Gara-gara ingin terus ‘bersekedudukan’ dengan DAP, yang telah
difatwakan haram oleh para Mufti dan juga Ulama-ulama pondok, maka PAS hari ini
menafikan bahawa DAP adalah kafir harbi.
Alasan yang diberi oleh PAS ialah selagi tiada Negara Islam yang
sebenar maka tidak mungkin wujud golongan kafir harbi. Kenyataan ini dibuat oleh Dato’ Dr. Haron
Din dan disiarkan di dalam Harakah, serta pantas dipetik oleh blog-blog dan
laman web pro-pembangkang. Dengan pantas
juga Lim Kit Siang membuat kenyataan menyokong kenyataan PAS tersebut bahawa
dirinya bukan kafir harbi.
Jika kafir harbi tidak wujud kerana tiada Negara Islam sebenar
mengikut kaca mata PAS, maka mana mungkin Negara Islam PAS itu wujud selagi ada
kafir harbi yang menghalangnya? Dan PAS
pula yang membantu mereka?
Kenyataan Haron Din tersebut bolehlah diumpama masalah telur
dengan ayam - yang mana dulu yang mana kemudian?
Kafir harbi mengikut istilah mudah adalah golongan kafir yang
memerangi Islam.
Adalah tidak mungkin Lim Kit Siang akan mengaku yang dirinya
memerangi atau membenci Islam. Tentulah
beliau bukan ahli politik yang berjaya jika beliau mengaku terang-terangan bahawa
beliau membenci Islam dan orang Islam.
Namun, kebencian Kit Siang terhadap Islam dan orang Islam (Melayu)
telah terakam dalam sejarah. Malah tidak
salah rasanya jika kita memberi gelaran kepada beliau sebagai Bapa Perkauman
Malaysia. Telah tercatat kemas dalam
laporan Mageran mengenai tragedi 13 Mei 1969 tentang bagaimana Kit Siang
menyemarakkan api perkauman melalui kempen DAP dalam pilihanraya yang diadakan
pada 10 Mei 1969.
Akibat kempen yang berapi-api membenci Melayu di samping meniupkan
semangat keangkuhan Cina DAP yang akhirnya membawa kepada perarakan
besar-besaran kaum Cina ke kawasan Melayu, yang mana melanggar permit yang
dikeluarkan kepada mereka, maka berlakulah pertumpahan darah. Dalam perarakan tersebut slogan yang dibawa
DAP ialah: ‘Malai Si’. atau “Mati
Melayu”. “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu”. “Mati
Melayu, sakai pergi masuk hutan”. “KL sekarang Cina punya”.“Melayu balik
kampung, melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.”“Melayu
keluar…! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu.., sekarang kita sudah ada
kuasa…”.“…..semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.” “Apa ini Melayu,
kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan melayu punya, mata-mata
lancau….!” “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu…”
Jika kata-kata di atas bukan membawa makna membenci dan memerangi
Melayu Islam, maka apakah ia?
Jelas, agenda DAP tidak pernah berubah dari dulu sehingga kini
iaitu ingin menghalau Melayu.
Dan ini telah pun terbukti sejurus selepas mereka menguasai Pulau
Pinang di mana kaum Melayu dihalau dengan cara tersusun dengan merobohkan
kampung-kampung mereka serta membina kediaman kos tinggi dan mewah agar
menyukarkan kaum Melayu memilikinya.
DAP juga berusaha untuk merancang untuk membina cawangan Universiti
Nanyang di Pulau Pinang sekali gus menambah bilangan kaum Cina dan menyekat
pendudukan kaum Melayu di tengah-tengah bandar itu.
DAP turut menunjukkan kebencian mereka terhadap Melayu dengan
menerapkan kebencian terhadap kakitangan kerajaan serta pihak berkuasa seperti
polis dan SPRM semata-mata kerana institusi tersebut dipegang oleh Melayu. Jika kita layari laman-laman sosial penyokong
DAP, kita akan dapati ramai di antara mereka secara terang-terangan meluahkan
kebencian terhadap Institusi Raja serta mempertikai pemakaian nama ‘DiRaja’
bagi pasukan keselamatan negara.
