Friday, 16 March 2012

Anasir Luar: GAPS Desak KDN Siasat Dakwaan BN Selangor




Sumber: Sahabat-Gunung

Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) mendesak KDN ambil tindakan tegas terhadap pihak yang membenarkan anasir luar menentukan hala  politik negara ini berdasarkan pendedahan Penyelaras BN Selangor, datuk Seri Mohd Zin Mohamed baru-baru itu.

Pengerusinya, Hamizun Khairuddin berkata, ini jelas ada anasir atau NGO luar yang serius dalam politik Malaysia dan menentukan kerajaan yang sepatutnya dipilih rakyat negara ini.

“Pendedahan terlibatnya KAF dan NDI, kedua-dua buah yayasan dan NGO yang berpengkalan di Eropah itu menunjukkan bahawa ianya satu perkara yang wajar dapat perhatian KDN tambahan pula kenyataan Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad yang mengaku dalam akhbar hari ini bahawa PKR memang ada guna dokumen yang dibekalkan NDI dan KAF dalam latihan program politik mereka.

Sehubungan dengan itu, GAPS mendesak pihak polis menyiasat dan melihat perkara ini secara serius dan mendalam kerana kita tidak mahu anasir-anasir luar akhirnya menjadi pelopor utama perubahan-perubahan politik dalam Negara kita, seperti yang berlaku di Timur Tengah yang akhirnya menjadikan Negara itu kucar-kacir, tidak mustahil boleh berlaku di Negara kita ,” tegasnya kepada UMNO-Online.

Tambahnya, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) juga perlu meneliti perkara ini terutama pembabitan anasir luar dalam menentukan pilihan raya di negara ini.

Terdahulu, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed mendedahkan Yayasan Konrad Adeneur (KAF) yang berperanan membantu Anwar dari segi dana dan latihan modal insan, selain menyerap masuk badan pemikir (think tank) melalui Institut Kajian Dasar (IKD).

KAF pada tahun 1950-an pernah membantu golongan neo konservatif Yahudi melalui American Jewish Committe (AJC) apabila Canselor Jerman Konrad Adenauer, Perdana Menteri Israel David Ben Gurion dan Pengerusi Jewish Claims Conference berpakat menghasilkan 'Perjanjian Luxemborg'.

Mohd Zain dalam pendedahannya mendakwa berdasarkan sumber dalaman maklumat PKR sendiri, KAF turut memainkan peranan penting dalam memberikan dana pembangunan teknologi dan latihan kepada parti itu.

Ini termasuklah pembabitan beberapa individu asing dalam sekretariat PKR yang memberi nasihat dan tunjuk ajar mengenai beberapa perkara seperti penyusunan propaganda, gerakerja Unit Khas DUN dan Pasukan Khas, Perisian SisMap (Sistem pangkalan data PKR) serta menggodam emel (terutamanya agensi kerajaan). 


Kenyataan Penuh Dato' Seri Ir Mohd Zin Mohamed:

No comments:

Post a Comment