ADA pandangan mengatakan bahawa Perdana Menteri Najib Tun Razak
sedang bermain teka teki tentang tarikh pembubaran parlimen yang membuka jalan
kepada proses pilihanraya umum yang akan datang.
Sedangkan yang memberi pandangan terlupa, Pakatan Rakyat juga
sedang memerintah 4 negeri dan dari jumlah itu, 2 negeri sudah mengumumkan
pendirian masing-masing secara terbuka untuk tidak membubarkan DUN bersamaan
dengan tarikh pembubaran parlimen.
Malangnya, dua negeri ini (Selangor dan Pulau Pinang), tidak pula
menyatakan dengan jelas, bila DUN akan dibubarkan, walaupun dalam masa yang
sama, soal mendesak Najib mengumumkan tarikh sebenar pembubaran Dewan Rakyat
sedang hebat diperkatakan dikalangan pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat.
Penulis boleh faham kenapa desakan dibuat, penulis juga boleh
faham kenapa tarikh itu dibiarkan terapung di awangan untuk semua orang
meneka. Tapi penulis juga mahu semua
orang tahu, ada soal intergriti dan kredebiliti yang sedang menjadi taruhan
sekarang. Soal ini penting kerana hanya
inilah saja yang membezakan kita dengan BN.
Justeru, penulis dengan ini mendesak kepimpinan negeri Pulau
Pinang dan Selangor, mengumumkan dengan segera tarikh sebenar DUN di negeri
masing-masing akan dibubarkan supaya satu pilihanraya negeri dapat diadakan.
Selepas itu, penulis rasa baru layak kita mendesak Najib
mengumumkan tarikh sebenar pembubaran Parlimen dan penulis yakin rakyat dibawah
akan lebih selesa dengan pendekatan sebegini dan menaruh keyakinan yang tinggi
terhadap Pakatan Rakyat.
Disitu saja kita sudah membuktikan kelebihan kita dibanding dengan
BN yang dipimpin Najib.
Kalau Pakatan Rakyat sendiri
pun gemar bermain teka teki berhubung tarikh sebenar pembubaran DUN,
kenapa nak dihairankan bila Najib juga menggunakan pendekatan yang sama. Lagipun, pada pandangan penulis, ini bukan
sangat tentang teka teki, ini tentang strategi dan kelebihan yang ada tapi
tidak dipunyai oleh pihak musuh.
Semua perlu ingat, ini bukan tentang Najib, ini tentang
polisi. Sejak zaman berzaman polisi BN
memang begitu, mereka menyimpan tarikh sebenar pilihanraya ini sebagai strategi
mereka untuk mengukuhkan kuasa. Pakatan
Rakyat tidak perlu terikut-ikut dengan polisi BN dan haruslah berani
menunjukkan pembaharuan.
Kalau Najib ada kelebihan di peringkat persekutuan, kita ada
kelebihan sama di peringkat negeri yang kita kuasai. Cuma yang perlu dibuktikan kepada rakyat
sekarang ialah, kita tidak menyalahgunakan kelebihan tersebut dan berani
mengumumkan tarikh sebenar pembubaran DUN kepada rakyat.
Kita buat dulu, kemudian baru minta orang lain untuk ikut, baru
betul.
Petikan : suarapakatanrakyat.com
No comments:
Post a Comment