Penduduk Kelana Jaya serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) yang meneruskan bantahan terhadap cadangan membangunkan padang bola PKNS
di sini, mendesak kerajaan negeri Selangor memberi penjelasan terhadap isu dua
status pewartaan padang itu yang dilihat saling bercanggah.
Penyelaras Barisan Nasional Seri Setia, Datuk Abdul Halim Samad
yang turut bersama kira-kira 200 orang yang mengadakan bantahan itu hari ini
berkata Menteri Besar hendaklah memberi penjelasan tentang dua status pewartaan
yang berbeza itu dan kemungkinan berlakunya penyelewengan dalam perkara
tersebut.
"Kami mahu projek ini dibatalkan sama sekali.
Ada yang mencadangkan agar projek itu dipindahkan ke tempat lain
agar tidak mengorbankan padang harian kesayangan para penduduk di kawasan ini,”
katanya kepada pemberita.
Sehubungan itu beliau menyeru Majlis Bandaraya Petaling Jaya
(MBPJ) dan Menteri Besar supaya memberikan satu penjelasan sama ada wujud
penyelewengan atau tidak terhadap isu tersebut.
Abdul Halim berkata satu laporan polis akan dibuat sekiranya MBPJ
dan Menteri Besar gagal memberi penjelasan yang munasabah kepada para penduduk.
Rabu lepas media melaporkan terdapat dua dokumen yang saling
bercanggah dalam Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2) di mana dokumen
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menunjukkan padang itu diwartakan sebagai
tapak perniagaan dan perkhidmatan manakala dokumen sama Jabatan Pembangunan
Bandar dan Desa Selangor menunjukkan kawasan itu diwartakan sebagai tanah
lapang dan rekreasi.
Sumber: Lawi Ayam
No comments:
Post a Comment