Thursday, 31 May 2012

Why Is PKR Still Keeping Azmin?



Up to this moment, the name of Azmin Ali is often discussed among Malaysians when it comes to the topic of this country's politics. From his ice-cream issue, him cheating his wife. betraying his mother until the reveal on illogical ownership of property when he was Anwar's Personal Secretary in 1995 made by Raja Petra  Kamarudin (RPK).

PKR supporters are beginning to play this theory saying that it is a personal attack to divert rakyat's attention from cases that are surrounding Azmin right now. This is PKR's usual tactic if they ever find loophole among their leaders. Lets take the example of Anwar;s case in having sex with the Chinese prostitute. Instead of focusing on Anwar, the questioned other things such as hair, stomach etc.

Writer personally do not care about Azmin's issues because writer is already aware that Azmin is never clean, he and Anwar really had fun misusing their powers in the Finance Ministry back then that it had scratched BN's name up until today.

What writer would like to question here is that with all the talks going around, why didn't PKR take any action against Azmin? If they need documents, it is there. Picture? It's there, Video, we might have to wait for that. Even if they do not want to sack him, they least they should do is to suspend him until the investigation is over.

How can PKR be fair to rakyat if even now, mistakes that are made by certain people (those who are close with Anwar) roam free and they simply create conspiracy theories to deny every one of the claims made?

This is just about Azmin, we are not even talking about Anwar. Anwar is another thing because PKR is Anwar and Anwar is PKR, that is why it is not surprising with the fact that PKR would defend Anwar every time he is involved in any scandal. He is not as same as Azmin because Azmin only has certain leaders to support him.

If this is how things go, rakyat has a huge obligation to object PKR and its allies in Pakatan Rakyat.  Their cronyism and nepotism behavior is too obvious especially among PKR and DAP that it is ridiculous. Imagine how it would be if Anwar becomes the Prime Minister and Azmin commits crime. Do you think Azmin would be charged? Considering to what is happening now.

Writer is certain that no actions will be taken against him. Instead, Azmin, or anyone who is part of Anwar's inner circle can simply roam free after they have committed their crimes. And when they are in power, every single government agencies and ministries will be in their hands.

Only rakyat have the power to change all this from happening.

Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai Talian Hayat Terakhir PAS?


Mulanya kerajaan PAS Kelantan terutama sekali Husam Musa menjangkakan pengumumannya untuk membina lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai (KB-KK) pada Ogos 2011 lepas dapat dimanipulasikan sepenuhnya dalam PRU 13 yang diramalkan akan berlangsung pada November 2011.

Perkiraan PAS Kelantan cukup mudah, peristiwa menang nyawa-nyawa ikan di PRK Manek Urai (Julai 2009) dengan kelebihan hanya 65 undi serta kekalahan PAS di kerusi DUN Galas (Okt 2010) dengan majoriti lebih 1,000 undi menyedarkan PAS dari lamunan panjang.

Kekuatannya dikalangan pengundi dalam negeri semakin merosot manakala sokongan pengundi luar pula kian merudum. Disebabkan itu apabila ramai pemerhati meramalkan pilihanraya bakal berlangsung dalam bulan November 2011, PAS mengambil langkah segera mengumumkan pembinaan lebuhraya tersebut pada Ogos 2011.

Dengan langkah tersebut PAS percaya akan mampu menarik kembali sokongan majoriti pengundi luar sekiranya projek tersebut dapat dimanipulasikan sepanjang kempen pilihanraya sekaligus dapat menampung kemerosotan sokongan dari kalangan pengundi dalam negeri.

Tanpa sokongan besar pengundi Kelantan yang berada di luar negeri agak sukar untuk PAS meneruskan hayat pemerintahannya di negeri tersebut tatkala asakan gelombang merah semakin kuat merobek kekuatan PAS di Kelantan.

Soal pembinaan lebuhraya tersebut mampu direalisasikan atau sebaliknya, bukan persoalan penting kerana baik Husam mahupun kerajaan PAS Kelantan mereka tahu pembinaan jalan baru menghubungkan Kota Bharu ke Kuala Krai sememangnya akan direalisasikan juga oleh Kerajaan Pusat sebagaimana termaktub dalam perancangan Central Spine Expressway.

