pembubaran Parlimen dan penulis yakin rakyat dibawah akan lebih selesa dengan pendekatan sebegini dan menaruh keyakinan yang tinggi terhadap Pakatan Rakyat.

Disitu saja kita sudah membuktikan kelebihan kita dibanding dengan BN yang dipimpin Najib.

Kalau Pakatan Rakyat sendiri  pun gemar bermain teka teki berhubung tarikh sebenar pembubaran DUN, kenapa nak dihairankan bila Najib juga menggunakan pendekatan yang sama.  Lagipun, pada pandangan penulis, ini bukan sangat tentang teka teki, ini tentang strategi dan kelebihan yang ada tapi tidak dipunyai oleh pihak musuh.

Semua perlu ingat, ini bukan tentang Najib, ini tentang polisi.  Sejak zaman berzaman polisi BN memang begitu, mereka menyimpan tarikh sebenar pilihanraya ini sebagai strategi mereka untuk mengukuhkan kuasa.  Pakatan Rakyat tidak perlu terikut-ikut dengan polisi BN dan haruslah berani menunjukkan pembaharuan.

Kalau Najib ada kelebihan di peringkat persekutuan, kita ada kelebihan sama di peringkat negeri yang kita kuasai.  Cuma yang perlu dibuktikan kepada rakyat sekarang ialah, kita tidak menyalahgunakan kelebihan tersebut dan berani mengumumkan tarikh sebenar pembubaran DUN kepada rakyat.

Kita buat dulu, kemudian baru minta orang lain untuk ikut, baru betul.

Petikan : suarapakatanrakyat.com

BEKAS MB SELANGOR SOKONG PENDIDIKAN PERCUMA KHALID GAGAP!!!


1. Ketika Pakatan Rakyat berceramah seantero negara menyatakan mereka akan menghapuskan PTPTN jika memerintah, tiba-tiba kerajaan Selangor dan kumpulan pelajar pro-pakatan rakyat begitu menggelabah dengan Tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) menggantung pemberian pinjaman kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel).

2. Mereka membelasah Menteri Pendidikan Tinggi dan PTPTN sebagai tidak berperikemanusiaan, tidak bertanggungjawab dan membalas dendam. Mengapa dimarahi menteri dan PTPTN sedangkan mereka sendiri menyatakan PTPTN sebagai suatu kezaliman.

3. Adakah salah menteri menghalang kezaliman berlaku ke atas pelajar Unisel? Adakah tindakan PTPTN menghentikan apa yang mereka dakwa kezaliman merupakan tindakan balas dendam? Inilah kali pertama dalam sejarah tamadun manusia, mereka yang mendakwa dizalimi dan ditindas marah apabila orang lain menghentikan penindasan dan kezaliman ke atas mereka.

4. Episod penggantungan ini tidak seharusnya dilihat sebagai satu tindakan politik. Sebaliknya ia merupakan satu tindakan menyedarkan masyarakat bahawa apa yang Pakatan laung-laungkan dalam ceramah adalah mustahil untuk dilaksanakan.

5. Berdasarkan episod ini, Kerajaan Negeri Selangor mendakwa mereka mempunyai mekanisme memberi pendidikan percuma kepada pelajar Unisel. Jadi saya berharap Menteri Besar akan melaksanakannya biarpun PTPTN telah menarik balik penggantungan.

6. Apa salah kerajaan negeri Selangor meneruskan idea bernas dan hebatnya memberi pendidikan percuma kepada para pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang berada di bawah kawalannya terutamanya Unisel? Perkara yang baik kepada rakyat tidak wajar ditangguhkan biarpun PTPTN telah menarik balik penggantungannya.

7. Janganlah kerajaan negeri lepaskan peluang keemasan untuk melaksanakan idea baik mereka ini.

Bazar Ramadhan- Peniaga Melayu Di`bunuh’?


Gagasan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS) terperanjat dan kesal dengan satu usaha untuk mem`bunuh’ penjaja-penjaja Melayu pada bulan Ramadhan ini di Jalan Taiping, Klang, di mana pada tahun ini, penjaja-penjaja Melayu hanya dibenarkan berniaga selama dua minggu (14 hari).

Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, Jalan Taiping merupakan satu kawasan yang sangat strategic di Bandar Klang, di mana sebelum ini penjaja-penjaja Melayu ini dibenarkan berniaga lebih dari tiga puluh (30) hari dalam bulan Ramadhan untuk menjual barang-barang bukan juadah seperti pakaian, kasut dan barang-barang keperluan Hari Raya.

