Keputusan siasatan oleh Suruhanjaya pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) mengesahkan Datuk Shahrizat Abdul Jalil tidak terlibat dalam sebarang
proses pemberian projek Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) serta pinjaman RM250
juta.
Sehubungan dengan itu siasatan terhadap bekas Menteri Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat ditutup kerana tiada kes selepas terbukti
beliau tidak terbabit dalam sebarang penyalahgunaan kuasa.
Dengan perkembangan terbaru ini sepatutnya pemimpin PR perlu
berani tampil ke depan untuk meminta maaf setidak-tidaknya dapat menonjolkan
masih ada sekelumit rasa insaf dalam hati selepas berbulan-bulan Shahrizat
dijadikan punching beg.
Kalut isu NFC mula berkumandang selama beberapa bulan semuanya
gara-gara kegilaan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dan pemimpin
pembangkang yang lain menyalahtafsir teguran penambahbaikan yang disediakan
dalam laporan Audit 2010.
Setelah hampir 8 bulan imejnya di calarkan dengan cerita sensasi
dan maruahnya diperkotak katikkan oleh pembangkang dengan tuduhan rasuah serta
salahguna kuasa, akhirnya kebenaran muncul mengatasi pembohongan dan kebatilan.
Kini Shahrizat sudah boleh bernafas lega kerana kekalutan dan onak
duri yang ditabur oleh Rafizi sudah berjaya diharungi. Bukan calang-calang
wanita yang masih mampu berdiri sekalipun bertubi-tubi 'di tendang' oleh orang
lelaki.
Namun kesan calar dan kerosakan maruah serta kredibiliti diri yang
terguris tetap perlu mendapat pembelaan yang setimpal. Rafizi tetap perlu
diajar erti keperitan menerima balasan diatas sikap galaknya bermain persepsi
serta memfitnah sesuka hati.
Shahrizat jangan sesekali berundur daripada tindakannya menyaman
Rafizi dan beberapa pemimpin pembangkang yang lain. Biarkan mereka menggelupur
seperti cacing kepanasan.
No comments:
Post a Comment