Bagaimanapun hasrat PAS untuk mengabui mata umum gagal dengan kehendak Allah s.w.t apabila pilihanraya umum tidakpun berlangsung dalam bulan November 2011. Berikutan itu selama beberapa bulan isu pembinaan lebuhraya KB-KK tenggelam begitu sahaja.

Apabila khabar angin pilihanraya umum kembali bertiup kencang pada awal tahun 2012 yang menjangkakan pada bulan Jun 2012 parlimen akan dibubarkan, PAS melalui Husam Musa sekali lagi tampil dengan idea pembinaan lebuhraya tersebut.

Setelah PAS pasti parlimen akan dibubarkan pada Jun 2012, maka mereka segera bermesyuarat menetapkan tarikh majlis pecah tanah sebagai monumen bukti penting lebuhraya tersebut benar-benar akan dilaksanakan.

Pun demikian, setelah majlis pecah tanah selesai dilaksanakan oleh Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat pada 28 Mei 2012, keesokan harinya Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengumumkan pembentangan Belanjawan 2013 akan dilakukan pada 28 September 2012 yang menandakan pilihanraya umum hanya akan berlangsung selepas pembentangan tersebut.

Kini PAS pening kepala mencari idea untuk membuktikan projek lebuhraya tersebut tetap akan dilaksanakan juga tanpa perlu menunggu tempoh tiga empat bulan lagi sementara menanti tarikh pasti pilihanraya umum ke 13.

Melihat pada gerak tari politik PAS kita boleh menjangkakan banyak cara yang mereka akan lakukan untuk mengabui mata masyarakat bagi tujuan memanfaatkan talian hayat terakhir ini, namun di hujung sandiwara itu kelak akhirnya Kerajaan Pusat juga yang akan dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan janji politik PAS.

Saturday, 26 May 2012

Anwar Maki-Hamun Pemuda UMNO Punca Kecoh


Kuala Lumpur, 26 Mei - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai mendakwa kata-kata berbentuk menghina yang dikeluarkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berceramah merupakan punca berlakunya kekecohan di perkarangan Pangsapuri Pantai Permai, malam semalam.

Ketua Pemudanya, Datuk Mohamad Sazali Kamilan berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dikatakan sengaja mencetuskan provokasi dengan melemparkan kata-kata nista supaya mereka yang menghadiri ceramah Ummi Hafilda Ali bertindak balas.

Beliau berkata, sungguhpun begitu pihaknya tidak segera bertindak sehinggalah tiba-tiba berlaku tindakan membaling beberapa objek keras oleh pihak yang tidak dapat dipastikan.

``Akibatnya seorang ahli Pemuda UMNO tercedera di kepala. Saya tidak mahu menuduh siapa yang memulakan kekecohan ini dan siapa yang membaling. Mustahil orang UMNO baling kepada orang UMNO sendiri.

``Ketika itu mangsa sedang duduk mendengar ceramah (Ummi Hafilda). Mangsa kemudian telah dikejarkan ke klinik berhampiran oleh jawatankuasa penganjur dan dimaklumkan mangsa menerima enam jahitan,’’ katanya di Rumah Barisan Nasional (BN) di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Penerangan UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Ibrahim Tamby Chik.

Beliau mengulas kekecohan ketika berlangsungnya sesi ceramah Anwar dan Ummi Hafilda Ali yang diadakan sebelah menyebelah di perkarangan Pangsapuri Pantai Permai, Pantai Dalam, malam semalam.

Akibatnya, dua lelaki yang hadir untuk mendengar sesi ceramah iaitu masing-masing seorang penyokong pembangkang dan seorang lagi penyokong kerajaan cedera di kepala selepas terkena balingan batu daripada kedua-dua belah pihak.

Ceramah Anwar dianjurkan oleh PKR Lembah Pantai manakala ceramah Ummi Hafilda dianjurkan oleh Majlis Permuafakatan Muslim.

Mohamad Sazali berkata, selain menghina, Anwar terus melakukan provokasi melalui kata-katanya yang berbentuk maki hamun hingga keluar perkataan Pemuda UMNO sial dan Pemuda UMNO celaka.

``Pemuda UMNO Lembah Pantai menyelar kenyataan terbuka Anwar yang melaungkan perkataan Pemuda UMNO sial, Pemuda UMNO anjing dan Pemuda UMNO bodoh.

``Kami menuntut Anwar memohon maaf secara terbuka,’’ ujarnya.

