Sumber: Sahabat-Gunung
Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak memohon maaf baru-baru ini kepada rakyat atas kepincangan lampau Barisan Nasional, adalah satu contoh terbaik pemimpin yang berjiwa besar. Tindakan beliau mencerminkan keikhlasannya untuk berkhidmat kepada rakyat, ujar Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Mohd Zahrain Hashim.
“Perdana Menteri telah memohon maaf atas kepincangan lampau BN tetapi saya pasti rakyat pasti tertanya-tanya jika pemimpin-pemimpin pembangkang akan menuruti langkah Datuk Seri Najib.
Saya rasa, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang juga harus meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas peranan mereka dalam mencetuskan peristiwa berdarah 13 Meu 1969,” ujarnya mengulas ucapannya membahas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pagi tadi.
Tambahnya, pemimpin PAS juga harus meminta maaf kepada seluruh rakyat
“Begitu juga dengan video seks seorang pemimpin pembangkang (Anwar Ibrahim) yang kini tersebar luas di Indonesia , Jepun , India dan beberapa negara serantau. Saya sendiri telah menerima puluhan panggilan telefon dari kenalan di beberapa negara jiran yang terkejut dengan aksi lucah pemimpin pembangkang tersebut.
Apakah pemimpin ini juga akan memohon maaf kepada rakyat
Sehubungan dengan itu, beliau mendesak pemimpin pembangkang ini memohon maaf secara terbuka kerana memalukan rakyat dan negara Malaysia di mata dunia.

No comments:
Post a Comment