Baru-baru ini Deepak Jaikishan, si penjual karpet yang menghadapi
masalah hutang piutang keliling pinggang pernah cuba menarik perhatian ramai
dengan dakwaan bahawa Abdul Razak Baginda sebenarnya seorang lelaki yang
mengalami masalah mati pucuk.
Hebat tak hebat si penjual karpet ini mengalahkan doktor pakar
sakit tuan, sampaikan rahsia peribadi yang serba sulit lagi mengaibkan seperti
masalah mati pucuk seorang lelaki lain pun dia boleh ketahui.
Tapi Deepak terlupa satu perkara hakiki, Razak Baginda sudah
terbukti kejantanannya kerana memiliki seorang anak, Roweena hasil hubungan
perkongsian hidup dengan isterinya yang sah bernama Mazlinda Makhzan yang
sehingga kini masih kekal bersama.
Sebetulnya, tujuan Deepak merekayasa fitnah sedemikian matlamatnya
hanya satu - untuk meyakinkan khalayak bahawa ketika Altantuya Shariibuu di
bunuh, model dari Mongolia itu sedang berbadan dua dan bayi yang di kandungnya
itu pula bukan anak Razak Baginda.
Agaknya bergegar tempat persemadian Altantuya tika ini gara-gara rekayasa
terbaru ini, tak pasal-pasal roh Altantuya meraung dan menangis kerana menjadi
mangsa fitnah Deepak dan PR yang memanipulasi peristiwa tragis yang menimpanya
demi kepentingan politik.
Deepak sebenarnya dalam usaha mengikut skrip garapan PR, cuba menonjolkan
keselarasan cerita supaya selari dengan fitnah Pakatan Rakyat (PR) yang sebelum
ini menghebohkan kononnya Altantuya mempunyai hubungan sulit dengan Perdana
Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan sedang mengandungkan anak luar nikah
hasil hubungan mereka berdua.
Dengan demikian, PR mengharapkan fakta sebenar kes yang menyebut
bahawa Altantuya adalah kekasih gelap Razak Baginda akan dilupakan oleh
khalayak, sebaliknya rakyat diharapkan akan meyakini dengan fitnah rekayasa
mereka kononnya Altantuya mati dibunuh ketika sedang mengandung semata-mata
untuk menyembunyikan hubungan sulit PM dengan wanita itu.
Sebelum ini PR pernah menyebarkan gambar superimposed kononnya
sebagai gambaran bahawa Najib pernah makan semeja bersama Razak baginda dan
Altantuya. Mereka juga pernah membuat spekulasi kematian Altantuya disebabkan
urus niaga pembelian kapal selam Scorpeane, semata-mata untuk tambah sensasi
dan perencah dalam fitnah sensasi ini.
Kesungguhan PR mengadu domba dan memprogandakan kisah fiksyen ini
memang tampak jelas sekali niat jahatnya, tanpa mempedulikan kemungkinan tika
ini roh si mati sedang merintih menangis minta jangan diganggu lagi.
Hakikatnya PM langsung tidak bersangkut paut dengan kisah rekayasa
penuh fiksyen garapan PR mahupun Deepak. Kenal pun tidak, mana mungkin
Altantuya tiba-tiba sedang mengandungkan anak Najib? Jadi logik rekayasa PR
kononnya Altantuya di bunuh ketika mengandungkan anak Najib tentulah sukar di
terima akal.
Kebenarannya, Altantuya dan Razak Baginda memang benar saling
mengenali, malah sudah acap kali Razak memberi wang ringgit bagi memenuhi
tuntutan teman wanitanya itu. Itu benar dan terbukti faktanya. Jadinya, jika
benar Altantuya mengandung ketika mayatnya diletupkan, maka anak itu bukan anak
Najib sebaliknya anak Razak Baginda atau lelaki lain.
Malah tuduhan liar pembangkang yang menyebut kononnya isteri PM,
Datin Seri Rosmah Mansor terlibat langsung melepaskan tembakan ke arah perut
Altantuya juga langsung tidak boleh diterima kala. Kononnya Datin Seri Rosmah
sama-sama memanjat bukit jauh ke dalam hutan semata-mata untuk membunuh
Altantuya.
Walhal realitinya mana mungkin untuk Datin Seri Rosmah berada di
tempat kejadian sedangkan ketika itu beliau sebenarnya sedang melayani
anak-anak yatim di Kuala Lumpur. Manakala PM pula menyertai rakyat berbuka
puasa di Kedah.
Itu sahaja sebenarnya sudah cukup untuk membongkar fitnah dan
penipuan PR serta Deepak. Rekayasa ini memang menarik kalau dibaca sebagai
novel fiksyen tapi bila tidak berpijak di bumi nyata dengan isi berterabur dan
bercanggah, orang ramai pun bosan jadinya.
No comments:
Post a Comment