Puak pembangkang semakin menampakkan sifat hipokrit mereka apabila
masing-masing bertempiaran mencari kawasan selamat untuk bertanding.
Bertanding di kawasan di mana mereka menganggap sebagai kubu kuat
pembangkang mungkin mampu menyelamatkan karier dan masa depan politik yang
kebanyakannya berada di hujung tanduk.
Daripada pemimpin PKR seperti Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim, bekas
Menteri Besar Perak daripada Pas, Nizar Jamaluddin hinggalah kepada Ketua
Parlimen Dap, Lim Kit Siang, semuanya mengorbankan kerusi yang disandang
sekarang untuk lari meninggalkan pengundi mereka pada Pilihan Raya Umum pada tahun
2008 dahulu.
Yang menjadi mangsa ialah rakyat di kawasan itu yang mengharapkan
pembelaaan yang tidak kunjung tiba sejak lima tahun di wakili pembangkang.
Malah yang lebih terasa pengkhianatan yang dilakukan oleh
pemimpin-pemimpin pembangkang ialah para pengundi di kawasan terbabit yang
tegar menyokong mereka di peti undi ketika itu.
Pemimpin pembangkang daripada PKR, Pas dan Dap adalah umpama kad
bayaran tol 'touch n go'.
Mereka datang ke kawasan yang ingini ditandingi, buat bermacam
janji manis dan palsu yang mereka tahu tidak akan ditepati, buat fitnah dan
tohmah terhadap kerajaan ang di pimpin Barisan Nasional dan kemudiannya menang
atas premis politik kotor yang diamalkan puak tersebut.
Anwar mahu lari keluar dari Permatang Pauh kerana sudah tidak lagi
mampu berdepan dengan kekuatan jentera UMNO-BN yang bakal meranapkan impian
beliau ke Putrajaya.
Bukan salah BN kuat di Permatang Pauh tetapi oleh kerana
tanggungjawab Anwar yang gagal menjalankan tugas sebagai ahli parlimen di
kawasan itu.
Daripada menjenguk pengundi serta menjaga kebajikan mereka, Anwar
lebih suka berceramah ke sana ke sini, dan yang lebih menyeronokkan bagi
dirinya ialah sentiasa berada di luar negara juga berceramah dan
memburuk-burukkan negara dan kerajaan Malaysia.
Kit Siang juga sudah buat keputusan lari dari Ipoh Timur ke Gelang
Patah.
Apabila kerusi sudah goyang di Perak baru teringat kampung halaman
dan sekarang mengaku pula anak kelahiran Batu Pahat, Johor walhal tidak pernah
pun beliau terkenang atau sekelumit pun menabur bakti di negeri itu apatah lagi
kepada penduduk kawasan Gelang Patah.
Seorang lagi pemimpin Dap, Liew Chin Tong yang kini mewakili
kerusi parlimen Bukit Bendera juga berura-ura bertukar selera ke Kluang pula,
kononnya dia berasal dari kawasan itu.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub juga bakal menempah bala di
Johor apabila menggunakan alasan negeri kelahirannnya untuk membina tapak
politik baru.
Keangkuhan pemimpin pembangkang berhijrah ke Johor di desak oleh
beberapa faktor politik antara yang utamanya andaian bahawa negeri kelahiran
UMNO itu sudah tiba masanya menerima kehadiran kerajaan negeri pembangkang.
Strategi politik cetek yang menganggap Johor 'senang di makan' sebenarnya
akan memakan diri pembangkang sendiri.
Tujuan Dap adalah untuk melumpuhkan pimpinan MCA di Johor
berdasarkan unjuran bahawa pengundi Cina di negeri itu akan memberi undi mereka
kepada calon pembangkang.
Bagaimana harus di ingat pengundi Cina di Johor bukan seperti
pengundi di negeri lain yang agak mudah untuk dipengaruhi pembangkang.
Mereka mempunyai contoh pembbangunan pesat di negara jiran di
sebelah selatan untuk dijadikan sebagai model.
Melihat kepada BN yang telah membawa pembangunan pesat di Johor,
pengundi Cina akan berfikir sepuluh kali sebelum bertindak untuk bertukar angin
kepada Pakatan Rakyat.
Ini kerana melalui dasar pro-bisnes yang menjadi tunggak
pemerintahan BN, masyarakat Cina telah berjaya menguasai bidang perniagaan
serta membina kekayaan bagi mereka.
Pengundi Cina di Johor tidak akan memgambil risiko besar untuk
berkiblat kepada pembangkang hanya berbekalka air liur Anwar atau Kit Siang
sahaja.
Tempat Chin Tong yang akan dikosongkan pula bakal diisi oleh
setiausaha politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Lim Abdullah aka
Christopher Lim yang mengeksploitasi nama pemimpin UMNO yang banyak berjasa,
Tan Sri Mohd Khir Johari untuk menumpang tuah politik ayah tirinya.
Nizar yang dahulunya bercadang untuk tidak mempertahankan kerusi
parlimen Bukit Gantang yang dimenangi pada pilihan raya kecil 2009 juga kini
sudah mengubah fikiran.
Kini kerusi dewan undangan negeri Pasir Panjang yang kononnya
menjadi benteng kuatnya mahu ditingallkan kerana merasakan Changkat Jering
lebih selamat baginya.
Ini semua disebabkan perubahan suasana politik yang dilihat lebih
memihak kepada BN menjelang PRU ke 13.
Kalau dahulu BN dilihat lemah dan diselubungi pelabagai masalah
persepsi termasuk kemelut dalaman, kini empat tahun di bawah kepemimpinan Datuk
Seri Najib Tun Razak, senario dan tanggapan negatif ini telah berubah secara
drastik.
Kalau dahulu orang BN sendiri dikatakan malu untuk dikaitkan
dengan parti mereka, kini terdapat lonjakan semangat baru yang berkobar-kobar
untuk memastikan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat digenggam semula dan
empat buah negeri tadbiran pembangkang di rampas kembali.
Suasana kebangkitan UMNO dan BN inilah yang menggerunkan Anwar,
Kit Siang, Nizar dan ramai pemimpin pembangkang yang lain.
Berdasarkan populariti BN yang semakin meningkat dan diyakini
rakyat Pulau Pinang kemungkinan Setiausaha Agung Dap itu kecundang di tangan
calon BN tidak boleh diperkecikan malah ia mampu diterjemahkan kepada realiti
yang pahit bagi parti cauvinis Cina itu.
No comments:
Post a Comment