Wednesday, 5 September 2012

Pakatan Rakyat Mahu Ulangi Tragedi 13 Mei


Pada perayaan sambutan kemerdekaan ke 55 tahun, pembangkang benar-benar menampakkan belang mereka sebenar.

Bermula dengan tindakan menolak tema 'Janji Ditepati' dan menukarnya kepada 'Sejiwa Sebangsa Senegara' dan seterusnya menyambut perayaan ulangtahun kemerdekaan secara berasingan dengan menggunakan tema rekaan sendiri, Pakatan Rakyat telah mendedahkan perancangan licik mereka sekiranya berjaya merampas Putrajaya.

Ini dibuktikan dengan tindak tanduk biadap penyokong pembangkang memijak-mijak gambar Perdana Menteri dan melakukan aksi yang sungguh mengaibkan kepada gambar pemimpin utama negara.

Tidak cukup dengan itu, penyokong pembangkang yang bertindak liar dan seolah-olah sudah hilang pertimbangan yang rasional telah menghina gambar isteri Perdana Menteri serta Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya.

Seperti perhimpunan haram Bersih 1.0 dan 2.0, himpunan Janji Demokrasi pada ambang 31 Ogos lalu telah dieksploitasi sepenuhnya oleh pembangkang untuk mempengaruhi golongan muda untuk bertindak di luar batas undang-undang.

Golongan muda telah dijadikan oleh pemimpin Pakatan Rakyat sebagai balaci untuk menjalankan politik kotor mereka.

Ini termasuk mengibarkan bendera baru bagi Malaysia ciptaan pembangkang yang mereka panggil Sang Saka Malaya.

Tindakan tersebut terang-terang boleh ditakrif sebagai menentang Seri Paduka Yang Di Pertuan Agung kerana bendera Jalur Gemilang adalah lambang kedaulatan negara dan simbol Ketua Negara Malaysia.

Di Selangor, Pakatan Rakyat meletakkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim lebih tinggi kedudukan daripada Sultan yang bersemayam di takhta.

Tidakkah ini membawa maksud jelas bahawa jika berkuasa antara perkara yang dipertama akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat ialah menghapuskan institusi raja-raja Melayu.

Tindakan tidak menjemput Sultan Selangor pada sambutan kemerdekaan serta membenarkan Anwar berucap walaupun beliau hanya Penasihat Ekonomi yang bergaji RM1, jelas membayang tragedi ngeri yang bakal menimpa negara jika pembangkang dibenarkan memerintah.

Walaupun pemimpin pembangkang dari PKR, PAS dan DAP berpura-pura kononnya tidak tahu menahu mengenai tindakan peserta Janji Demokrasi serta menafi terbabit, Pakatan Rakyat tidak lagi boleh berselindung bahawa merekalah dalang sebenar.

Pembangkang sudah tidak ada jalan lain lagi untuk menfitnah Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional.

Semua fitnah dan tohmahan tidak memberi apa-apa kesan, malah jika dilihat daripada lebih 150,000 rakyat yang berhimpun di Stadium Bukit Jalil, pembangkang berada keadaan yang amat tertekan dan panik.

Kini taktik pembangkang hanyalah satu iaitu mencetus kekecohan, rusuhan jalanan dan memporak-perandakan negara.

Mereka bukan sahaja telah menderhaka kepada Yang Di Pertuan Agung dan Sultan Selangor tetapi juga menanam bibit-bibit kebencian di dalam jiwa anak-anak muda.

Daripada membimbing generasi muda ke arah jalan yang menguntungkan negara, pembangkang memilih untuk merosakkan pemikiran dan minda mereka.

Tidak lain tidak bukan ini semuanya adalah perancangan rapi Anwar untuk mengambil alih pemerintahan negara dengan menukarnya kepada sistem republik.

Anwar mahu mengapi-apikan emosi golongan pelajar dan muda supaya bertindak ganas melakukan revolusi seperti yang berlaku di Indonesia, Thailand dan Filipinan semasa krisis kewangan yang melanda rantau Asia Tenggara pada 1998 dahulu.

Bukankah beliau pernah berkata seperti mana 'Arab Spring' yang menjatuhkan pemerintahan di Tunisia, Mesir dan Libya, beliau juga menjangkakan 'Malaysian Spring' akan juga berlaku di negara ini.

Apa yang berlaku di persekitaran Dataran Merdeka pada malam menjelang 31 Ogos lalu adalah amat menakutkan kerana ia menandakan senario yang lebih dahsyat sekiranya perkembangan membimbangkan ini tidak dibendung segera.

Apakah rakyat akan melihat keadaan yang yang lebih kecoh dan huru hara semasa kempen PRU ke 13 nanti?

Pembangkang tahu rakyat kini tidak menyebelahi mereka lagi kerana tembelang busuk mereka telah pecah.

Jadi untuk memastikan impian ke Putrajaya tidak terbantut dan cita-cita menjadi Perdana Menteri tidak terkubur, Anwar dengan bantuan dana serta media asing akan berusaha untuk menggambarkan imej buruk terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Walau bagaimanapun ada rahmat disebalik apa yang berlalu pada malam 31 Ogos tersebut.

Rakyat kini sedar dan insaf sekiranya mereka menyokong Pakatan Rakyat pada PRU nanti, tidak ada jaminan pembangkang tidak akan menindas hak-hak mereka pula.

Pembangkang hanya menggunakan rakyat sebagai jalan pintas ke Putrajaya namun ingatlah pepatah Melayu, habis madu sepah dibuang. (Beruang Biru)

No comments:

Post a Comment