Nampaknya SUARAM dan pembangkang tetap berdegil ingin terus
bermain dengan isu kapal selam scorpene walaupun tuduhan mereka telah dijawab
dan dipatahkan berkali-kali.
Sudah menjadi taktik pembangkang untuk ‘buat bodoh’ apabila
terkantoi dan akan terus memainkan fitnah yang sama walaupun ia telah dijawab
berkali-kali beserta dengan bukti.
Contohnya, isu cincin Datin Seri Rosmah, isu anak Dato’ Seri Najib
berbelanja di Australia sehinggalah isu pembunuhan Altantuya dan scorpene ini,
yang mana semuanya telah diperjelaskan dan bukti telah pun dikemukakan bagi
menafikan tuduhan mereka.
Dalam kes scorpene ini, SUARAM dan pembangkang telah pergi ‘agak
jauh’ iaitu dengan menggunakan nama mahkamah negara asing bagi menguatkan hujah
mereka. SUARAM juga menyatakan bahawa
kes ini sedang disiasat dan kononnya terdapat penemuan dokumen komunikasi dan
transaksi yang menunjukkan wujudnya permintaan rasuah secara
terang-terangan.
Kononnya juga, Perdana Menteri akan disapina dan diheret ke
mahkamah Perancis. Malah lebih dahsyat
lagi, mereka mengaitkan pula urusniaga dan rasuah tersebut dengan pembunuhan
seorang model Mongolia, Altantuya Sharibuu dan membayangkan pembabitan Perdana
Menteri dalam semua kes ini.
Pembangkang nampaknya benar-benar berpegang dengan kata-kata
bahawa, ‘lebih besar penipuan itu lebih ramai yang akan percaya’. Sebenarnya, tidak semestinya. Ada kalanya apabila penipuan itu terlalu
besar ia akan menjadi raksaksa yang memakan diri.
Hakikatnya, benar, ada aduan rasuah mengenai pembelian kapal selam
scorpene dari DCNS oleh Malaysia yang dibuat oleh SUARAM kepada mahkamah
Perancis. Dan tidak seperti di
Malaysia, di mana pihak polis atau SPRM yang bertanggungjawab menyiasat sesuatu
aduan rasuah, di Perancis, pihak mahkamah yang menyiasatnya di bawah arahan
Hakim.
Selama siasatan dibuat iaitu dalam masa 2 – 3 tahun, mengikut
anggaran hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire yang bertanggungjawab bagi
kes ini, pihak yang terlibat tidak dibenarkan membuat sebarang komen atau boleh
dikenakan tindakan menghina mahkamah.
Dan sekiranya, siasatan mendapati hakim memerlukan keterangan dari
mana-mana pihak di Malaysia, maka hanya polis Malaysia yang boleh mendapatkan
keterangan dari pihak yang berkenaan dengan kehadiran pegawai kehakiman dari
Perancis.
Oleh itu, tidak timbul soal mengsapina Perdana Menteri atau
sesiapa saja dari Malaysia untuk hadir di mahkamah Perancis.
Sekiranya, hakim mendapati terdapat keperluan untuk membawa kes ke
perbicaraan, maka beliau perlu mengemukakan permohonan kepada mahkamah yang
lebih tinggi kerana hanya mahkamah yang lebih tinggi yang dapat menentukan sama
ada kes tersebut boleh dibicarakan atau tidak.
Jelaslah, apa yang dilakukan oleh SUARAM, iaitu mewar-warkan apa
yang dikatakan mereka sebagai ‘bukti’ serta membuat komen, malah kenyataan
rasmi terbuka di media, adalah satu bentuk penghinaan yang serius terhadap
mahkamah Perancis. Maka, secara rasminya
SUARAM boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah sekiranya ada pihak yang
membuat aduan terhadap mereka.
Jika kita lihat perkembangan kes ini di Perancis sendiri atau di
mana-mana jua, kita akan dapati tiada langsung komen dari pihak DCNS yang
dikatakan sama-sama memikul kesalahan jika benar telah terlibat memberi rasuah
dalam urusniaga kapal selam dengan Malaysia.
Ini kerana DCNS cukup arif mengenai prosedur undang-undang di
negaranya dan mengelak untuk memberi komen, membela diri atau menjelaskan
apa-apa mengenai apa-apa jua.
Hanya SUARAM a.k.a pembangkang Malaysia yang ke hulu ke hilir
menjaja cerita rasuah antara DCNS dengan Malaysia. Kerana apa?
Kerana pilihanraya semakin hampir, itu saja.
No comments:
Post a Comment