Suatu ketika, DAP juga telah enggan memakai pakaian adat di dalam
Dewan atas alasan ia bercirikan Melayu dan Islam.
Pendek kata, sikap DAP yang memerangi Melayu Islam begitu nyata,
terang lagi bersuluh.
Hanya PAS sahaja yang menafikannya. Bukan sahaja menafi, malah membela dan
sanggup menjadi anjing kurap meniarap tengah jalan menentang Raja-raja Melayu
bagi pihak DAP. Lebih dahsyat lagi, PAS
juga mengiakan sahaja bila DAP ingin menyebarkan dakwah Kristian kepada orang
Melayu melalui Injil berbahasa Melayu dan penggunaan nama Allah S.W.T. di dalam
risalah dakwah mereka.
Jika DAP bukan kafir harbi, maka apakah mereka?
Apakah hanya apabila DAP mengangkat senjata memerangi kita
sepertimana yang berlaku di Rohingya maka barulah DAP menjadi kafir harbi? Namun, ini juga tidak tepat jika mengikut
huraian Haron Din kerana Rohingya bukan Negara Islam sebenar maka tiadalah
istilah kafir harbi bagi mereka juga.
PAS nampaknya masih ketinggalan di zaman jahiliah sedangkan DAP
dan dunia keseluruhannya telah melangkah ke era teknologi nano. Dalam kesibukan PAS mengira helaian rambut
wanita yang terdedah serta mencongak dosa pahala mereka, PAS tidak sedar bahawa
untuk memerangi Umat Islam di zaman ini tidak semestinya menggunakan senjata
api. Selalunya, senjata api adalah
pilihan atau jalan terakhir setelah umpan mengena, umat Islam terpedaya,
menjadi benar-benar lemah lalu penghapusan etnik pun dilakukan.
Apatah lagi di Malaysia, di mana kekuatan tentera dan polis masih
berada di tangan umat Islam, iaitu UMNO justeru, mana mungkin DAP memerangi
umat Islam dengan menggunakan senjata.
Oleh itu, satu-satunya cara DAP untuk mengalahkan umat Islam
adalah dengan mempergunakan umat Islam itu sendiri iaitu PAS untuk
menghancurkan sesama sendiri (UMNO).
Nampaknya, tidak sukar bagi DAP untuk melakukannya, kerana PAS
benar-benar rela dan ‘redha’ menjadi anjing kurap kepada mereka.
Negara Malaysia adalah Negara Islam. Malaysia meletakkan Islam di
tempat tertinggi dan mempertahankannya melalui Institusi Raja-raja. Kepimpinan serta pihak berkuasa di Malaysia
juga dipegang oleh orang Islam. Malaysia
menjadi negara Islam contoh kepada negara Islam lain kerana ia satu-satunya
negara Islam yang aman, makmur dan maju serta lantang dan berkemampuan untuk
membantu nasib umat Islam negara lain yang tertindas atau ditimpa bencana.
Dan inilah yang menjadi punca DAP tidak senang dan ingin
mengambil-alih negara ini. DAP ingin
merendahkan Islam atau sekurang-kurangnya meletakkannya setaraf dengan
agama-agama lain. DAP tidak senang
selagi umat Islam berhak melaungkan azan di subuh hari dan mengganggu mereka
tidur. DAP tidak senang selagi arak dan
babi tidak boleh dijual dan diratah sebebas-bebasnya di negara ini.
DAP tidak senang selagi agama rasmi Malaysia adalah Islam dan
pemerintahnya juga orang Islam.
Dengan menafikan bahawa DAP adalah kafir harbi dan berdegil ingin
terus memeluk dan meruntun tangan DAP ke Putrajaya, maka PAS dengan sendirinya
telah meletakkan parti mereka sebagai musuh Islam. Jika undi DAP haram, maka undi PAS juga
adalah haram.
Kerana PAS dan DAP kini telah bersatu dari segi roh dan juga jasad
walaupun bukan dari segi kata-kata.
No comments:
Post a Comment