Walaupun sebelum ini PAS telah bersetuju untuk membuang Negara
Islam, sekali gus ‘hudud’, dari perjuangan mereka demi kerjasama Pakatan
Rakyat, tetapi kini PAS terpaksa berhempas-pulas untuk menunjukkan kesungguhan
untuk melaksanakan hukum tersebut sekiranya mereka memerintah.
Ini kerana PAS sedar bahawa ramai dari golongan akar-umbi yang
‘sedikit cerdik’ merasa marah dan mula meragui perjuangan PAS gara-gara terlalu
mengikut telunjuk DAP. Benar, bahawa
majoriti akar-umbi PAS adalah buta-tuli-dungu yang mengikut sahaja ke mana arah
pemimpin mereka pergi tetapi sokongan dari golongan ini tidak dapat meredakan
tekanan dari golongan yang ‘sedikit cerdik’ yang mendambakan hudud tadi.
Justeru, ‘hudud’ dan ‘Negara Islam’ perlu dikembalikan ke dalam
perjuangan PAS, sekurang-kurangnya untuk digembar-gemburkan oleh media massa supaya
penyokong mereka percaya yang PAS akan melaksanakan hudud di samping dijadikan
‘modal’ untuk berkempen dan menyerang UMNO.
Mungkin ramai yang telah lupa atau tidak tahu bahawa PAS pernah
mencuba untuk menggubal undang-undang hudud untuk digunapakai di Terengganu
ketika mereka memerintah negeri tersebut.
Tetapi ternyata hudud yang dibentangkan oleh PAS bukan berdasarkan
Islam, tetapi berdasarkan nafsu pemimpin-pemimpin PAS yang mengakibatkan ianya
ditolak mentah-mentah oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir
Mohammad.
Antara perkara yang bertentangan dengan hukum Islam yang di dalam
hudud Terengganu yang telah digazetkan ialah Seksyen 14 di mana menerangkan
bahawa seorang suami dibolehkan untuk meliwat isterinya. Selain itu, terdapat juga enakmen yang
membenarkan orang bukan Islam dilantik bagi undang-undang hudud dan juga
perkara berkaitan qazaf yang melibatkan empat saksi bagi zina iaitu sekiranya
salah seorang saksi menarik diri, maka tiga lagi saksi boleh dihukum.
Ini hanya 3 contoh mengenai betapa kejam dan tidak adilnya hudud
ciptaan PAS. Mengikut Datuk Zulkifli
Noordin di dalam Sidang Dewan Rakyat sekitar Oktober 2011, terdapat
berbelas-belas lagi perkara di dalam hudud PAS Terengganu yang bertentangan
dengan Islam dan menafikan keadilan.
Walau apapun, kita percaya yang Hukum Hudud tidak mustahil untuk
dilaksana.
Yang menjadikannya mustahil ialah kesukaran untuk mencari para
penggubal, hakim dan seluruh jentera penghakiman yang mempunyai keikhlasan,
ketakwaan dan integriti yang tinggi dan sempurna. Selain itu, ia juga memerlukan keikhlasan,
ketakwaan dan integriti yang sama tinggi dan sempurna, di pihak yang
bertanggungjawab melantik mereka-mereka ini.
Hudud Terengganu dengan sendirinya telah membuktikan betapa PAS
langsung tidak layak untuk menggubal hukum hudud.
Sikap PAS yang berat sebelah sehingga sanggup menutup mata atas
maksiat yang dilakukan oleh pemimpin sendiri, contohnya Mat Sabu yang ditangkap
khalwat tetapi dijulang sehingga menjadi Timbalan Presiden, pula menunjukkan
yang PAS bukanlah pihak yang layak untuk melantik hakim ataupun penggubal hukum
hudud.
Tindakan PAS menggunakan alasan hukum hudud yang memerlukan 4
saksi untuk menolak saksi dan bukti kes liwat/zina yang diperolehi melalui
teknologi seperti rakaman video dan forensic sains menjadikan orang bukan Islam
semakin ‘cuak’ terhadap hudud.
PAS mempertontonkan kepada bukan Islam bahawa hudud adalah sesuatu
yang akan membawa kita ke belakang ke zaman jahiliah sebelum penemuan sains dan
teknologi serta cenderung menganiaya wanita dan memberi kuasa penuh kepada
lelaki untuk memenuhi nafsu serakah mereka sebebas-bebasnya.
Selain itu, hujah PAS bahawa hudud akan mengekang jenayah juga
tidak dapat diterima oleh bukan Islam kerana beberapa negara yang mengamalkan
hudud berada di tempat tercorot di dalam indeks jenayah dunia. Kebanyakannya juga memaparkan kekejaman yang
tinggi terhadap wanita.
Antaranya, Afghanistan, Sudan, Somalia, dan Nigeria. Manakala, Pakistan pula yang mengamalkan
undang-undang Islam bersama dengan undang-undang lain juga merupakan antara
negara yang mundur dan juga banyak melakukan ketidakadilan terhadap
wanita. Sedangkan umum sedia maklum
bahawa Pakistan merupakan antara negara yang paling digemari oleh puak-puak PAS
untuk menghantar anak-anak mereka melanjutkan pelajaran agama. Gelaran ‘mujahidin’ dan gerakan jihad di
Pakistan menjadikan mereka teruja walaupun beberapa kali terjadi kes di mana
anak-anak mereka terutamanya yang perempuan menjadi trauma sejurus tiba di sana.
Secara keseluruhannya, sikap, pandangan serta kecenderungan PAS
dalam memperkatakan Islam dan undang-undang Islam membawa gambaran yang mundur,
tidak adil serta menakutkan.
Kerana PAS, Islam dan undang-undang Islam dilihat sebagai
mempromosi ketegangan, syak-wasangka dan keganasan. Kerana PAS, Orang Islam dilihat sebagai
golongan yang sentiasa waspada, tidak ikhlas, sukar bergaul, memusuhi
ketenangan, menolak keceriaan dan sebaliknya sering mencari pasal terhadap
orang lain – bukan Islam dan juga sesama sendiri.
Oleh itu sebelum PAS meneruskan lakonan menyerang Karpal Singh,
adalah lebih baik PAS melihat dahulu ke dalam diri sendiri. Sedarlah bahawa di mata umum, termasuk bukan
Islam, PAS itu sinonim dengan nafsu - berkahwin 2,3,4, berkhalwat dan
berzina. PAS itu sinonim dengan sifat
kampungan yang suka mencarut, memaki dan menghamun. PAS itu sinonim dengan lelaki tidak berguna
yang siang malam kononnya ‘berjihad’ sedangkan isteri yang menanggung
semuanya.
Dengan itu, kita ingin bertanya PAS, ‘jihad’ apa?
Jihad yang paling utama adalah jihad menentang iblis di dalam diri
sendiri. Laksanakan jihad yang utama itu
dahulu sebelum berjihad melaksanakan hudud kerana selagi iblis menguasai diri,
selagi itulah hudud yang ingin digubal menjadi hudud yang berdasarkan nafsu dan
bukannya berdasarkan Islam. - Beruang Biru
No comments:
Post a Comment