Saturday 13 October 2012

Dokumen Penipuan Babitkan Pengarah Urusan GLC Didedahkan


  

Tembelang dua beradik termasuk seorang pengarah urusan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang bersekongkol untuk menipu seorang ahli perniagaan bergelar Datuk membabitkan sejumlah RM462,000 memasuki episod baru apabila usahawan itu hari ini mendedahkan tiga dokumen berkaitan penipuan berkenaan.

Ia mengundang pelbagai persepsi mengenai integriti orang kenamaan berkenaan yang menggunakan kedudukannya demi mendapat ‘habuan’ menerusi perjanjian yang dibuat abangnya dengan Datuk terbabit.

Dokumen dimaksudkan ialah dua keping surat perjanjian menunjukkan dia akan mendapat hak pengedaran, ruang pameran, pusat servis dan alat ganti (4S) daripada orang kenamaan itu dengan semua urusan berkaitan diuruskan abangnya yang menjadi orang tengah, termasuk mengambil yuran pengenalan.

Satu lagi dokumen ialah bukti cek tendang sebanyak RM30,000 yang dikeluarkan pada dua tarikh berbeza namun dikembalikan selepas akaun terbabit ditutup menyebabkan mangsa mula mengesyaki dia ditipu dan meminta kembali semua wangnya serta berhasrat untuk membatalkan perjanjian itu.

“Namun, lelaki itu terus menghilangkan diri dan usaha saya untuk mendapatkan adiknya yang juga pengarah urusan itu tidak dilayan biarpun sudah berkali-kali membuat temujanji dengan pembantunya di pejabat.

“Saya kesal kerana sebagai seorang peneraju syarikat automotif terkenal, dia sanggup bersekongkol dengan abangnya untuk menipu saya menyebabkan perniagaan saya merosot dan saya pula dihimpit masalah kewangan kerana sebahagian besar simpanan digunakan untuk membayar wang diminta mereka berdua,” katanya.

Sumber & lagi dokumen di MalaysianView


                                                       
  

No comments:

Post a Comment