Pakatan rakyat sering menuduh Barisan Nasional (BN) sebagai parti
kronisme dan mengamalkan budaya nepotisme, sedangkan realitinya membuktikan
pembangkang itu adalah pengamal kuat ajaran nepotisme bagi mengekalkan pengaruh
mereka dalam parti masing-masing.
Perkara itu jelas apabila Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat
menamakan anaknya sendiri, Nik Abduh Nik Aziz sebagai calon di kerusi Rantau
Panjang, yang sebelum ini disandang oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah
Yussof.
Siti Zailah juga telah dipindahkan ke Parlimen Jeli untuk menetang
Datuk Seri Mustapha Mohamed di kawasan "hitam" untuk PAS.
Persoalan yang timbul adalah kenapa penyandang kerusi Rantau
Panjang yang sudah semestinya selamat untuk PAS di pindahkan ke Jeli yang amat
sukar untuk dimenangi, sedangkan anak pemimpin PAS bertanding di kerusi yang
mudah dimenanginya?
Malah, turut difahamkan sumber dalaman parti, wujud perselisihan
dalaman apabila keputusan Nik Aziz itu tidak dipersetujui Siti Zailah apabila
menolak keputusan berkenaan kerana tindakan itu seolah-olah untuk menamatkan
karier politik ketua dewan muslimat berkenaan.
PKR juga difahamkan akan menurunkan "keluarga Anwar
Ibrahim" untuk bertanding apabila bukan setakat Ketua Pembangkang, Datin
Seri Wan Azizah Wan Ismail, dan Nurul Izzah Anwar akan bertanding, pembangkan
itu dijangka akan turut mencalonkan seorang lagi anggota keluarganya, Nurul
Nuha Anwar untuk turut sama bergelumang dalam kancah politik mereka.
Tindakan itu amat jelas menunjukkan Anwar mahu mengekalkan legasi
keluarganya dalam parti bagi memastikan pengaruhnya tidak terkubur. Jangan
terkejut jika suatu hari nanti, menantu dan cucunya juga akan bertanding dalam
pilihan raya.
Tidak cukup dengan PAS dan PKR, DAP juga dijangka akan mencalonkan
Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng dan isterinya, Betty Chew dalam pilihan
raya umum ke-13 kali ini.
Malah, veteran DAP seperti Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh
Deo, juga tidak terkecuali bekecimpung dalam politik, dan turut difahamkan,
anak karpal, Jagdeep Singh juga akan turut dicalonkan sebagai calon untuk PRU
13.
Jelas sudah dimata rakyat Pakatan rakyat adalah parti keluarga dan
pemimpin mereka akan memastikan dinasti mereka dalam parti akan tetap subur
tanpa ada perasaan bersalah terhadap ahli dan anggota parti yang bertungkus
lumus untuk perjuangan dan matlamat parti.
Kalau perjuangan mudah seperti nak hapuskan nepotisme pun tak
boleh, apakah boleh percaya Pakatan akan menghapuskan kronisme dan mengutamakan
meritokrasi dalam semua hal?
Ini belum babitkan wang ringgit yang besar lagi, baru calon
pilihan raya.
Apa ahli PKR, PAS dan DAP yang
dibawah tu semua bodoh dan bangang sehingga tak layak jadi calon pilihan
raya?
Semua contoh di atas jelas membuktikan: Pakatan Rakyat memang parti
anak beranak!
No comments:
Post a Comment