Anwar Ibrahim kita kenal sebagai seorang yang banyak sandiwara dan
licik. Menjelang PRU13 ni macam-macam perkara telah direncanakan Anwar untuk
meraih simpati dan undi rakyat Malaysia, perkara itu telah pun didedahkan Zul
Noordin sebelum ini.
Antara 13 perkara yang akan Anwar lakukan untuk meraih simpati
adalah dengan cuba membuktikan dia tidak terlibat dalam seks songsang dengan
Saiful Bukhari, dengan menggunakan kenyataan bapa Saiful sendiri, dan perkara
ini telah pun berlaku apabila bapa Saiful, dalam satu sidang media mengatakan
dia meminta maaf kepada Anwar, dan sekaligus menyertai PKR.
Anwar juga dikatakan akan merancang kejadian di ditembak dalam
kempen pilihan raya, tapi dipercayai peluru pada ketika itu tidak mengenai
dirinya, sebaliknya isteri dan anaknya ... sandiwara satu keluarga.
Seorang pegawai kanan badan kehakiman akan mengeluarkan kenyataan
bahawa kes liwat Saiful dan Azizan adalah rekaan semata-mata.
Anwar juga dikatakan akan bersumpah tipu :"Demi Allah, saya
tak buat apa yang Umno tuduh", sekaligus pembangkang kemudiannya akan
mengangkat Anwar kerana berani bersumpah dia tidak meliwat Saiful.
Jam Omega tiruan juga akan dikeluarkan Anwar di saat-saat akhir
kempen sebelum hari mengundi. Kenapa saat akhir? Sebab pada masa itu, polis tidak
akan sempat untuk menyiasat ketulenan jam tersebut.
Anwar juga dikatakan akan memujuk ahli Parlimen dan ADUN PKR yang
lompat parti untuk menyertai PKR dan memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak
merasuah mereka dengan wang ringgit. Keluarga mereka ini dikatakan sedang
ditekan dan ditawarkan bayaran lumayan.
Azmin Ali akan keluarkan video lakonan yang dia telah berbaik
dengan emaknya. Seolah-olah Mak Tom memaafkannya dan menerimanya, Sedangkan
video tersebut telah diambil ketika Mak Tom pengsan dan tidak sedarkan diri.
Peguam-peguam dan polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk
supaya mengaku bahawa Najib terlibat dalam kes tersebut. Pembangkang dikatakan
sedang cuba memujuk para pegawai penyiasat kes Altantuya dengan persediaan
untuk membayar mereka supaya tampil membuat kenyataan memang Najib terlibat
dalam kes Altantuya.
Tidak cukup dengan mainan dan sandiwara terhadap Umno dan Datuk
Seri Najib, pembangkang juga akan serang isteri perdana menteri, Datin Seri
Rosmah Mansur sebagai terlibat dengan skandal. Dipercayai seorang bekas pegawai
Rosmah sedang dipujuk, digoda, dan dijanjikan habuan wang ringgit untuk membuat
akuan Rosmah terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat.
Setiap ahli Pas juga akan diminta bersumpah untuk mengundi Pakatan
dalam PRU nanti. Mengikut maklumat yang diterima dari orang dalam Pas, bahawa
setiap ahli Pas akan diminta bersumpah "wallahi, wabillahi, watallahi, aku
ahli Pas, bersumpah dengan nama Allah, dalam PRU 13, aku hanya akan mengundi
calon DAP, PKR dan PAS, jika aku mengundi selain calon DAP, PKR dan PAS"
Anwar juga akan tunjuk surat palsu Yusuf Al-Qaradawi yang kata
Anwar patut jadi PM Malaysia.
Kemudian Pakatan akan umum dan haramkan Umno dan BN.
Terakhirnya, lelaki yang berwajah seperti Anwar akan muncul dan
mengakui dialah yang berlakon dalam video seks skandal Chinadoll.
Licik bukan, inilah perancangan Anwar untuk cuba meraih simpati
rakyat Malaysia. Apa sahaja jalan akan digunakannya tanpa mengira batas agama
semata-mata nafsu politik dan kemaruk nak jadi PM.
Tak percaya? Sama-sama kita tunggu dan lihat kesudahan episod
pelakon drama yang diberi jolokan pemimpin Anugerah Tuhan ini.
No comments:
Post a Comment