Tidak lama dahulu blog-blog pro-kerajaan ada mendedahkan strategi
pilihanraya Pakatan Rakyat yang dibocorkan oleh sumber dalaman parti
tersebut. Jika ada pembaca yang masih
ingat, antara strategi utama PR menjelang pilihanraya ialah menyerang Datin
Seri Rosmah Mansor dengan menggambarkan beliau sebagai boros, sombong dan buruk
tingkahlaku.
Dan nampaknya, walaupun strategi tersebut telah pun bocor, PR
tetap menggunapakainya kerana ketandusan isu yang ‘valid’ untuk menyerang
kerajaan. Maka, Datin Seri Rosmah pun
dijadikan isu utama oleh media-media pembangkang walaupun sebenarnya tiada
isu.
Baru-baru ini akhbar Suara Keadilan sekali lagi mengitar semula
pembohongan kononnya Datin Seri Rosmah membeli-belah lagi dengan menggunakan
wang rakyat. Tidak serik apabila
terkantoi dengan tuduhan cincin RM24 juta yang sebenarnya dibawa ke Malaysia
untuk pameran, kini PR menurunkan pula harga penipuan kepada RM2.5 juta bagi
sebuah jam tangan Datin Seri Rosmah dan RM500,000 bagi sepasang subang beliau,
seperti yang tertera dengan tulisan besar di muka belakang Suara Keadilan.
Yang peliknya, di muka 31 akhbar tersebut faktanya terbalik pula
di mana ia menyebut, “Rosmah dilapor
memakai subang bernilai RM2.5 juta dan jam tangannya dianggar bernilai antara
RM350,000 hingga RM500,000.”
Lebih pelik lagi apabila di dalam media alternatif PR, hanya jam
tangan yang dipertikai iaitu berharga RM350,000 dan kisah mengenai subang tidak
pula digembar-gemburkan.
Kecelaruan fakta ini saja sudah cukup menunjukkan bahawa kisah ini
sengaja diada-adakan mengikut ‘sedap rasa’ si penulis.
Entah kenapa kisah mengenai subang kurang dimainkan berbanding
jam. Mungkinkah kerana menyedari bahawa
kisah mengenai subang akan menyebabkan mereka terkantoi lagi sekali?
Jika takut kisah subang terkantoi kerana ia tidak benar, maka
kisah mengenai jam juga sama kerana Datin Seri Rosmah tidak pernah berbelanja
sedemikian besar hanya untuk sebuah jam.
Tetapi beliau ada mengakui ada menerima hadiah jam tangan mewah dari
pihak tertentu dalam salah satu lawatan beliau ke luar negara, sepertimana
kelaziman seorang VIP.
Ini tidak seharusnya menjadi isu kerana seorang bekas banduan
seperti Anwar Ibrahim juga pernah mengakui menerima hadiah jam tangan Omega
dari pihak tertentu.
Desakan PR agar Datin Seri Rosmah mengisytihar harta amatlah
melucukan kerana pemimpin PR sendiri enggan mengisytihar harta walaupun
diselubungi persoalan dari rakyat tentang dari mana datangnya kereta Ferrari
Azmin Ali atau wang untuk Anwar dan keluarga keluar negara beribu-ribu kali
setahun?
Jika setiap perbelanjaan Datin Seri Rosmah dikatakan ditanggung
oleh kerajaan atau rakyat maka bagaimana pula dengan perbelanjaan pemimpin PR
tersebut? Apakah mereka selama ini
bermewah atas wang kerajaan atau rakyat Selangor? Atau wang Soros? atau wang Yahudi?
Tidak seperti perbelanjaan rasmi Datin Seri Rosmah yang terikat
kepada peraturan dan kelulusan kabinet,
perbelanjaan pemimpin PR tidak terikat kepada apa-apa peraturan atau
kelulusan. Oleh itu, adalah mustahil
bagi Datin Seri Rosmah untuk ‘mencekau’ wang kerajaan atau wang rakyat untuk
perbelanjaan peribadi, tetapi sebaliknya pemimpin PR tidak mustahil berbuat
demikian.
Malah, PR juga tidak pernah menyembunyikannya dan langsung tidak
merasa bersalah menggunakan wang rakyat Selangor untuk membayar kos guaman
pemimpin mereka yang bersifat peribadi.
Untuk ini, kita tidak pasti apa yang tertulis di dalam laporan audit
kerajaan Selangor bagi kos guaman peribadi tersebut, tetapi yang pastinya ia
telah diumumkan sendiri oleh Menteri Besar.
Dengan itu, tidak usahlah PR terus cuba memburuk-burukkan Datin
Seri Rosmah dengan cuba menyamakan beliau dengan Imelda Marcos atau mana-mana
isteri Ketua Negara yang boros.
Sesungguhnya, BN mengurustadbir kewangan negara dengan professional dan
tiada sesiapa dari mana-mana pemimpin kerajaan termasuk Perdana Menteri dan
isteri yang boleh menggunapakai wang negara sesuka hati.
BN tidak pernah mengurustadbir negara cara PR iaitu
mencampuradukkan peribadi, politik dan kerajaan negeri. Buktinya, ekonomi negara berada dalam keadaan
kukuh dan berkembang dengan selesa.
Tidak mungkin rekod ekonomi negara ini begitu baik jika benar kewangan
negara tidak diurus dengan baik.
Justeru, strategi memburukkan Datin Seri Rosmah sebagai boros dan
menghabiskan wang rakyat adalah strategi bodoh.
Strategi ini hanya menyerlahkan betapa BN telah berkhidmat dengan
cemerlang sehinggakan PR ketandusan isu untuk menyerang dan terpaksa
merekacipta isu yang tidak signifikan bagi menghadapi pilihanraya.
No comments:
Post a Comment