Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim nampaknya sedang
berjuang mempertahankan kredibiliti pentadbirannya dalam keadaan keseorangan
melawan serangan politik daripada Umno dan Barisan Nasional.
Pelbagai isu menghantui menteri besar yang dahulunya dikenali
sebagai tokoh korporat yang disegani menerajui sebuah syarikat pelaburan
Bumiputera terbesar di dunia (Permodalan Nasional Berhad) dan kemudiannya
memimpin sebuah konglomerat perladangan (Guthrie Berhad).
Tatkala, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mencadangkan nama beliau
sebagai calon menteri besar, Khalid di warkan-warkan akan memacu pembangunan
ekonomi dan sosial negeri terkaya di Malaysia berbekalkan pengalaman luasnya di
dalam sektor korporat.
Pelbagai perancangan serta program di lancarkan di bawah dasar
Merakyatkan Ekonomi Selangor di mana kepentingkan rakyat adalah segalanya bagi
pemimpin Pakatan Rakyat.
Sebagai tanda persahabatan lama dan hutang budi kerana dilantik
sebagai menteri besar, Anwar pun dilantiklah sebagai Penasihat Ekonomi Selangor
- satu jawatan rasmi dengan gaji hanya RM1.
Begitulah hebatnya Anwar dan Pakatan Rakyat yang dipimpinnya
melakukan latihan perhubungan awam (PR exercise) untuk menyakinkan rakyat
bahawa mereka jauh lebih baik daripada BN yang telah mentadbir Selangor
berterusan sejak merdeka hingga 2008.
Rakyat berfikir sudah tentu gabungan mantap pengalaman luas Khalid
serta dibantu oleh bekas Menteri Kewangan selama lapan tahun, mustahil segala
apa yang dirancang Pakatan Rakyat akan menemui kegagalan.
Tetapi itulah hakikatnya yang berlaku sekarang kerana setelah
empat tahun menawan Selangor, istana impian yang dibina di atas janji-janji
yang sungguh reformis sifatnya kini telah bertukar menjadi igauan paling negri
bagi pimpinan Pakatan Rakyat.
Program air percuma yang dicanang siang dan malam oleh Khalid dan
barisan exconya kini bertukar menjadi krisis air yang bakal mengancam
menamatkan karier politik beliau serta menenggelamkan bahtera Pakatan Rakyat di
Selangor.
Khalid mengambil sikap berkonfrantasi dengan kerajaan pusat
berhubung usaha mengambil alih aset air di Selangor sehingga menyebabkan krisis
air menjadi semakin meruncing dan rakyat kebajikan rakyat diabaikan.
Skandal hutang Talam Corporation yang kononnya dilabel sebagai
pendekatan revolusi cetusan idea Khalid kini bertukar menjadi satu skandal
melibatkan ratusan juta ringgit dana awam.
Khalid berada dalam keadaan amat tertekan kerana tidak dapat
mengemukan laporan audir terperinci mengenai urusan menyelesaikan masalah
hutang Talam kepada kerajaan negeri.
Apatah lagi dalam usaha Anwar memujuk golongan muda menyokong
Pakatan Rakyat, Unisel milik kerajaan negeri pula gagal menyediakan tempat
penginapan bagi lebih 3,000 pelajar yang telahpun memulakan sesi pengajian
mereka.
Kini kerajaan negeri bercadang menjual aset Unisel berupa 500 ekar
tanah untuk melangsaikan hutang sebanyak RM15 juta kepada syarikat yang
menguruskan kolej kediaman universiti tersebut.
Dalam lautan politik yang bergelora bagi Pakatan Rakyat Selangor,
persoalan pertama yang tercetus di minda rakyat, di manakah Anwar ketika Khalid
benar-benar memerlukan pertolongannya.
Anwar boleh dikatakan langsung tidak bersuara untuk mempertahankan
kedudukan Khalid sebagai menteri besar malah membiarkan beliau terumbang ambing
seorang diri mengemudi kapal Pakatan Rakyat di Selangor.
Anwar kini amat malu kerana gagal menjalankan tugas beliau
menasihati menteri besar mengurus ekonomi Selangor malah tidak ada satu bukti
pun ideanya boleh digunapakai untuk kemajuan negeri.
Rakyat mencemuh ego dan sikap angkuh beliau yang mendabik dada kononnya
pandai dalam selok belok mengurus kewangan negara satu ketika dahulu tetapi
kini terbukti ini adalah wayang dan silap mata Anwar yang pandai menipu rakyat.
Barisan exco serta pimpinan sekutunya dari DAP dan PAS yang
dulunya berdiri teguh di belakang Khalid kini satu persatu sudah menjauhkan
daripada kemelut politik yang membelit Khalid.
Seolah-olah terdengar bisikan hati mereka jikalau Khalid tenggelam
mereka tidak akan turut sama menjadi korban penyelewengan yang berlaku.
Di satu sudut pula, Azmin Ali yang menguasai PKR Selangor sedang
bertepuk tangan bersama-sama kroninya merayakan saat-saat kejatuhan Khalid.
Azmin juga menjauhi diri daripada membela menteri besar dan
kemungkinan besar sedang sedia untuk memberi pukulan maut kepada Khalid pada bila-bila
masa sahaja.
Bagi Azmin, inilah saat yang paling manis untuk membalas dendam
politik dengan membiarkan Khalid tercungap-cungap macam nyawa ikan.
Begitu juga sekutu terkuat Khalid dalam PKR iaitu Wan Azizah
Wan Ismail selaku presiden parti tidak
mampu berbuat apa-apa untuk membantu kerana tahu Khalid sememangnya tidak lagi
boleh diselamatkan.
Seperti pepatah habis madu sepah dibuang, begitulah nasib diri
Khalid yang dahulunya menjadi idola dan tatangan Pakatan Rakyat tetapi kini
pengemis yang menagih simpati Anwar yang telah mengucapkan selamat tinggal
kepadanya.
***Beruang Biru
No comments:
Post a Comment