Oleh: Beruang
KALAU dihitung jumlah saman yang
dikemukakan Anwar terhadap orang-orang tertentu sejak beberapa tahun
kebelakangan ini, jumlahnya memang mampu menggegarkan jiwa. Maksud Beruang, jumlah saman dan jumlah wang yang dituntut dalam saman tersebut.
Itu sahaja memberikan gambaran
seolah-olah Anwar seorang yang patuh kepada undang-undang dan hanya akan
merujuk kepada Mahkamah jika ada pertikaian berhubung kenyataan yang
dikeluarkan oleh individu tertentu yang dirasakan mampu mencalarkan imejnya.
Kata kuncinya disitu
ialah patuh kepada undang-undang.
Tapi dalam soal
hadir ke Mahkamah sebagai saksi bagi kes saman membabitkan seorang ahli
perniagaan Low Thiam Hoe dan Hong Leong Bank ini, Anwar dilihat
bersungguh-sungguh sangat nak mengelak. Bernama melapurkan peguam bagi pihak
plaintif D Paramalingam mengekori Anwar 2 hari di Parlimen tapi masih gagal
untuk menyampaikan saman.
Hari pertama
kerana tidak berjumpa, hari kedua sudah berjumpa tapi Anwar enggan menerimanya.
Sedangkan seorang
lagi yang turut dinamakan dalam saman tersebut, Tan Sri Quek Leng Chan telah
menerima sapina dan dilapor akan mengemukakan permohonan untuk menolak sapina
tersebut. Kenapa Anwar tidak mengikut jejak langkah yang serupa, itu yang
merungsingkan. Dengan sebilangan peguam handal yang ada disekelilingnya, apa
susah sangat ke nak menerima sapina dan kemudian kemukakanlah permohonan untuk
menolak sapina tersebut di mahkamah.
Hal ini sebenarnya
mengingatkan Beruang kepada sapina yang pernah dikemukakan peguam Anwar
terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri dalam kes Anwar
meliwat Saiful Bukhari. Perdana Menteri menerima sapina tersebut tapi
kemudiaanya mengemukakan permohonan untuk menolak sapina yang jelas bermotifkan
politik itu. Apa kata Anwar dan penyokongnya masa itu? Najib penakut dan
sebagainya kan?
Sekarang Anwar nak
terima sapina pun enggan, itu kita nak berikan nama apa yang sesuai? Pengecut,
takut, ayam?
Begitu juga halnya
dengan saman RM 100 juta ke atas Datuk Nallakarupan dan Utusan Malaysia,
sehingga artikel ini ditulis, masih tidak ada bayang yang writ saman tersebut
telah diserah kepada 2 defendan yang dinyatakan pada awalnya.
Macam mana
perbicaraan nak berjalan kalau writ saman tidak diserahkan? Kenapa tidak
diserahkan, takut juga ke?
Beruang rasa,
semua ini membuktikan bahawa Anwar bukannya berminat nak patuh pada
undang-undang. Dia hanya mahu kelihatan begitu (patuh pada undang-undang)
sedangkan hakikatnya dia lebih berminat menyalahgunakan proses undang-undang
bagi memberi kelebihan kepada cita-cita politiknya yang lebih besar – menjadi
Perdana Menteri.
Kata lawan tetap
lawan?
Isu KBBGate ini
bukan kecil, ia isu besar. Dari segi jumlah wang telibat pun, ia mengatasi apa
jua jumlah ‘salahguna’ wang yang dituduh kepada pemimpin UMNO sekarang. RM 445
juta yang dibayar bagi transaksi penjualan yang tidak berlaku itu merupakan isu
yang penting untuk Anwar jawab. Apatalah lagi wang RM 445 juta itu dilupuskan
dengan menggunakan wang rakyat apabila kerajaan membeli hutang-hutang lapuk
dari bank sebagai sebahagian usaha pemulihan ekonomi sepanjang krisis ekonomi
dari 1998 hingga 2000.
Atau sistem
kewangan negara akan runtuh kerana bank-bank tidak mempunyai pusingan modal
untuk memberi pinjaman seterus menggalakkan pertumbuhan ekonomi.
Dari segi nilai
pun berbeza, RM 445 juta dahulu (1998) dan sekarang. Jadi penting untuk Anwar
menjawab dan penting juga UMNO untuk mengkaji hal ini dengan serius kerana
Beruang yakin, dengan sindrom UMNO fobia yang dialami Anwar sekarang, tidak
mustahil dia akan menuduh UMNO ada terlibat dimana-mana.
Lebih-lebih lagi bila dia adalah
Timbalan Presiden UMNO pada waktu itu.
No comments:
Post a Comment