Monday 4 June 2012

Sampah Selangor: Kebajikan dan Keselamatan Rakyat Dipandang Ringan


Shah Alam, 4 Jun- Masalah sampah di Selangor bukanlah sesuatu yang baru. Seperti biasa, pemimpin Kerajaan Pakatan lebih suka mempolitikkan sesuatu isu dari berkhidmat kepada rakyat, maka isu yang melibatkan kebajikan dan keselamatan rakyat dipandang ringan sahaja.

Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohamed Zin Mohamed berkata, hari ini  kita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri memperuntukan beberapa buah lori sampah kepada Majlis Bandaraya Shah Alam dalam menangani masalah sampah ini. Sekali lagi, tindakan Kerajaan Negeri ini yang hanya retorik dan bermain politik semata-mata menjelang Pilihanraya akan datang.

“Bagaimanapun, sebagai rakyat yang bersyukur, kami tetap ingin mempertikaikan tindakan Kerajaan Negeri yang memberikan lori sampah hanya di kawasan Shah Alam sedangkan melalui Pusat Khidmat Rakyat (PAKAR) Barisan Nasional Selangor, kami menerima berpuluh aduan mengenai masalah sampah yang tidak selesai dan majoritinya berlaku di luar Shah Alam seperti Klang dan Kota Raja. Tindakan Kerajaan Negeri juga boleh dianggap membazir dan hanya memenuhkan poket kroni sahaja apabila lori-lori sampah sebelum ini tidak digunakan sepenuhnya apabila mereka menamatkan konsesi tersebut.

Masalah sampah, longkang tersumbat dan semak samun terutamanya di kawasan projek terbengkalai mengakibatkan masalah lain timbul seperti kes demam denggi yang meningkat dengan begitu singnifikan sekali. Penafian bahawa isu sambah bukanlah punca masalah denggi di Selangor oleh pemimpin Pakatan menunjukkan bahawa mereka masih lagi cuba bermain politik dan mengelirukan rakyat. Semua kita maklum bahawa kawasan sampah yang tidah diselia boleh menjadi punca pembiakan nyamuk. Fakta sahih ini pun masih lagi cuba dinafikan oleh pemimpin Kerajaan Negeri,” ujarnya dalam satu sidang media isu-isu semasa Selangor petang tadi.

Hakikatnya, jika masalah ini dikatakan berjaya ditangani oleh Kerajaan Negeri, kenapa PAKAR masih menerima aduan dari rakyat Selangor mengenai isu ini. Bagi pihak Barisan Nasional, PAKAR turut menghantar surat kepada pihak PBT bersama-sama dengan maklumat aduan agar tindakan boleh dilakukan dengan segera demi kepentingan rakyat.

Salinan surat yang dihantar akan turut diberikan kepada pengadu sebagai bukti bahawa tindakan telah diambil. Terpulang kepada pihak Kerajaan Negeri samada masih ingin bermain politik atau bersungguh-sungguh berkhidmat kepada rakyat.

“Sehubungan dengan itu, Barisan Nasional berjanji akan memberikan perkhidmatan yang baik dan tidak memandang ringan soal keselamatan dan kebajikan rakyat. Kelekaan dan sikap acuh tidak acuh Kerajaan Negeri ini sebenarnya boleh mengundang padah apabila wabak penyakit mula timbul sehingga mampu meragut nyawa,” ujarnya yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor. - malaysianview

No comments:

Post a Comment