Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)
Selangor hari ini 'hangat' seketika apabila berlaku pertikaman lidah sehingga
menyebabkan Datuk Mohd. Isa Abu Kasim (BN-Batang Kali) diarahkan keluar dewan
selama dua jam.
Pertikaman lidah
itu berlaku apabila Mohd Isa telah diberikan amaran oleh Speaker DUN, Datuk
Teng Chang yang meminta beliau duduk beberapa kali daripada bangkit
mengemukakan soalan tambahan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR-Ijok)
mengenai pengurusan kewangan kerajaan negeri.
Dalam sesi soal
jawab itu, Abdul khalid menyatakan mengenai dakwaan perbelanjaan tidak cermat
pentadbiran Barisan Nasional (BN) di Selangor sebelum ini yang menyatakan ada
projek dilaksanakan tidak kena apabila kos yang sepatutnya bernilai RM20 juta
menjadi RM40 juta.
Bagaimanapun,
amaran itu tidak diendahkan oleh Mohd. Isa yang enggan duduk setelah beberapa
kali diarahkan sehingga memaksa Chang Khim menggunakan perkara 44(2)
Peraturan-peraturan Tetap Dewan dengan mengarahkan Mohd. Isa meluar dewan
selama 2 jam bermula kira-kira 11.30 pagi ini.
Sementara itu,
Mohd. Isa ketika bercakap kepada media di luar dewan menyatakan menyatakan rasa
kesal dengan tindakan speaker itu yang disifakannya seolah-olah cuba menutup
mulut beliau daripada mempersoalkan dakwaan Abdul Khalid yang juga Menteri
Besar itu.
Katanya,dakwaan
tersebut disifatkannya sebagai 'sangkaan jahat' yang cuba memburuk-burukkan BN
yang bermotifkan politik.
Malah katanya,
Abdul Khalid juga tidak memgemukakan sebarang bukti mengenai dakwaannya itu
temasuk jenis projek, syarikat yang dilantik dan sebagainya.
"Kita kesal
dengan tindakan Speaker ini yang seolah-olah cuba 'melindungi' Abdul Khalid
daripada menjawab dakwaan itu," tambahnya.
No comments:
Post a Comment