WALAUPUN tidak secara terang atau secara terus seperti Nizar,
artikel Raja Petra Kamarudin (RPK) bertajuk Why is the Sultan so stupid? yang
secara jelas mengkritik dan menghina tindakan DYMM Sultan Johor membida untuk
mendapatkan nombor plat WWW1 itu memang tidak sepatutnya terlepas dari kecaman
seluruh rakyat kita.
Idea yang diberikan RPK agar Sultan Johor meminta bantuan Datuk
Seri Hishamudin dan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan hak memiliki
nombor tersebut secara percuma (tanpa perlu membida), secara jelas adalah satu
penghinaan yang dibuat secara terang.
Tidakkah terfikir oleh RPK kalau Sultan Johor meminta nombor itu
diberikan secara percuma kepada baginda, rakyat akan kehilangan hasil sebanyak
lebih RM 500,000? Tidak terfikirkah oleh
Raja Petra bahawa bukan baginda seorang sahaja yang ingin menggunakan nombor
tersebut, dan adakah adil kepada pihak-pihak lain yang mengintai peluang sama
jika nombor itu diberikan secara percuma kepada baginda?
Sekurang-kurangnya mereka tahu mereka gagal menggunakan nombor
tersebut kerana tidak berupaya membida dengan harga lebih tinggi.
Isu initidak sepatutnya menjadi isu kalau bukan dibangkitkan oleh
melayu derhaka bernama Nizar Jamaludin.
Entah apa dibisikkan DAP di telinga Nizar sehingga dia tidak segan silu
menghasut rakyat supaya membenci institusi beraja di negara ini – buat kesekian
kalinya dengan menjadikan bidaan nombor plat ini sebagai alasan.
Kali pertama sudah tentulah ‘sembah derhaka’nya ketika mempertikai
tindakan DYMM Sultan Perak menolak permohonannya untuk membubarkan DUN Perak
pada 2009.
Jadi alasan RPK bahawa rakyat tidak mempertikaikan soal pembelian
ini dari segi pembaziran yang konon dilakukan Sultan Johor, adalah tidak benar
sama sekali. Kalau diikuti betul-betul
Twitter Nizar, jelaslah dia memang mahu rakyat membenci Sultan Johor kerana
menggunakan ‘wang rakyat’ sebanyak itu untuk membida nombor tersebut.
Sedangkan hakikatnya Sultan
Johor tidak menggunakan wang rakyat, sebaliknya wang baginda sendiri untuk
tujuan itu. Mesej inilah yang
disampaikan Putera Mahkota Johor, Tunku Ismail, sebaik Twitter derhaka Nizar
mula menjadi isu nasional.
Sebenarnya, inilah yang Nizar mahukan. Komen-komen dan pandangan negatif seumpama
inilah yang mahu diterapkan Nizar di pemikiran rakyat Malaysia. Ini hanya permulaan kepada agenda yang lebih
besar iaitu menubuhkan sebuah Republik Malaysia.
Kebetulan, selepas pilihanraya 2008 lebih ramai rakyat di negara
ini semakin lupa asal usul masing-masing, termasuk kenapa mereka memiliki
kerakyatan automatik walaupun dari sejarahnya mereka bukanlah penduduk asal
negara ini – sekurang-kurangnya selepas sistem berkerajaan wujud di negara ini.
Sebab itu timbal balik kepada ganti kerakyatan automatik iaitu
menerima sistem beraja, agama Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan (sekadar menyebut beberapa), semakin tidak
dipedulikan. Yang depa tahu, asal ibu
bapa warganegara Malaysia, secara automatik mereka juga warganegara Malaysia.
Itulah yang membawa kepada beberapa tindakan kurang ajar seperti
menghina sistem beraja negara ini dengan menggunakan segelintir ‘melayu sesat’
sebagai kuda tunggangan, nak buat sendiri takut pulak.
Kebetulan, Nizar adalah antara beberapa kerat melayu yang sanggup
jadi alat DAP untuk melaksanakan agenda republik yang tersirat disebalik slogan
Malaysian Malaysianya.
Nafilah sebanyak manapun, memang itulah agendanya. Peluang dan kesempatan dari kebebasan
menggunakan internet di negara ini, digunakan sebaik mungkin untuk menghasut
pemikiran generasi muda hari ini agar menolak sistem raja berpelembagaan
melalui tindakan seumpama ini.
Sebagai manusia yang tidak bernegara, RPK memang boleh
semahu-mahunya mengkritik sistem di Malaysia ini dari jauh. Tapi tindakannya itu secara jelas adalah
perbuatan seorang pengecut dan lebih kepada penghasut.
No comments:
Post a Comment