Saturday, 24 March 2012

Dollah Sani: Kami Tumpang Gembira



Ini bukan fitnah mega atau rekaan mahupun mencampuri urusan rumahtangga ahli Parlimen Kuala Langat. Lagipun kisah ini bukan lagi Rahsia-rahsia Besar. Cuma tidak disebarluaskan sahaja. Bukan apa., walaupun banyak lagi ius-isu berbangkit seperti isu Pertukaran Saham Antara MAS & Airasia, Penyenaraian FGVH, isu NFCorp, isu BR1M, isu SBPA, isu Penyelewengan Hasil pasir Selangor, isu Penswastaan Perkhidmatan Air Selangor, isu salahlaku seksual Pemimpin Punah Ranah dan banyak lagi, namun isu ini dibangkitkan kerana ianya menjadi suatu bukti nyata dan sahih bahawa kepimpinan PKR dari Regim Punah Ranah Selangor lebih mementingkan kekayaan dan kesenangan hidup mereka sendiri berbanding menyibukkan diri membangunkan kawasan Parlimen dan berkhidmat kepada rakyat. 

Soal jodoh pertemuan tidaklah kita persoalkan sangat cuma dari manakah sumber kekayaan dan kemewahan yang diperolehi oleh Dolah Sani AP PKR tersebut? Dunia pada hari ini semuanya tertakluk kepada nilai kekayaan seseorang. Makin kayo makin sahlaku di pasaran jodoh terbuka di Malaysia. 

Jika sekecil-kecil pemimpin PKR dari Regim Punah Ranah seperti Dolah Sani tersebut mampu bermewah-mewah dan menjadi laris di apsaran jodoh terbuka dalam tempoh 3 tahun sahaja, bayangkanlah yang di atas-atas PKR sinun. 

Patutlah Khalid G mampu memberikan bonus RM82 ribu setelah KSSb hanya beroperasi 9 bulan sahaja dengan keuntungan sebelum cukai RM10 juta. Apalah sangat kalau hendak dibandingkan dengan isu-isu yang sengaja di reka oleh pihak tertentu kerana merasakan bahawa intelek mereka melebihi kelajuan bunyi 3 mach.

Diketahui umum bahawa jika sesebuah kerajaan itu di tukar maka Regim Baru yang menggantikannya adalah   sebuah regim yang amat zalim dan jahat. Jadi adakah berani memperjudikan nasib anda dengan hanya sebuah kepercayaan kepada suatu slogan Politik berbunyi ' Jom Ubah Regim"??

Tq Sumber: Jas Salleh

No comments:

Post a Comment