Kerusi Menteri Besar Kedah boleh dikatakan antara kerusi politik
yang amat panas. Ini berikutan begitu
ramai di kalangan PAS sendiri yang ingin berada di kerusi tersebut.
Kerana begitu ‘gilakan’ kerusi tersebut, PAS langsung tidak
menimbangkan situasi sekiranya mereka tidak dapat mempertahankan negeri itu
dalam PRU nanti. Mereka seolah-olah
yakin bahawa masalah mereka hanyalah siapa yang akan menggantikan Dato’ Seri
Azizan Razak dan bukannya bagaimana untuk memastikan kemenangan PAS di Kedah.
Antara yang mensasarkan jawatan Menteri Besar di kalangan PAS
Kedah ialah Mat Sabu dan juga Mahfudz Omar, selain dari Phahrolrazi yang tidak
dapat lagi membendung kerakusannya sehingga sanggup menuntut Azizan berundur
dan bersikap biadap secara terbuka terhadap beliau.
Secara umumnya, perbalahan di dalam PAS adalah antara golongan
Ulama dan moderate atau Anwarinas, selain sesama golongan moderate/Anwarinas
sendiri. Golongan Ulama terdiri dari
Dato’ Seri Azizan dan penyokong-penyokongnya manakala semua yang menentang
beliau tadi adalah dari golongan moderate.
Sebagai seorang yang telah lama bertapak dalam politik PAS Kedah,
Mahfudz sebelum ini agak selesa kerana percaya yang beliau adalah individu yang
paling layak duduk di tempat Azizan sekiranya Azizan berundur. Namun keselesaannya kini terancam dengan
ura-ura Mat Sabu ingin bertanding di Pendang dengan matlamat untuk menjadi
Menteri Besar Kedah menggantikan Azizan.
Bagi mengekang kemaraan Mat Sabu, Mahfudz telah pun menulis surat
atas nama kepimpinan PAS Kedah kepada PAS Pusat untuk menolak Mat Sabu
bertanding di Kedah. Lanjutan dari itu,
semua program-program PAS di Kedah tidak akan sekali-kali menemukan kedua-dua
tokoh yang terkenal paling bodoh di dalam PAS ini.
Akar umbi PAS Kedah secara amnya berada di belakang Azizan iaitu
golongan Ulama termasuk para Tok Guru Pondok dan Pemuda PAS Kedah yang diketuai
oleh Ustaz Mat Yahya. Mereka
rata-ratanya menganggap golongan moderate dan Anwarinas yang menentang Azizan
sebagai kurang ajar, malah digelar syaitan.
Golongan moderate dan Anwarinas secara langsung menerima bantuan
dan sokongan PAS Pusat, Anwar dan juga DAP.
Namun, mereka tidak mampu mengenakan tekanan secara langsung dan nyata
terhadap Azizan memandangkan beliau mendapat sokongan kuat dari akar umbi. Ini membuatkan kepimpinan PAS Pusat, seperti
Hadi Awang dan Nik Aziz serba salah kerana takut dilihat tidak menyebelahi golongan
Ulama.
Sementara kepimpinan pusat berada dalam keadaan serba-salah,
peperangan antara Mahfudz dan Mat Sabu terus berlangsung secara diam-diam. Manakala Azizan pula terus yakin yang beliau
mendapat sokongan rakyat dan akar umbi PAS.
Phahrolrazi pula membuat perancangan berasingan untuk menjatuhkan
Azizan. Malah beliau menganggap
permusuhannya dengan Azizan kini telah menjadi permusuhan peribadi. Beliau dikatakan mendendami Azizan kerana
tidak meluluskan satu projek yang dicadang olehnya sedangkan beliau telah pun
berjanji dengan ‘tauke’ yang berkenaan bahawa projek tersebut pasti akan
diluluskan.
Apa yang berlaku membuatkan Phahrolrazi tidak tidur malam kerana
dipersoal oleh ‘tauke’ tersebut.
Justeru, Azizan perlu dijatuhkan barulah hidupnya akan aman kembali.
Nampaknya, musuh Azizan berada di segenap penjuru negeri
Kedah. Namun, sebelum mereka semua
menghalakan muncung senapang ke arah Azizan, mereka juga perlu menembak sesama
sendiri terlebih dahulu sehingga mungkin hanya seorang sahaja yang tinggal
untuk menentang Azizan.
Keadaan ini wajar dimanfaatkan oleh UMNO Kedah
sebaik-baiknya. UMNO pasti telah belajar
dari kesilapan bahawa tidak ada apa yang dapat memastikan kejatuhan sesuatu
parti yang telah bertapak dengan selesa, selain dari pertelagahan sesama
sendiri.
Ini adalah peluang terbaik UMNO untuk merampas kembali Kedah
kerana PAS Kedah sudah hampir terlupa siapa musuh utama mereka. Mereka kini benar-benar lalai dari menangani
masalah rakyat dan negeri, yang merupakan senjata utama untuk memenangi
pilihanraya.
No comments:
Post a Comment