SELALU sudah disebutkan bahawa Pakatan haram pembangkang ini tidak
ada persefahaman yang baik di antara mereka.
Ada banyak percanggahan dan semua ini berlaku sebelum mereka dapat
perintah negara pun.
Dalam hal ini penulis merujuk kepada kenyataan terbaru Presiden
PAS, Datuk Seri Hadi Awang yang mahu penyokongnya menurunkan kerajaan (BN)
dalam keadaan ‘sopan’. Apa maksud Hadi
dengan sopan, bila Anwar Ibrahim pula mahu menjatuhkan kerajaan dengan cara
ganas?
Bukan satu rahsia yang Anwar akan mengadakan demonstrasi
besar-besaran menolak keputusan pilihanraya jika kerajaan BN mengekalkan
kemenangan dalam pilihanraya umum ke 13 akan datang.
Hadi pulak cakap pasal sopan?
Yang penulis nampak disini ialah, berlakunya percanggahan antara 2
pemimpin utama Pakatan Rakyat ini.
Kelihatannya Pakatan yang tidak berdaftar secara rasmi ini tidak tahu
arah mana yang nak dipilih untuk menumbangkan kerajaan BN. Satu orang nak secara sopan@aman dan satu
orang lagi cara huru hara dan ganas.
Ini belum lagi Kit Siang anak beranak dan Karpal anak beranak dari
DAP buka mulut. Tak tahu pendekatan apa
yang mahu dipilih mereka, mungkin Mahkamah.
Semua ini menunjukkan percanggahan dan pertelagahan yang jelas
berlaku dalam Pakatan Rakyat. Pakatan
ini kelihatannya semakin hari semakin keliru dengan tujuan penubuhan Pakatan
Rakyat. Nampaknya macam laki bini yang
bergaduh, dimana tak satu pun cakap mereka yang boleh dipakai.
Yang akan jadi masalah sudah tentulah penyokong, mana satu nak
dipilih sebagai tindak balas kalau Pakatan kalah besok, nak duduk diam-diam
atau bangkit melawan? Percayalah,
Pakatan akan kalah, tapi bukan sebab penipuan BN, sebaliknya sebab diri sendiri
banyak buat silap seperti dibuktikan di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.
Hadi jangan ingat kita bodohlah.
Kalau rancangan Anwar ini menjadi (demonstrasi ganas), saf baris paling
depan nanti akan diisi oleh budak-budak PAS dari Unit Amal, macam dalam
perhimpunan Bersih 3.0 April lepas.
Itulah yang akan berlaku, pegang sajalah cakap penulis ini. Hadi memang terkenal dengan cakap depan lain,
belakang lain, kalau cakap lurus macam mana pulak dia boleh berbini 3.
Hadi pun dah tau rancangan Anwar yang terlepas keluar itu, sebab
itu Hadi keluar kenyataan sopan apa segala ini.
Hadi sendiri, dimana layaknya bercakap soal sopan ini? Hadi masih ingatkan apa yang berlaku di
Terengganu bila PAS menang di negeri tersebut?
Kunci Wisma Darul Iman dipecahkan, kereta rasmi kerajaan yang digunakan
Exco ditahan dan dirampas penyokong fanatic PAS waima di tengah jalan.
Ketika itu dimana Hadi dan nasihat tentang kesopanannya? Hilang dalam serban atau terjuntai dalam
jubah? SIlap-silap yang mengarahkan
semua itupun adalah Hadi sendiri kerana terlalu taksub berkuasa dan menjadi
Menteri Besar. Ketaksuban yang
ditamatkan rakyat Terengganu pada 2004 dan masih gagal menawan kerajaan negeri
tersebut pada saat UMNO berada dikedudukkan terburuk pada 2008.
Begitu juga dengan sikap macam binatang oleh budak-budak Unit Amal
dibawah pimpinan Hadi Awang semasa Himpunan Bersih 3.0 tempoh hari, dimana yang
sopannya penyokong PAS dalam kejadian tersebut.
Pada penulis, semua ini hanya persediaan kalau kekacauan yang
dirancang Anwar di masa yang akan datang, menjadi kenyataan. Kenyataan Hadi ini akan dijadikan bukti
bahawa PAS tidak terlibat kalau berlaku kekacauan itu nanti. Dalam erti kata mudah, PAS (melalui Hadi)
sedang bersedia melindungi dirinya dari sebarang kecaman atas tindakan yang
mungkin dilakukan Anwar - BB
No comments:
Post a Comment