Nurul Izzah, anak perempuan Ketua Umum PKR dalam satu kenyataannya
menyifatkan Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun
Razak Sabtu lalu bakal menyebabkan ekonomi negara bankrap dan memufliskan
Kerajaan.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga mempertikaikan pengurangan 1%
cukai pendapatan individu yang disifatkannya sebagai mengejutkan dan akan
memberi kesan negatif terhadap sumber pendapatan negara.
Pemimpin pembangkang seperti Nurul Izzah akan sedaya upaya
menekankan perihal negara akan muflis sama ada disebabkan oleh hutang yang
bertambah ataupun kerana pendapatan kerajaan berkurangan berikutan penurunan
cukai individu.
Untuk tambah lagi kisah penglipur lara bagi meracuni fikiran
rakyat mereka memanipulasikan jumlah hutang negara yang sudah mencecah RM502.4
atau mewakili 53.7% dari KDNK, kononnya akan menyebabkan negara akan bankrap
dan ekonomi akan jatuh merudum seperti Greece.
Walhal, isu hutang Greece dengan hutang negara kita jauh berbeza.
Greece hampir bankrap kerana hutang luarnya terlampau besar hingga tak
tertampung oleh rizab simpanan kerajaan.
Kita pula hanya memiliki hutang luar negara berjumlah RM17.6
bilion sahaja, manakala hutang terbesar ialah hutang dalam negara (domestik)
yakni RM484.8 bilion.
Kelantan yang memiliki hutang RM1.1 bilion berbanding pendapatan
hanya sekitar RM350 juta, peliknya tak pula gerombolan pembangkang
menjadikannya sebagai isu. Kenapa?
Sejak negara kita merdeka, sudah 55 kali belanjawan dibentangkan
oleh Kerajaan yang sama dan setiap tahun pemimpin pembangkang menyanyikan lagu
sama kononnya negara ini akan bangkap dan ekonomi negara akan muflis.
Hakikatnya hingga kini negara kita terus berupaya memacu
pembangunan negara dan pertumbuhan ekonomi pula tetap berkembang sekalipun di
saat ekonomi dunia sedang mengalami penurunan.
Contoh mudah tatkala negara mengalami kejatuhan ekonomi akibat
serangan penyangak matawang tahun 1997/98 dulu, kita adalah satu-satunya negara
yang berjaya keluar dari krisis tersebut tanpa perlu bergantung harap pada
bantuan kewangan IMF.
Sedangkan tika itu bukan sahaja pemimpin pembangkang menggembar
gemburkan cerita kononnya negara akan muflis dan ekonomi menuju bangkrap malah
banyak pemimpin dunia dan agensi kewangan antarabangsa turut membuat ramalan
sama.
Adakah negara kita muflis dan ekonomi bangkrap seperti diramalkan
oleh mereka? Tentu sahaja tidak kerana pembangunan ekonomi negara berada di
tangan mereka yang arif dan terbukti sudah melalui banyak cabaran rumit serta
berjaya meminimakan sebarang jangkaan kesan buruk.
Misal kata kalaupun keseluruhan hutang dalam negara dan hutang
luar negara melebihi 55%, negara kita tidak akan muflis pun kerana rekod
sebelum pada tahun 1990 menunjukkan negara kita pernah mencecah hutang 75.5
peratus daripada KDNK.
Malah dari tahun 80-an hingga awal 90-an, hutang negara kita
pernah beberapa melebihi 55 peratus dari KDNK, namun tidak sekalipun negara
mengalami kemuflisan atau bankrap.
Kesimpulannya, negara kita tidak akan bankrap hanya kerana
menurunkan 1% cukai pendapatan yang memberi manfaat kepada 170,000 orang
rakyat. Dan negara tidak akan muflis hanya semata-mata meneruskan dasar BR1M
kepada kelompok berpendapatan rendah.
Imbuhan wang yang rakyat perolehi dari BR1M, kenaikan kadar pencen
kepada pesara serta bonus satu bulan gaji kepada kakitangan awam akhirnya kelak
akan menggerakkan ekonomi negara kerana wang tersebut akan dibelanjakan dan
hasilnya pula merancakkan aktiviti perniagaan. Itu asas ekonomi
No comments:
Post a Comment