“Tapi kali ini, Menteri Besar membuat arahan supaya penjaja-penjaja Melayu ini hanya boleh berniaga selama 14 hari. Ini amat memeranjatkan kita kerana penjaja-penjaja Melayu ini hanya berniaga setahun sekali dan mereka berniaga di kawasan yang sangat strategik dan mereka berniaga pada bulan Ramadhan dan pembeli-pembelinya juga hampir keseluruhannya orang Melayu.

Sebelum ini tidak timbul masalah, tetapi pada kali ini penjaja-penjaja ini telah mengadu kepada GAPS kenapa kerajaan negeri hanya membenarkan mereka berniaga hanya untuk 14 hari,” ujarnya yang juga mantan Ketua AMK Negeri Selangor.

Ujarnya, Ramadhan pertama sehingga ke Ramadhan ke-14, tidak boleh berniaga di Jalan Taiping, tetapi pada Ramadhan ke-15 sehingga ke Ramadhan ke29 atau ramadhan ke-30 baru boleh berniaga.

“Dalam masa yang sama, kita juga melihat kenaikan harga, contohnya seperti kenaikan harga untuk menghantar borang permohonan, RM300 tetapi dulu RM100 sahaja, penggunaan lessen dulu tidak ada tapi sekarang dikenakan RM200. Penggenaan wang RM1000 untuk wang pertaruhan, dulu tidak ada tapi sekarang RM3000.

Saya fikir ini merupakan usaha-usaha untuk mem`bunuh’ peniaga-peniaga Melayu di Bandar Klang. Untuk berlaku adil kepada seluruh peniaga dan penjaja kecil Melayu di Bandar Klang, MB kena tarik balik perkara ini. Orang Melayu wajar diberikan hak untuk berniaga di Bandar Klang selama 30 hari dalam bulan Ramadhan ini, bukan 14 hari,” tambahnya.

Sehubungan dengan itu, GAPS mendesak kerajaan negeri dan MB Selangor untuk membenarkan orang Melayu di Bandar Klang selama 30 hari dalam bulan Ramadhan ini.

Wednesday 6 June 2012

Hadi Beri Isyarat Lawan Anwar


SELALU sudah disebutkan bahawa Pakatan haram pembangkang ini tidak ada persefahaman yang baik di antara mereka.  Ada banyak percanggahan dan semua ini berlaku sebelum mereka dapat perintah negara pun.

Dalam hal ini penulis merujuk kepada kenyataan terbaru Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang yang mahu penyokongnya menurunkan kerajaan (BN) dalam keadaan ‘sopan’.  Apa maksud Hadi dengan sopan, bila Anwar Ibrahim pula mahu menjatuhkan kerajaan dengan cara ganas?

Bukan satu rahsia yang Anwar akan mengadakan demonstrasi besar-besaran menolak keputusan pilihanraya jika kerajaan BN mengekalkan kemenangan dalam pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Hadi pulak cakap pasal sopan? 

Yang penulis nampak disini ialah, berlakunya percanggahan antara 2 pemimpin utama Pakatan Rakyat ini.  Kelihatannya Pakatan yang tidak berdaftar secara rasmi ini tidak tahu arah mana yang nak dipilih untuk menumbangkan kerajaan BN.  Satu orang nak secara sopan@aman dan satu orang lagi cara huru hara dan ganas.

Ini belum lagi Kit Siang anak beranak dan Karpal anak beranak dari DAP buka mulut.  Tak tahu pendekatan apa yang mahu dipilih mereka, mungkin Mahkamah.

Semua ini menunjukkan percanggahan dan pertelagahan yang jelas berlaku dalam Pakatan Rakyat.  Pakatan ini kelihatannya semakin hari semakin keliru dengan tujuan penubuhan Pakatan Rakyat.  Nampaknya macam laki bini yang bergaduh, dimana tak satu pun cakap mereka yang boleh dipakai.

Yang akan jadi masalah sudah tentulah penyokong, mana satu nak dipilih sebagai tindak balas kalau Pakatan kalah besok, nak duduk diam-diam atau bangkit melawan?  Percayalah, Pakatan akan kalah, tapi bukan sebab penipuan BN, sebaliknya sebab diri sendiri banyak buat silap seperti dibuktikan di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.

