Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh
Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini sekali lagi berdepan dengan gerakan
menuntut janji-janji yang telah ditaburkan lima tahun lalu sebelum mereka
berkuasa di negeri Selangor ini.
Jika sebelum ini, kumpulan yang menuntut janji air percuma, elaun
ibu tunggal, bantuan RM50 kepada anak-anak yang belajar di pra-sekolah, hari
ini kumpulan warga emas yang dipimpin Pengerusi Penyelaras Tuntutan Warga Emas
Selangor, Datuk Ismail Kijo menfailkan saman melalui Tetuan Kamaruddin &
Partner di Mahkamah Tinggi Shah Alam menuntut caruman takaful yang dijanjikan
dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).
Peguambela, Kamaruddin Ahmad berkata, plaintif-plaintif adalah
penduduk negeri Selangor yang bertaraf warga emas yang sejak lima tahun ini
tidak menerima dan gagal menerima caruman takaful sebanyak RM2,500 sebagaimana
yang dijanjikan oleh kerajaan negeri Selangor.
“Defendan pertama adalah kerajaan negeri Selangor yang terdiri
daripada parti-parti politik dikenali sebagai Pakatan Rakyat yang dianggotai
Parti Tindakan Demoratik (DAP), Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Keadilan
Rakyat (PKR). Defendan kedua adalah Menteri Besar Selangor dan Ketua Eksekutif
Defendan Pertama.
Semasa tempoh berkempen untuk pilihanraya umum yang diadakan pada
bulan Mac 2008, defendan pertama telah berjanji kepada rakyat Selangor termasuk
plaintif-plaintif untuk membuat caruman takaful sebanyak RM2,500 kepada
golongan warga emas di negeri Selangor sekiranya pakatan pembangkang ini
memenangi pilihanraya tersebut,”ujarnya selepas menfailkan saman permulaan 1001
orang warga emas dari daerah Shah Alam, Ampang, Gombak, Hulu Langat dan Kuala
Selangor di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pagi tadi.
Tambahnya, berdasarkan manifesto pakatan pembangkang, setiap warga
emas di negeri Selangor layak menerima caruman takaful tersebut daripada
defendan pertama.
Berdasarkan definisi yang digunapakai oleh pakatan pembangkang,
golongan warga emas ini meliputi semua rakyat Selangor semua rakyat Selangor
yang berusia 60 tahun ke atas.
“Manifesto defendan pertama yang telah dideklarasikan kepada
penduduk negeri Selangor semasa berlangsungnya kempen pilihanraya umum ke-12
pada tahun 2008 merupakan satu representasi oleh pakatan rakyat yang menjadi
anggota defendan pertama.
Manifesto defendan pertama menjadi asas kepada kerajaan yang
ditadbir defendan pertama dan defendan kedua.
Kini, warga emas yang merupakan plaintif meletakkan setinggi
harapan ke atas manifesto defendan pertama sebagai tempat pembelaan kebajikan
hidup plaintif melalui caruman takaful yang dijanjikan kepada golongan warga
emas ini,” tambahnya.
Kini, kerajaan negeri bukan sahaja gagal membuat apa-apa caruman
takaful kepada warga emas ini malah telah menyalahgunakan kuasanya dengan tidak
mengambil sebarang tindakan untuk memastikan tanggungjawabnya membuat caruman
takaful kepada warga emas di negeri Selangor ini.
Dalam masa yang sama, Datuk Ismail Kijo menyamakan pakatan PKR-DAP
dan PAS ini sebagai Pakatan Kasanova Rakyat kerana menjanjikan manifesto yang hanya ingin
menarik hati orang yang ingin mereka pengaruhi (kalau kasanova, dia nak menarik
hati perempuan-perempuan yang mereka hendak miliki), tetapi apabila dah
selesai, bila dia dah dapat semua, ia akan ditinggalkan begitu sahaja.
“Janji-janji manifesto dari pakatan PKR-DAP-PAS hanya bertujuan
untuk menarik dan mempengaruhi pengundi-pengundi memandangkan Pilihanraya Umum
ke-13 sudah semakin dekat.
Untuk apa mereka membentangkan manifesto baru pakatan pembangkang
sedangkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai antara pemimpin kanan yang turut
dipertanggungjawabkan menguruskan negeri Selangor mengatakan bahawa manifesto
bukan janji.
Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri mengatakan bahawa manifesto itu
bukan janji. Kalau manifesto bukan janji, jadi nak buat apa buat manifesto?
Kini dah buat janji baru,” ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Ampang.
Sumber: Watan-Online
No comments:
Post a Comment