Ibrahim ketika memberi reaksi terhadap isu sama berkata, UMNO tidak pernah mengajar ahli-ahlinya melakukan keganasan, tidak seperti pihak pembangkang.

``Sikap suka memprovokasi dan bertindak ganas adalah sikap pihak pembangkang. Buktinya, semasa perhimpunan haram Bersih 3.0 peserta perhimpunan tersebut telah mencaci dan menyerang anggota polis, wartawan serta merosakkan harta awam.

``Berbanding dengan UMNO. UMNO tidak pernah menganjurkan ahli-ahlinya untuk bertindak liar apatah lagi bersikap kurang ajar. UMNO sentiasa menitikberatkan sikap hormat-menghormati dan mengamalkan demokrasi dalam politik sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan,’’ ujarnya.

Sumber: MalaysianView

Dua Menteri UMNO Bergaduh Depan Orang Ramai..... Malu Beb ..


Gaduh secara terbuka tidak semestinya bermaksud gaduh berdarah punya.
Yang dimaksudkan adalah gusti lengan antara dua menteri.
Cuma penulis tak sangka Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek boleh kalah begitu mudah dengan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Nampaknya sorakan penyokong Menteri Belia dan Sukan itu tak cukup power lagi kot.
Ini adalah sebahagian daripada kemeriahan Himpunan Jutaan Belia yang sedang berlangsung di Putrajaya.
Himpunan tersebut mendapat sambutan yang sangat sangat mengalakan daripada remaja seluruh negara dan berjaya mencapai sasaran dua juta belia.


Sumber: MalaysianView & MyNewsHub

Pernahkah Isteri Lim Guan Eng 'Kacau' Ng Paik Kheng?


Ng Paik Kheng mungkin nama yang kurang dikenali.  Dia bukan bintang filem, bintang sukan pun bukan, tapi ada sesuatu mengenai dirinya yang akan menjadikannya popular – walaupun bukan dalam skop popular seperti mana membabitkan artis dan selebriti ternama.

Dihikayatkan bahawa Ng Paik Kheng ada hubungan terlarang dengan seseorang.  Siapa orang itu penulis tidak tahu tapi hubungan terlarang itu menyebabkan ADUN Kota Laksamana dari DAP, Betty Chew begitu terganggu dengannya, sehingga sanggup mengambil tindakan sendiri dengan ‘mengacau’ wanita tersebut.  Khabarnya, bukan mengacau yang biasa ni, tapi ada sentuhan fizikal juga.

Isu ini sudah menjadi perbualan panas dikalangan inner circle DAP yang rapat dengan Betty Chew.

Asalnya, kita tidaklah berminat dengan masalah apa Betty Chew dengan perempuan tersebut.  Tapi sebab ia membabitkan orang politik, maka kita wajiblah mengambil tahu hal yang sebenarnya.  Orang politik ni macam orang seni juga, privasinya tu milik rakyat sebab yang meletakkan mereka di puncak kuasa pun rakyat juga.

Lebih-lebih lagi bila dah masuk bab-bab kaki tangan naik ni, sudah tentulah rakyat perlu tahu, paling tidak, apa hal sebenarnya yang berlaku?

Itu satu hal, satu hal yang lain ialah bila maklumat yang kita terima mengatakan, jentera propaganda DAP bersungguh-sungguh untuk menafikan kewujudan perempuan ini.  Sehingga ke satu tahap, penulis dimaklumkan gambar dan nama Paik Kheng ini ditukar untuk mengelak identiti sebenarnya dari diketahui orang ramai.   

Tapi kita pun hebat juga, kita ada gambar dan nama yang sebenarnya.

Kesungguhan ini semualah yang mencetuskan tanda tanya yang lebih besar.  Mesti ada sesuatu yang besar cuba ditutup dari pengetahuan ramai.   Sebab, kali terakhir ‘kesungguhan’ sama digerakkan jentera propaganda DAP ialah ketika salah seorang anak Ketua Menteri Pulau Pinang dikaitkan dengan cubaan meraba buah dada seorang pelajar perempuan di Pulau Pinang. 

Pokok pangkalnya, jentera propaganda DAP tidak akan bersungguh seperti ini kalau kes itu tidak serius dan boleh menjejaskan parti tersebut.

