Wednesday 25 September 2013

BN Youth Job Fair 2013


Korang ada kerja tak?

Atau nak cari kerja lain yang lebih baik ....

Jom ke BN Youth Job Fair 2013 bermula 27 hingga 29 Sept nie ...


Bawak gak resume, sebab korang boleh terus gi kepada majikan2 yang akan turut serta nanti

Monday 23 September 2013

Bila Sohaimi Shahadan Masuk Ke Gelanggang ......


Siapa Sohaimi Shahadan nie ....

Dia adalah EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang ...

Dah habis dah umur Pemuda dia .... Mamat nie kuat kerja.... Aku rasa kalau habis Pemuda nie, dia tak aktif lagi dalam kepimpinan UMNO, aku rasa mamat nie akan cepat tua ....

Dia bertanding MT sebagai menyokong kenyataan Mantan Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir yang mahu UMNO memberi ruang kepada golongan muda sebagai pemimpin untuk kebaikan parti.

Dia bertanding MT sebagai menyokong kenyataan Ketua Pemuda .... YBKJ bahawa “Proses peremajaan parti sentiasa berlaku dalam UMNO sejak sekian lama”.

Oleh itu, mamat bernama Sohaimi Shahadan ini percaya bahawa kombinasi baru dan lama perlu untuk memastikan gerak kerja UMNO mewakili semua lapisan generasi.


Ini serba sedikit mengenai Sohaimi Shahadan... Nanti ada masa, kita korek lagi perihal mamat nie ....

Wednesday 18 September 2013

NAJIB Lakar Program Melayu Kuasai Ekonomi Negara

Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung program untuk memperkasakan ekonomi Melayu berjaya menutup mulut pengkritik ang mendakwa beliau pasif untuk membantu golongan Bumiputera pasca Pilihan Raya Umum ke 13.

Malah 34 modul tindakan yang di umumkan beliau pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Melayu 2013 di Shah Alam pada 14 September lalu merupakan dasar paling komprehensif untuk menggalakkan penglibatan Bumiputera dalam sektor ekonomi.

Sejak melancarkan Model Ekonomi Baru (MEB) pada 2009, Perdana Menteri telah memegang janjinya untuk memastikan penguasaan Melayu dalam bidang ekonomi negara.

Untuk mencapai hasrat murni ini, Datuk Seri Najib menggariskan lima teras tersebut iaitu, mendaya modal insan Bumiputera, memantapkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat, memperkukuh pemilikan aset bukan kewangan Bumiputera, memperhebat keusahawanan dan perniagaan Bumiputera serta memantapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan.

Lima teras tindakan ini amat bertepatan sekali dengan kehendak semasa dan cabaran yang dihadapi oleh gelombong perubahan ekonomi dunia.

Tanpa perancangan dan strategi yang mantap seperti mana yang diumumkan Perdana Menteri, adalah sukar bagi usahawan Bumiputera untuk mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran kecil dan besar dalam dunia perniagaan.

Apatah lagi sektor ekonomi yang kini yang dikuasai oleh kaum bukan Melayu sejak negara mencapai kemerdekaan, menyukarkan lagi golongan Melayu untuk bertapak kukuh menyaingi mereka.

Kaum bukan Melayu terutamanya Cina menguasai modal dan juga rangkaian bekalan atau 'supply chain' - dua faktor yang Melayu tewas dalam dunia perniagaan.

Program terbaru pemerkasaan ekonomi Melayu diharap mampu mengatasi dan menyelesaikan masalah ini.

Antara 34 langkah susulan yng bakal dilaksana kerajaan  pula ialah menambah dana Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM300 juta manakala dana pinjaman TEKUN ditambah lagi RM700 juta.

Langkah ini adalah amat penting bagi membantu usahawan Melayu yang baru bertatih dalam perniagaan atau mereka yang mengukuhkan lagi perniagaan kecil-kecilan sedia ada.

Lebih penting dana AIM dan juga TEKUN haruslah difokus kepada usahawan daripada golongan belia yang mempunyai ide dan keyakinan serta kemampuan untuk memulakan perniagaan dengan modal yang kecil.

Ini seterusnya akan mampu membina fondasi rangkaian industri kecil dan sederhana yang kukuh di masa depan.

Rancangan untuk mewujudkan Amanah Saham Bumiputera Kedua dengan sasaran tabungan RM10 bilion juga patut disambut baik kerana ia akan melebarkan penabungan Bumiputera dalam industri amanah sahasm atau 'unit trust'.

Antara langkah paling penting yang diumumkan ialah penambahan kampus UiTM dengan sasaran meningkatkan enrolmen pelajar universiti itu kepada 250,000 menjelang 2020.

Pendidikan pada tahap pengajian tinggi adalah aset utama dalam menjayakan agenda Bumiputera.

Dengan peningkatan kemasukan pelajar Bumiputera dalam pelbagai jurusan pengajian, ini akan mampu menyediakan sumber kepakaran dalam semua lapangan pasaran pekerjaan dan seterusnya mengurangkan jurang perbezaan dengan kaum bukan Melayu.

Keputusan bagi menetapkan semua Ketua Eksekutif Syarikat Berkaitan Kerajaan  (GLC) mempunyai sasaran membantu Bumiputera adalah amat diperlukan.

Selama ini antara kritikan pedas terhadap golongan yang menerajui ribuan GLC adalah mereka tidak mempunyai semangat perjuangan Melayu yang kental dan lebih mementingkan keuntungan dari agenda memartabatkan ekonomi Bumiputera.

Dengan adanya pemikiran strategik yang baru ini, prestasi semua GLC dalam konteks meningkatkan penyertaan Melayu dalam sektor perniagaan perlu dipantau dengan lebih rapi dan ketat.

Satu lagi pengumuman yang sama penting ialah mewujudkan Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) di setiap kementerian serta menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera dengan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB).

Penubuhan UPB di setiap kementerian sekurang-kurang mengubati perasaan orang Melayu apabila Kementerian Keusahawanan di mansuhkan beberapa tahun lalu.

Kini disetiap kementerian UPB akan meniup nafas baru kepada pengembelengan usaha bagi memastikan objektif kerajaan membantu golongan usahawan Bumiputera tercapai.

Tidak ada lagi alasan peniaga dan usahawan Bumiputera dianaktirikan kerana UPB akan memainkan peranan penting supaya mereka mendapat bersaing dengan lebih berdaya maju.

Apa yang penting ialah pemantauan kepada pelaksanaan kesemua 34 susulan tindakan yang bakal mengubah landskap penglibatan Melayu dalam bidang ekonomi menjelang 2020.


Kejayaan hanya dapat dipastikan sekiranya golongan pelaksana iaitu kakitangan kerajaan menjiwai hasrat dan tujuan program serta dasar yang diumumkan Perdana Menteri.