Sunday, 15 July 2012

Kerajaan Selangor Didesak Perjelas Ubah Status Tanah Pendidikan Kepada Perindustrian


Kerajaan negeri Selangor perlu memberi penjelasan status tanah di satu kawasan di Putra Perdana, Puchong yang didakwa akan dibangunkan sebagai kawasan perindustrian walaupun pelan asalnya adalah untuk pembinaan kompleks pendidikan.

Koordinator Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata, ada kawasan di tanah tersebut penting untuk tujuan pembinaan sekolah rendah dan sekolah agama bagi penduduk kawasan Putra Perdana.

“Pelan asal pembangunan ini telah diubah baru-baru ini dan kami mahukan penjelasan berhubung perkara ini.

“Pelan asal adalah membina kompleks pendidikan berdekatan tanah tersebut,” katanya selepas mengadakan lawatan ke tanah tersebut hari ini.

Beliau difahamkan, kerajaan Selangor juga telah membeli empat plot tanah tersebut dari sebuah syarikat dengan harga RM87.7 juta walaupun 80 peratus tanah adalah di bawah air.

Baca seterusnya di sini.

No comments:

Post a Comment