Justeru, penulis rasa, wajiblah untuk Betty Chew tampil dalam satu sidang media khas untuk menjelaskan hal ini kepada umum.  Betulkah dia ada ‘mengacau’ perempuan tersebut seperti mana yang digambarkan di atas.  Sebab kalau ada berlaku kejadian seperti itu, rosaklah imej DAP selama ini yang berbangga dengan konsep akauntabiliti dan intergritinya.

Mana boleh letak undang-undang di tangan sendiri, Betty Chew sepatutnya tahu ini.  Kalau ada kesalahan Paik Kheng ini yang menyalahi undang-undang, laporkan pada polis supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.  Penulis rasa, ramai orang dalam DAP yang boleh menasihatkannya tentang undang-undang, kot kotlah kalau dia tak faham.

Lainlah kalau kesalahan Paik Kheng ini tidak ada kaitan dengan undang-undang tapi lebih kepada peribadi?

Apa pun kita tak berminat nak bincang soal ini dari sudut kesensasiannya, walaupun kalau nak diikutkan, itulah yang menarik sekali dalam politik ini.  Kita cuma mahu tahu bagaimana perbuatan yang melanggar undang-undang ini dilakukan oleh seorang penggubal undang-undang, walaupun diperingkat negeri.  Hari ini negerilah, besok lusa mungkin parlimen pula.  Perkara ini bukan mustahil berlaku dalam DAP, yang hanya dikawal dan dikuasai beberapa kerat pemimpin dari kalangan keluarga tertentu sahaja, sejak dulu hingga sekarang.

Apalah rupanya nanti kalau penggubal undang-undang sendiri pun langgar undang-undang?

Rafizi LEMBU Cakap Tak Ikut Fakta



On Petronas

Rafizi: Where did the RM235 bn paid by Petronas over the period of 2004-2008 go? How much was spent on education? Awarded to Cronies?

Others: RM273 bn. Echoed what Rafizi had asked.

Our response:

     First of all, the sum is RM235 bn and not RM273 bn.
     Monies earned by Government are channelled to treasury fund for Government to manage, irrespective of whether they are from Petronas or other sources. However, for purposes of comparison, RM137.1bn was spent on education or about 58.2% of Petronas’s contribution.

     We are very committed in educational investment, on average about 6% of GDP is spent on this sector or about 18% of the whole government budgeted expenditure.

     The period of 2004-2008 is also the time that the Government spend an annual average of RM27.4 bn on education alone, that is the highest ever from 1957 to 2005. From 2006 and above, the Government spend more than RM30 bn a year for this.

     But it is not just about education, during the same period RM74.9 bn was spent on subsidies, RM100 bn to pay back our loan, RM151.5 on public servant salaries and RM38.2 bn for pensioners.

     Is Rafizi saying that all rakyat who travel using cheaper petrol and do the cooking with subsidised cooking oil as cronies? Is Rafizi calling the whole students who benefitted from Government’s spending on tuition fees subsidies as cronies? Is Rafizi calling all government servants and pensioners as cronies? Is Rafizi calling all of our international lenders as cronies?

Turki

Isu turkey. Erdogan. To be charged. Links provided.

http://www.hurriyetdailynews.com/turkish-students-detentions-in-protests-draw-criticism.aspx?pageID=438&n=students8217-detentions-in-protests-draw-criticism-2011-10-06

http://www.hurriyetdailynews.com/skyrocketing-tuition-hikes-take-a-stab-at-students-pockets.aspx?pageID=438&n=skyrocketing-tuition-hikes-take-a-stab-at-students8217-pockets-2011-07-06

http://www.hurriyetdailynews.com/turkish-student-protesters-face-police-interference.aspx?pageID=438&n=student-group-clashes-with-the-police-in-ankara-2011-01-19


Program Pengupayaan

[1] Program Transformasi Ekonomi (ETP)

     Sasaran 10 tahun ETP sudah ditentukan dengan jelas : RM1.4 trilion pelaburan bagi menjana Pendapatan Negara Kasar (PNK) sebanyak RM1.7 trilion dan mewujudkan 3.3 juta jawatan penting menjelang 2020, daripada jumlah itu, 60 peratus adalah peluang pekerjaan untuk peringkat pendapatan pertengahan dan tinggi.

     Ini diterjemahkan sebagai PNK perkapita US$15,000 dan melonjakkan Malaysia sebagai negara berstatus berpendapatan tinggi.