Hadi jangan ingat kita bodohlah.  Kalau rancangan Anwar ini menjadi (demonstrasi ganas), saf baris paling depan nanti akan diisi oleh budak-budak PAS dari Unit Amal, macam dalam perhimpunan Bersih 3.0 April lepas.  Itulah yang akan berlaku, pegang sajalah cakap penulis ini.  Hadi memang terkenal dengan cakap depan lain, belakang lain, kalau cakap lurus macam mana pulak dia boleh berbini 3.

Hadi pun dah tau rancangan Anwar yang terlepas keluar itu, sebab itu Hadi keluar kenyataan sopan apa segala ini.

Hadi sendiri, dimana layaknya bercakap soal sopan ini?  Hadi masih ingatkan apa yang berlaku di Terengganu bila PAS menang di negeri tersebut?  Kunci Wisma Darul Iman dipecahkan, kereta rasmi kerajaan yang digunakan Exco ditahan dan dirampas penyokong fanatic PAS waima di tengah jalan.

Ketika itu dimana Hadi dan nasihat tentang kesopanannya?  Hilang dalam serban atau terjuntai dalam jubah?  SIlap-silap yang mengarahkan semua itupun adalah Hadi sendiri kerana terlalu taksub berkuasa dan menjadi Menteri Besar.  Ketaksuban yang ditamatkan rakyat Terengganu pada 2004 dan masih gagal menawan kerajaan negeri tersebut pada saat UMNO berada dikedudukkan terburuk pada 2008.

Begitu juga dengan sikap macam binatang oleh budak-budak Unit Amal dibawah pimpinan Hadi Awang semasa Himpunan Bersih 3.0 tempoh hari, dimana yang sopannya penyokong PAS dalam kejadian tersebut.

Pada penulis, semua ini hanya persediaan kalau kekacauan yang dirancang Anwar di masa yang akan datang, menjadi kenyataan.  Kenyataan Hadi ini akan dijadikan bukti bahawa PAS tidak terlibat kalau berlaku kekacauan itu nanti.  Dalam erti kata mudah, PAS (melalui Hadi) sedang bersedia melindungi dirinya dari sebarang kecaman atas tindakan yang mungkin dilakukan Anwar - BB

Submarines: Who Is Funding SUARAM To Lie?


A straight-forward purchase of military assets has never before been politicized in a way the SUARAM did with the scorpene submarines.   The submarines case ‘emerged’ again in Bangkok recently, when SUARAM made a press statement to brief on the progress of the investigation by the French.  Admitting that the case sounded like a Hollywood spy thriller, SUARAM continued to precede the court, calling the government corrupt and the Prime Minister, a murderer!

The judge said that the investigations will not complete in 2-3 years, so why can’t SUARAM just sit still and wait for the verdict?  Why the press conference?  Why the publicity?   Why now?

In talking about the case, one must have a fair knowledge of SUARAM’s background.  With the General Election around the corner, the motive of SUARAM in bringing back the dead is clear.  

SUARAM is an NGO that has been highly critical of the government.  This is understandable as it was formed by families of ISA detainees.    In other words, it was formed out of grudges, vandettas, revenge and it breathes on unsettle scores with the government.    And working with the oppositions is the best way to revenge the government. 

SUARAM claimed to have gained full privileged access to the 153 investigation papers from the public prosecutor’s office and now selectively briefing the people from the list.  It is obvious that SUARAM is trying to portray itself as an independent board that has the power to determine justice.   Whereas, in this case, SUARAM is just a plaintiff a.k.a the complainant who has no right to draw conclusion as whether corruption did occur, what more link it to murder.  

Therefore, as a responsible organization with no hidden or evil agenda, it is only best and sensible for SUARAM to let the case proceed ‘peacefully’ in court.  

But SUARAM just can’t sit still.  They need to tarnish the government’s image and smear the PM’s name in order to help the opposition gain some political mileage, up till the election.  Should their lies be exposed later after the election, then be it.   Right now, the SUARAM is determined to continue lying that the PM or his wife had murdered Altantuya, a Mongolian model cum an interpreter and a mistress, who asked for her part of the commission from the scorpene’s transactions. 

But their lies have already been exposed.  The original ‘hollywood spy thriller’ script has been scrapped-off by the writer himself, Raja Petra Kamaruddin (RPK).   In an interview, RPK exposed how he made-up the hearsay story, as ordered by some parties in the oppositions. 

