Wednesday 3 October 2012

MD GLC Tipu Datuk Datuk RM462,000 ..... Siapa??


Hasrat seorang usahawan bergelar Datuk untuk meluaskan perniagaannya dengan mencuba bidang automotif bertukar mimpi ngeri apabila dia ditipu beberapa individu termasuk MD sebuah GLC yang juga adik beradik mendakwa boleh mendapatkan ruang pameran menyebabkannya kerugian RM462,000.

Bukan saja terlepas peluang niaga, lelaki yang mahu dikenali sebagai Datuk Eric itu mendakwa, dia kini terpaksa menanggung bebanan hutang selepas beberapa rakan perniagaannya menuntut janji untuk membuka syarikat terbabit selepas berurusan dengan seseorang yang mempunyai hubungan dengan 'orang kuat' industri automotif negara.
 
Menurutnya, dia didatangi lelaki berkenaan yang memperkenalkan diri sebagai penggiat industri jualan kereta dan menawarkan peluang kepadanya untuk membuka beberapa ruang pameran di kawasan Lembah Klang sebelum meminta wang pendahuluan.

Baca seterusnya di Sahabat-Gunung

No comments:

Post a Comment