Sumber: Sahabat-Gunung
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Batang Kali, Datuk Isa Abu Kassim mempersoalkan dengan sikap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang putar-alam ketika membuat kenyataan di dalam sidang Dewan semalam.
“Ketika beliau menjawab soalan Wong Kun Moon (Kuala Kubu Bharu) soal pasir di Selangor, beliau mengatakan Menteri Pertanian Dan Asas Tani (Datuk Seri Noh Omar) hanya pandai bercakap tetapi bila SELCAT bersidang, dia tak nampak muka.
Ini adalah satu tuduhan yang tidak berasas kerana Datuk Noh ada mengatakan bahawa beliau ada bukti dan sebagainya berkaitan isu kecurian pasir di negeri Selangor, maka sepatutnya dia dipanggil untuk memberikan bukti-bukti tersebut di dalam SELCAT tetapi dia tidak dijemput langsung,” ujarnya.
Tambahnya, Datuk Noh bukan sahaja tidak dijemput malah tidak dipanggil pun SELCAT malah Isa dimaklumkan bahawa Noh terpaksa menulis surat untuk masuk mesyuarat SELCAT.
“Ini undang-undang apa? Betullah apa yang dikatakan Datuk Noh bahawa ini undang-undang kangkaroo,” ujarnya yang juga Timbalan ketua UMNO bahagian Hulu Selangor.
Sehubungan dengan itu, Isa melihat jawapan MB Selangor menjawab persoalan Wong Kun Moon merupakan satu sangkaan jahat kepada seorang Menteri, dan tidak wajar seorang Menteri Besar menuduh seorang menteri sebegitu tanpa fakta yang betul.
“Inilah kerja pakatan rakyat yang suka membuat tuduhan dan fitnah sahaja, 2008 mungkinlah rakyat boleh percaya tetapi 2012 rakyat tidak akan percaya lagi tuduhan dan fitnah tersebut kerana ia telah banyak menipu kita,” tambahnya.
Dalam masa yang sama, Isa mempersoalkan tindakan Speaker yang telah mengarahkannya keluar dewan selama dua jam, sekaligus menafikan haknya untuk berucap membahaskan Titah Sultan Selangor.
“Ini menunjukkan DAP, baru sedikit kuasa kita beri, mereka bukan sahaja boleh menghalau kita, mereka juga boleh menghalang kita bersuara di dalam dewan yang mulia, tempat wakil rakyat menyampaikan hasrat rakyat.
Lihatlah bagaimana zalimnya, kejamnya parti DAP ini, bayangkan kalau dia berkuasa dan memerintah Negara kita, ke mana kita akan dihalaunya pula. Jadi, saya harap rakyat faham dan sedar bahwa untuk keselamatan dan kesejahteraan Negara kita di masa akan dating, kita harus menolak pakatan rakyat pada pilihan raya umum yang akan datang,” tambahnya lagi.
Video perbualan bersama YB Datuk Isa Abu Kassim, ada di sini....
No comments:
Post a Comment