Buat kali kedua dalam jangka waktu setahun PAS menyatakan
keinginannya untuk bertanding di lebih 80 kerusi parlimen untuk PRU 13,
peningkatan 25% berbanding pilihanraya sebelumnya.
Pertengahan tahun lalu, PAS pernah menyuarakan hasrat yang sama
namun beberapa bulan kemudiannya terpaksa akur dengan tekanan Anwar Ibrahim dan
PKR yang mahu PAS kekal bertanding di 66 kerusi seperti dalam PRU 2008.
Menurut Presiden PAS, Hadi Awang, "Pas berhasrat menjadi
tulang belakang kepada pemerintahan negara jika pakatan pembangkang menguasai
kerajaan Pusat dalam pilihan raya umum akan datang".
Tinggi angan-angan PAS nak menjadi tulang belakang, walhal situasi
sejak dulu hingga sekarang, PAS nak tonjolkan kejantanannya dalam apa saja
mesyuarat pemimpin pembangkang pun tak mampu dilakukan.
Waima prinsip juang sendiri untuk mendirikan Negara Islam ala PAS
dan hukum Hudud pun PAS terpaksa digadaikan demi mengikut kehendak DAP dan PKR,
agaknya di mana pula logik untuk PAS menjadi tulang belakang pakatan?
Sebetulnya dalam mesyuarat pimpinan PAS beberapa minggu lalu, satu
unjuran telah dibentangkan membayangkan PAS hanya berpeluang menang di 20 buah
kerusi parlimen sahaja berikutan penolakan besar-besaran oleh pengundi Melayu
Islam.
Satu cara untuk mengurangkan impak penolakan tersebut ialah dengan
menunjukkan 'kejantanan' dalam pembahagian kerusi dengan PKR khususnya.
PAS berpendapat dengan merampas beberapa kerusi yang sebelum ini
ditandingi oleh rakan sebatalnya PKR, para pengundi Melayu Islam akan melihat
PAS 'masih jantan' dan bukannya keldai jantan yang asyik ditunggang oleh Anwar
dan pembangkang.
Himpunan Hijau yang PAS laksanakan di merata negeri di seluruh
negara sekarang inipun matlamat utamanya untuk tunjukkan dirinya ada kekuatan
bagi memberi isyarat pada Anwar, PKR dan DAP konon PAS bukannya seekor keldai
sebarangan.
Walau hakikatnya sebahagian besar peserta himpunan yang datang
diimport khas dengan bas dan kereta serta mendapat upah pengangkutan, tapi PAS
berpendapat itu satu-satunya cara bagi memenangi pertarungan merebut kerusi
dengan rakan sepakatan.
Namun, melihat pada mentaliti pimpinan PAS yang masih erat dengan
pemikiran pak kaduk, keputusan akhir kelak akan balik semula sama seperti
pembahagian kerusi tahun 2008.
PAS akan terus tunduk pada PKR dan Dap serta kekal menjadi keldai
tunggangan pembangkang kecualilah kalau Anwar Ibrahim merasakan dirinya sudah
di penghujung senja.
No comments:
Post a Comment