The script was also way too dramatic that it failed to tally with the facts.  The facts remained that at the time of the murder, the PM was attending a ‘buka puasa’ program in Kedah while his wife, Datin Seri Rosmah had a separate ‘buka puasa’ program with the orphanage in Tabung Haji, Kuala Lumpur.  There are video, pictures and alibis to confirm that Datin Seri Rosmah was never at the crime scene, as written by RPK, in his original script.

The PM didn’t know Altantuya, and that’s a fact too.   The badly ‘doctored-picture’ by Tian Chua, Vice President of PKR showing them together, is in itself a proof of lie made by the oppositions.   To stress the fact that he didn’t know the girl, the PM was more than ready to swear in the name of Allah, as according to the Islamic procedures – and he did, not once, but 4 times.  No Muslims in their right minds would swear in the name of Allah should they are not truly innocent. 

The Malaysian court not only could not find anything to connect the PM or the wife with the murder but there were also no commissions or an Interpreter ever mentioned in the murder trial.   This is because, Altantuya was not an interpreter as there was no interpreter needed in the scorpene’s transactions since all conversations and documentations are in proper English. 

So, looking at it all, it is no doubt that Scorpene and Altantuya’s life was nothing but a political game for the Oppositions…and SUARAM too. 

In their statement, SUARAM claimed to have gained full privileged access to the 153 investigation papers from the public prosecutor’s office and now selectively briefing the people from the list.  It is obvious that SUARAM is trying to portray itself as an independent board that has the power to determine justice.   Whereas, in this case, SUARAM is just a plaintiff a.k.a the complainant, who has no right to draw conclusion as whether corruption did occur, what more link it to murder.

Nevertheless, SUARAM admitted that they can’t take any evidence outside of France and that the briefing was based on no hard evidence, but their words alone. 

Well, we have heard enough of their words and the more we hear, the fishier it becomes.  How do we take words from the families of the people who were caught under ISA - most probably for potentially imposing danger to national security?  How do we take words from the people who are full of hatred and grudges?  How do we take their words when most of their words have been proven to be lies? 

In scrutinizing SUARAM’s motive, we must agree that grudges alone do not generate money.   So, where does SUARAM get all the money to hire two highly paid French lawyers, namely Joseph Breham and William Bourdon to represent them?   Are they paid by the hour, like most western and european lawyers are?  Note that these lawyers were taken to Malaysia and then Bangkok just for publicity purposes.   And how many of SUARAM’s officers are there in France to monitor the case, and for how long?   Who paid for their travelling expenses, lodging, meals, refreshments, documentations?  …And how much? 

We know that SUARAM is small organization, almost unknown to ordinary Malaysians.  How can they afford all these? 

I’m sure, by now everybody would agree that it is beginning to look like SUARAM is the one should be under trial, not our government.  

Karpal's Voice Will Never Die


Sixty years ago - when British failed to take over the Tanah Melayu Peninsular and when our country was given the name of Persekutuan Tanah Melayu - who would have ever thought that it might be finally taken over by migrants who came to Tanah Melayu.

When Raffles took his first step to this strategic island, it was ruled by a king which was known as the sultan, complete with palace, ministers and his officers. But due to greed from British political officers, Sultan Husain Shah had to move to Melaka and he died there.

After the first World War, when UMNO was leading the fight for Independence, this island features strong UMNO parties and a few other Malay organizations. Utusan Melayu newspaper was the strongest voice in fighting for the Malays, also in the same island.
Back then, the Malays in this island were highly respected. Writers, journalists and artists from Peninsular began to move to this island - in search for a new life. Keris Mas, Usman Awang, Asraf, Wijaya Mala, Abdullah Hussain, Jamil Sulung, P.Ramlee and Romai Noor fell for Singaporean girls. That is Singapore, our pride in that era - not Kuala Lumpur.

Now, Singapore UMNO has been dead for a very long time and it is no longer in Singapore's modern history list. Malays that live in Singapore became a minority group that hopes for pity from its leaders.

In 20 years time, people will begin to forget that the island did have a Malay government (even now those who are my age would know such thing). Even Malay younger generations who are left behind would not even care about their race. All they know is, they are Singaporeans.

It is proven now that history has turned to reality where the Sultan with his institution and his race who were respected could simply lose his status within 60 years. Sang Nila Utama and Temasik has now turned to an old folklore.