    Ia juga mensasarkan pengurangan jurang pelaburan-simpanan daripada 12 peratus point pad 2010 kepada 2 peratus point pada 2020.

     Pada tahun pertama pelaksanaannya, momentum yang diwujudkan oleh ETP menghasilkan kesan besar serta-merta ke atas ekonomi dengan pelaburan swasta melepasi sasaran 2011 sebanyak 13 peratus untuk mencecah RM94 bilion dan PNK sebanyak empat peratus atau RM830 bilion.

     Keyakinan yang dicetuskan oleh ETP juga menyumbang kepada peningkatan pelaburan langsung asing sebanyak 12.3 peratus pada 2011 berbanding RM32.9 bilion pada tahun 2010, pencapaian tertinggi dalam tempoh 10 tahun.

     Dagangan berkembang 8.7 peratus kepada RM1.27 trilion pada 2011

     Mengenai pembiayaan awam, kerajaan mengutip RM25.3 bilion cukai tambahan hasil daripada peningkatan kecekapan. Defisit pada tahun 2011 sebanyak 5 peratus KDNK, mengatasi unjuran 5.4 peratus. Kerajaan yakin untuk menncatat matlamat bajet difisit 4.7 peratus tahun ini.

[2] Kurangkan kos sara hidup

     Bantuan Rakyat 1Malaysia sejumlah RM2.6 bilion diperuntukkan untuk 5.2 juta ketua isis rumah yang layak

     Kedai Rakyat 1Malaysia tawarkan barangan keperluan harian lebih murah antara 30 hingga 40 peratus berbanding di tempat lain yang mana bantu rakyat hadapi kos sara hidup terutama di kawasan bandar

     Pogram Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) diperluaskan ke semua institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di seluruh negara menjelang akhir tahun ini, bagi membolehkan 1.3 juta penuntutnya menikmati sarapan pagi pada harga serendah RM2 dan RM4 untuk hidangan tengah hari. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) juga mensasarkan lebih 250 produk jenama 1Malaysia di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dijual di premis dan koperasi di 20 universiti awam, 27 politeknik dan 78 kolej komuniti serta 500 IPT swasta dalam tempoh sama.

Sehingga 14 Mac lalu, sebanyak 1,480 premis, termasuk 103 kafeteria di 40 IPT menawarkan menu makanan itu. Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan menetapkan sasaran 3,000 premis menawarkan menu itu menjelang akhir 2012, sejajar inisiatif berterusan kerajaan membantu rakyat mengurangkan beban kos sara hidup yang meningkat, selain mengekalkan subsidi barang keperluan.

[2] BN Youth Job Fair

     Sejak siri BN Youth Job Fair dilancarkan pada Mac 2011 oleh YAB PM, sejumlah 24 ribu siswazah dan juga pencari kerja telah mendapat pekerjaan

[3] BN Youth Education Scholarship

     Tawarkan 100% pengecualian yuran pengajian bagi lebih 700 tempat melalui usaha sama perkongsian strategik (strategic partnership collaboration) dengan 12 IPTS terpilih

[4] Perumahan

     Skim Rumah Pertamaku
     Projek Perumahan 1Malaysia


Sumber: GAP

Kerajaan HamPAS Di Selangor


Sumber: UMNO-Online

Benarkah Petronas Beri Wang Pada Anwar?


Buku dalam talian The ‘I’ Files oleh Jonathan Smith yang membongkar kisah-kisah Anwar kini mula diperkatakan umum.   Seperti yang penulis sentuh sebelum ini, iaitu kebanyakan kisah yang diceritakan adalah rahsia umum, setidak-tidaknya bagi para pemerhati politik veteran seperti penulis. 

Kisah Anwar kahwin lari, bapa Wan Azizah mengamuk ingin menembak Anwar bukanlah sulit walaupun mungkin ramai anak-anak muda hari ini belum pernah mendengarnya.  Malah, kisah-kisah bagaimana beliau ditaja oleh kumpulan ektremis Islam, pendokong Wahhabi juga sudah pernah didedahkan.  

