Memandangkan pihak Guan Eng, Betty Chew dan Phaik Kheng sendiri
enggan memberi penjelasan mengenai krisis yang melanda mereka, kebanyakan
rakyat telah membuat kesimpulan sendiri bahawa skandal Guan Eng dengan Phaik Kheng
adalah benar dan Betty Chew menyebabkan kecederaan di dahi Guan Eng juga
benar.
Kesimpulan ini dibuat berdasarkan sikap mereka yang mengelak malah
Betty Chew yang meroyan apabila ditanya mengenainya.
Namun, rakyat mungkin ada satu alasan lagi untuk mempercayai kisah
skandal ini iaitu apabila seorang bekas pegawai Lim Guan Eng dikatakan akan
tampil untuk menceritakannya secara terperinci.
Pegawai ini dikatakan agak rapat dengan Phaik Kheng dan bersimpati
dengan nasib beliau.
Sumber-sumber menyatakan yang pegawai tersebut ingin membela Phaik
Kheng yang kini dicemuh oleh rakan-rakan, penyokong dan pensimpati Betty
Chew. Menurutnya, Phaik Kheng tidak
wajar diperlakukan sedemikian kerana yang bersalah juga adalah Lim Guan
Eng.
Malah Lim Guan Eng juga dikatakan sudah berhenti berusaha untuk
menghubungi Phaik Kheng yang mana menyebabkan Phaik Kheng terpaksa menanggung
cemuhan ini sendirian.
Bila pendedahan akan dibuat dan bagaimana ia akan dibuat oleh
pegawai tersebut tidak dapat dipastikan.
Mungkinkah ia bakal menjadi kejutan di saat-saat akhir sebelum
pilihanraya berlangsung? Sukar untuk
diramalkan kerana pegawai tersebut juga dikatakan begitu bimbang akan
tindakbalas dari pejabat Ketua Menteri sekiranya beliau benar-benar tampil
membuat penjelasan.
Bagaimanapun, sumber juga menyatakan bahawa pegawai tersebut
adalah seorang yang berpendirian dan tidak mudah mengaku kalah.
Apapun, kita tunggu dan lihat sahaja dengan tenang. Kita harap, Betty Chew dan Guan Eng juga
dapat bertenang dengan berita ini.
No comments:
Post a Comment