Ng Paik Kheng mungkin nama yang kurang
dikenali. Dia bukan bintang filem,
bintang sukan pun bukan, tapi ada sesuatu mengenai dirinya yang akan
menjadikannya popular – walaupun bukan dalam skop popular seperti mana membabitkan
artis dan selebriti ternama.
Dihikayatkan bahawa Ng Paik Kheng ada
hubungan terlarang dengan seseorang.
Siapa orang itu penulis tidak tahu tapi hubungan terlarang itu
menyebabkan ADUN Kota Laksamana dari DAP, Betty Chew begitu terganggu dengannya,
sehingga sanggup mengambil tindakan sendiri dengan ‘mengacau’ wanita
tersebut. Khabarnya, bukan mengacau yang
biasa ni, tapi ada sentuhan fizikal juga.
Isu ini sudah menjadi perbualan panas
dikalangan inner circle DAP yang rapat dengan Betty Chew.
Asalnya, kita tidaklah berminat dengan
masalah apa Betty Chew dengan perempuan tersebut. Tapi sebab ia membabitkan orang politik, maka
kita wajiblah mengambil tahu hal yang sebenarnya. Orang politik ni macam orang seni juga,
privasinya tu milik rakyat sebab yang meletakkan mereka di puncak kuasa pun
rakyat juga.
Lebih-lebih lagi bila dah masuk bab-bab kaki
tangan naik ni, sudah tentulah rakyat perlu tahu, paling tidak, apa hal
sebenarnya yang berlaku?
Itu satu hal, satu hal yang lain ialah bila
maklumat yang kita terima mengatakan, jentera propaganda DAP bersungguh-sungguh
untuk menafikan kewujudan perempuan ini.
Sehingga ke satu tahap, penulis dimaklumkan gambar dan nama Paik Kheng
ini ditukar untuk mengelak identiti sebenarnya dari diketahui orang ramai.
Tapi kita pun hebat juga, kita ada gambar dan
nama yang sebenarnya.
Kesungguhan ini semualah yang mencetuskan
tanda tanya yang lebih besar. Mesti ada
sesuatu yang besar cuba ditutup dari pengetahuan ramai. Sebab, kali terakhir ‘kesungguhan’ sama
digerakkan jentera propaganda DAP ialah ketika salah seorang anak Ketua Menteri
Pulau Pinang dikaitkan dengan cubaan meraba buah dada seorang pelajar perempuan
di Pulau Pinang.
Pokok pangkalnya, jentera propaganda DAP
tidak akan bersungguh seperti ini kalau kes itu tidak serius dan boleh
menjejaskan parti tersebut.
Justeru, penulis rasa, wajiblah untuk Betty
Chew tampil dalam satu sidang media khas untuk menjelaskan hal ini kepada
umum. Betulkah dia ada ‘mengacau’
perempuan tersebut seperti mana yang digambarkan di atas. Sebab kalau ada berlaku kejadian seperti itu,
rosaklah imej DAP selama ini yang berbangga dengan konsep akauntabiliti dan
intergritinya.
Mana boleh letak undang-undang di tangan
sendiri, Betty Chew sepatutnya tahu ini.
Kalau ada kesalahan Paik Kheng ini yang menyalahi undang-undang,
laporkan pada polis supaya tindakan sewajarnya dapat diambil. Penulis rasa, ramai orang dalam DAP yang
boleh menasihatkannya tentang undang-undang, kot kotlah kalau dia tak faham.
Lainlah kalau kesalahan Paik Kheng ini tidak
ada kaitan dengan undang-undang tapi lebih kepada peribadi?
Apa pun kita tak berminat nak bincang soal
ini dari sudut kesensasiannya, walaupun kalau nak diikutkan, itulah yang
menarik sekali dalam politik ini. Kita
cuma mahu tahu bagaimana perbuatan yang melanggar undang-undang ini dilakukan
oleh seorang penggubal undang-undang, walaupun diperingkat negeri. Hari ini negerilah, besok lusa mungkin
parlimen pula. Perkara ini bukan
mustahil berlaku dalam DAP, yang hanya dikawal dan dikuasai beberapa kerat
pemimpin dari kalangan keluarga tertentu sahaja, sejak dulu hingga sekarang.
Apalah rupanya nanti kalau penggubal
undang-undang sendiri pun langgar undang-undang?
No comments:
Post a Comment