Apabila Utusan Malaysia mendedahkan kewujudan lombong emas haram
di beberapa lokasi di Kelantan, ramai yang terkejut tidak menyangka yang negeri
tersebut turut menyimpan hasil bumi yang berharga.
Bagi sesetengah penyokong PAS pula mereka memanipulasi pendedahan
tersebut sebagai bukti negeri Kelantan berada dibawah rahmat Illahi kerana
dikurniakan hasil galian mineral bernilai tinggi.
Tanpa mereka sedari, sejarah perlombongan emas di Kelantan sudah
bermula berkurun lamanya dan bukannya mineral berharga itu hanya timbul
beberapa tahun kebelakangan ini sahaja.
Tapi biasalah, standard pemikiran penyokong dan pemimpin PAS
sentiasa gemar bermain propaganda untuk menggambarkan dirinya sentiasa diredhai
oleh Allah s.w.t hingga lupa pada hakikat realiti.
Bukan satu rahsia pun, sejak beratus tahun lalu terdapat banyak
lombong emas di seluruh negara dan hingga kini masih ada berbelas-belas lagi
lombong emas yang masih aktif termasuklah 5 darinya berada di selatan Kelantan.
Daripada keseluruhan baki lombong yang masih aktif itu, lombong di
Penjom, Kuala Lipis Pahang adalah lombong emas yang terbesar dan menghasilkan
hampir 95% daripada keseluruhan pengeluaran emas negara.
Walaupun dari segi pengeluaran dan rezab emas, Kelantan jauh
tertinggal di belakang Pahang, sebenarnya jika urus tadbir dapat dilaksanakan
dengan telus dan amanah tentu saja hasilnya dapat dimanfaatkan untuk
pembangunan negeri.
Tapi sayang, gara-gara kelemahan akal dan ketidakcekapan pemimpin
PAS yang memerintah negeri Kelantan sejak 22 tahun lalu, hasil bumi bernilai
seperti emas menjadi santapan rakus pelombong haram yang mungkin mempunyai
hubungan rapat dengan pimpinan negeri.
Tak mustahil selain berlakunya rasuah dikalangan kakitangan
kerajaan negeri, ada kemungkinan kegiatan perlombongan emas haram itu turut
mendapat keizinan dan perlindungan pemimpin negeri tertentu yang mendapat laba
kemewahan hasil kegiatan tersebut.
Langkah segera SPRM melakukan serbuan ke atas lombong tersebut
selepas pendedahannya di laporkan oleh Utusan Malaysia merupakan langkah yang
tepat bagi mengekang gejala rasuah yang pastinya merupakan punca utama lombong
haram tersebut bebas beroperasi bertahun-tahun lamanya.
No comments:
Post a Comment