Pendedahan yang dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini berhubung
penerimaan dana asing oleh sebuah syarikat, Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB) bagi
pihak Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) tidak harus dipandang remeh sebaliknya
harus ditangani segera.
Mantan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Parti Keadilan Nasional, Lokman
Noor Adam berkata, pendedahan tersebut cukup mempunyai kaitan rapat dengan
dirinya kerana ianya merupakan salah satu sebab beliau dipecat daripada Parti
Keadilan Nasional pada tahun 2004.
“Pada bulan Februari 2004, saya telah membuat pendedahan berhubung
penyelewengan dana yang diterima oleh pemimpin-pemimpin kanan Parti Keadilan.
Pada masa itu juga saya telah mendedahkan bagaimana Tian Chua yang
merupakan pengarah SUARAM ketika itu telah megaturkan pertemuan di antara
George Soros dengan Presiden Keadilan, Datin Seri wan Azizah, Azmin Ali, Khalid
Jaafar dan wakil Tian Chua, iaitu Elizabeth Wong penghujung tahun 2003.
Saya telah mempertikaikan bagaimana Presiden PKR boleh memohon
dana daripada seorang berbangsa Yahudi yang telah memanipulasikan mata wang
Malaysia pada tahun 1997 tanpa merujuk Majlis Pimpinan Tertinggi terlebih
dahulu,” ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Tambahnya, sebelum beliau dipecat, beliau telah menghadiri
mesyuarat Jawatan Kuasa Pilihan Raya Parti Keadilan Nasional yang mana Azmin
Ali merupakan pengarahnya, telah memaklumkan bahawa RM3juta pertama telah
mereka terima dan dana tersebut telah digunakan untuk menempah t-shirt, topi
dan bendera di Negara China.
“Saudara Ezam Mohd Noor yang merupakan Ketua Pemuda Keadilan pada
ketika itu telah mengesahkan kepada saya bahawa dana itu adalah sebahagian
kecil daripada wang yang bakal disalurkan oleh George Soros untuk membantu
Parti Keadilan pada Pilihan Raya Umum 2004.
Melalui maklumat yang diperolehi dari kawan-kawan yang masih
bersama PKR, dana yang disumbang George Soros ini masih berterusan sehingga
kini,” tambahnya lagi.
Menurutnya, George Soros bukan sekadar membantu SUARAM, tetapi
turut membantu Institut Kajian Dasar (IKD) melalui dana yang disalurkan melalui
Conrade Adeneur, sebuah yayasan Kristian dari Jerman.
“Tian Chua yang merupakan rakan selokap saya semasa kami ditahan
di bawah ISA, pernah mengaku kepada saya bahawa SUARAM dibiayai oleh Soros
melalui sebuah yayasan dari Belanda dan beliau turut mengesahkan menerima
bantuan dana dari George Soros bagi membolehkan beliau dan Steven Gan
mengasaskan portal berita MalaysiaKini.
Sehubungan dengan itu, saya menyokong penuh sebarang usaha untuk
mewujudkan undang-undang bagi menghalang penyaluran dana asing bagi membiayai
parti politik atau NGO bagi tujuan menghuru-harakan Negara ini.
Sekiranya dana asing dibiarkan untuk masuk mencaturkan politik
Negara, sudah pasti sekiranya berlaku perubahan terhadap kepimpinan Negara
kepada pakatan pembangkang, Negara ini tidak boleh diperintah oleh pembangkang
mengikut acuannya sendiri. Sebaliknya
kita akan menjadi ‘lembu dicucuk hidung’ dan kita akan terpaksa akur dengan
segala kehendak dan dasar luar Amerika serta Yahudi,” tambahnya lagi. (Sahabat-Gunung)
No comments:
Post a Comment