Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang terkenal
dengan panas baran semalam melenting dengan Majlis Profesor Negara (MPN)
apabila hasil kajian mereka yang membabitkan isu Pilihanraya Umum ke-13 tidak
memihak kepada Pakatan Rakyat.
Sebaik dimaklumkan mengenai kajian tersebut, Azizan langsung tidak
mengambil walau sesaat dari masanya untuk merenung dan memikirkan kenapa hasil
kajian MPN menunjukkan yang sokongan rakyat Kedah sudah kembali kepada BN. Azizan langsung tidak terfikir akan kemungkinan
beliau benar-benar ada kelemahan, kesilapan, lemah dan tidak prihatin terhadap
tuntutan rakyat sepertimana yang ditunjukkan oleh hasil kajian tersebut.
Sebaliknya beliau pantas berkata isu yang dikaji termasuk memilih
calon MB adalah remeh dan tidak sesuai difokuskan oleh golongan cerdik
pandai. Beliau juga merendah-rendahkan
tahap pemikiran MPN serta secara sinis menuduh mereka diperalatkan oleh pihak
BN. Kata beliau, MPN seharusnya
mengkaji isu yang lebih serius seperti masalah isu rakyat, membangunkan negeri
atau mempertahan kuasa.
Sememangnya, meremehkan dan memperlekehkan orang lain sudah
menjadi kewajiban bagi pemimpin PAS seolah-olah hanya mereka sahaja yang bijak
lagi maksum di dunia ini. Dan sudah
menjadi kelaziman bagi pembangkang untuk menuduh apa saja yang tidak
menyebelahi mereka sebagai alat atau didalangi BN.
Kata beliau, "Ini suatu yang malang kerana golongan cerdik
pandai sepatutnya mengkaji isu yang lebih serius.”
Tetapi, yang malang di sini ialah rakyat Kedah kerana mendapat
Menteri Besar yang sudahlah tidak tahu dan tidak mampu berbuat apa-apa, sombong
dan bongkak serta enggan bertanggungjawab atas apa saja. Mudah sungguh menjadi MB nampaknya. Hanya duduk goyang kaki, pekakkan telinga,
butakan mata, tetapi buka mulut menengking sesiapa saja yang
mengkritiknya.
MPN bukan mewakili BN, jauh sekali bekerja untuk BN. Kajian tentang calon MB membawa signifikan
tersendiri bagi isu-isu serius yang disebut oleh Azizan iaitu isu rakyat,
membangunkan negeri atau mempertahan kuasa.
Ini kerana, siapa MB yang dipilih akan menentukan sama ada isu-isu
serius tersebut akan dapat ditangani dengan baik. Jika tersilap memilih MB seperti Azizan, maka
hasilnya pastilah seperti apa yang berlaku di Kedah hari ini.
Masalah balak, air, pencemaran, madrasah, pelancongan, pelaburan,
tanah rizab Melayu, KUIN telah puas diperkatakan sehinggakan rakyat yang
terlibat secara langsung dengan isu-isu tersebut hampir putus asa sama
sekali. Kata mereka, tidak guna
memberitahu MB kerana beliau hanya akan berkata semua sudah selesai.
Secara realiti, apa yang
selesainya?
Yang selesainya adalah wang negeri yang semakin hari semakin
susut. Tiada satu pun projek yang
dicadang dan dicanang di bawah kerajaan PAS Kedah yang menjadi. Cakap-cakap di bawah kedengaran berkata,
bagaimana projek boleh menjadi jika diberi kepada puak-puak PAS yang tidak
punya pengalaman, mahupun modal untuk melaksanakannya?
Begitulah malang sekali nasib rakyat Kedah kerana mendapat MB yang
tidak faham pun akan hubungkait dirinya dengan isu-isu serius di kalangan
rakyat.
Hakikatnya, Azizan adalah MB yang buta IT dan beliau pastinya
tidak dapat memahami bagaimana maklumat, termasuk perkara sulit boleh tersebar
dan merebak dengan mudah. Beliau tidak
tahu bahawa rakyat punya akses untuk meneliti sendiri perkara-perkara yang
dinyatakan atau dinafikannya. Hanya
dengan menepis dan menempelak orang lain tidak menjadikan beliau MB yang
bijak.
Dengan pengetahuan yang begitu cetek mengenai perihal negeri dan
dunia, siapakah Azizan untuk memperkecilkan bijakpandai dalam MPN?
No comments:
Post a Comment