Administration power has now turned to the hands of migrants. That is how a non-Malay country thrive in a Malay region.

When Karpal Singh announced openly:"As long as I live, I will fight for a non-Malay to be the Prime Minister," Malay scholars said that it is an impossible mission and it will never get there.

Karpal is said to be daydreaming and that he do not know anything about history. This DAP Chairman is said that he had fail to understand the country's Constitution and the status and the power of Royal Institution, especially Yang di-Pertuan Agong.

Karpal knew that he will be attacked with various charges. That is his intention - to lure the enemy. Trying to pick a fight with the Malays but he would remain out of the ring. Then, another political issue derives prior to the General Election.

Even if it did not show on his face, Karpal should be smiling inside, looking at how Malay scholars and leaders working hard to defend themselves, leaving their real responsibilities behind. This famous lawyer is happy to see how PAS is in chaos and that UMNO is fighting with PAS! They have fallen into his trap. His target, Malays!

A few years ago, Karpal did make an oath saying that if PAS tries to build an Islamic nation, they would have to go over his dead body, This political provocation had raised negative reactions from Malays outside of UMNO in attacking PAS because after such statement, they are still working alongside DAP. So, PAS decided not to continue with their fight in building an Islamic nation.
This time, Karpal once again tries to challenge PAS's political stand and the strength of Malay politics. And it is obvious that PAS is in chaos. Both of its leaders are lost in searching for answers.

PAS President, Datuk Abdul Hadi Awang said,"That is Karpal's personal opinion. PAS would follow Pakatan Rakyat's resolution which has been approved by all of its parties." This is the answer from a politician. They do not want to be trapped. What can't he say,"PAS still wants a Malay Prime Minister"?

When Malay leaders do not have the guts to defend themselves just because they are scared to face political risks, it is not impossible for Malaysia to have a non-Malay Prime Minister in the future. Fear was one of the reason why we lost Singapore.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat's early response sounded as if he did not want to make any statement. He only said,"Karpal Singh is an old man." It meant that things that are said by ild men cannot be taken seriously because they are getting senile. Probably Nik Aziz fail to realize he is old as well.

Then, he made another statement saying,"We can have a non-Malay Prime Minister, as long as he is a Muslim. How can you lead an Islamic nation is you're a non-Muslim. Islamic state should be ruled by a Muslim. So, race should not be an issue." For Nik Aziz, Islam is a must, Malays do not really count.

The President of Economic Bureau of the Malay Consultative Council, Tan Sri Dr. Kamal Salih said,"As long as the status of Yang di-Pertuan Agong stays as the leader of the country and Malay Kings are in throne, Malay rights, Malay language and Islam would remain as part of the Constitution, including the condition where the Prime Minister should be among Malays."

The question is, what if those things which Dr. Kamal had mentioned is no longer there? What if the Constitution is amended, power and status of the Royal Institution is changed? (I remembered how their status were during British invasion when they signed the Malayan Union Agreement.

Such change is not impossible. In a democratic system, the power falls to the hand of voters and the party which is given the power rules.

The president of Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar said, As a leader, he (Karpal Singh) should realize that this land have been used by Malays since 4,000 years ago with its own Malay Kings and majority Malay citizens with the percentage of 67%."

The question here is, would it be enough for us to face the political game now by just saying that the Malays haven been in this country for 4,000 years?

I think, history do not bring any influence for us and our generation. The 67 percent might change (for example, Penang, within two years. 18,000 decided to move away from the state). Numbers do not make any difference, the important thing is that how many political areas that still has a majority of Malays.

In this era, obviously Karpal's ambition might not become a reality. MCA's President, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek is convinced, "Having a Chinese PM is not possible at this moment." He stressed,"DAP members cannot be the PM even if they gain power now."

But what about our future - 10 or 15 years from now? probably another two or three GEs from now, Karpal's hope might turn to reality.

If Malay's younger generation do not care about what Karpal have said, the power and status of Malay Kings and the whole race might just crumble - just like what had happened to Singapore. Karpal Singh's voice is not a personal opinion. Even if he is dead, do remember, his voice will never die!



Written by: Datuk Noor Azam
Former Chief Editor of Buku Umum, Dewan Bahasa dan Pustaka Magazine, Columnist and TV3's former Chairman.-Utusan Malaysia