Penglibatan beliau dengan International Institute of Islamic Thought (IIIT) sememangnya diketahui ramai.  Apa yang menarik ialah Smith tidak pula (atau belum lagi) menghuraikan berkenaan IIIT secara terperinci.   Kita percaya bahawa lokasi IIIT di Langley, yang juga menempatkan pejabat CIA bukanlah satu kebetulan.  IIIT adalah diwujudkan oleh CIA.   Menurut beberapa sumber, hasil penyelidikan pemikiran umat Islam oleh IIIT digunakan oleh CIA untuk memanipulasi, melaga-lagakan dan memusnahkan negara-negara Islam secara halus dan tersusun.  

Melalui IIIT juga diwujudkan Muslim fanatik, Muslim liberal di seluruh dunia bagi mengekang Muslim fundamental iaitu yang berfahaman sederhana selaras dengan ajaran Islam sebenar. 

CIA tahu bahawa Muslim fanatik akan secara automatik akan bertelagah dengan Muslim fundamental.   Jika perlu, CIA akan menimbulkan isu melalui agen-agen mereka di negara-negara berkenaan, menyemarakkan kebencian sehingga memabawa kepada kekecohan dan mungkin juga perang saudara dan pemberontakan. 

Apabila negara-negara Islam mula lemah akibat pertelagahan sesama sendiri,   barat akan memberi sokongan, bantuan malah dana untuk mengembangkan fahaman liberal di negara-negara tersebut melalui berbagai sudut, bentuk dan cara. 

Maka kita wajar faham bahawa tajaan wang yang dikatakan diterima oleh Anwar dari kumpulan ektremis Islam tadi adalah berakar umbi dari barat, iaitu CIA juga - mungkin pada ketika itu, tanpa disedari oleh Anwar mahupun kumpulan-kumpulan ektremis Arab itu sendiri.  

Yang jelasnya, hari ini, kita tahu bahawa Anwar memang cukup sedar mengenai tangan-tangan CIA di dalam IIIT.   Tidak mungkin beliau tidak tahu kedudukan sebenar apabila namanya terletak sebaris dengan tokoh-tokoh Yahudi Zionis dan Muslim liberal di dalam beberapa pertubuhan yang berkait rapat dengan CIA.
Selain wang dari kumpulan ektremis Islam, Smith menyebut satu lagi punca kewangan Anwar yang mungkin belum pernah diketahui sebelum ini, iaitu Petronas. 

Dan bagi pihak rakyat Malaysia keseluruhannya, penulis yakin inilah yang menjadi persoalan utama yang timbul dari 4 bab buku ini.

Menurut Smith, data kewangan Petronas yang memusykilkan telah pun dibawa ke perhatiannya lama sebelum Anwar mula menunjukkan warna sebenar kepada Malaysia.   Pada mulanya, pekerja bawahannya telah mengesan penjualan minyak petronas dalam jumlah yang kecil, tetapi di bawah harga pasaran.  Namun, beliau telah menganggap bahawa ianya terlalu kecil untuk dikesan atau diberi perhatian pada waktu itu. 

Nama Hassan Marican kemudiannya muncul di dalam fail risikannya pada tahun 1990, sebagai seorang yang berkait rapat dengan Anwar yang merupakan juniornya di MCKK.   Menurut rekod juga, bapa Hassan pernah bekerja dengan bapa Wan Azizah pada tahun 1970an.  Anwar dikatakan membawa Hassan masuk ke Petronas dan menolaknya terus ke tampuk kuasa  tertinggi syarikat tersebut pada 1995.  

Tun Dr. Mahathir agak sangsi pada mulanya kerana Hassan baru berumur 43 tahun pada waktu itu, bagaimanapun, beliau mempercayai penilaian Timbalannya lalu bersetuju dengan perlantikan Hassan.

Memainkan harga minyak hanyalah perkara kecil bagi kedua-dua bekas MCKK ini.  Apa yang lebih hebat ialah bagaimana mereka membentuk rangkaian yang melibatkan pembinaan, pembelian dan perkhidmatan melalui Petronas yang bernilai berbillion pound. 

Dana dari rangkaian Wahhabi/CIA dan Petronas serta entah berapa billion lagi dari berbagai sumber lain itulah yang digunakan oleh Anwar Ibrahim yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada waktu itu, untuk membina sokongan dan empayar tersendiri sekali gus, menjatuhkan Tun Dr. Mahathir. 

Memandangkan Wahhabi atau CIA bukanlah perkara yang dekat dengan rakyat Malaysia, maka kita letakkan dua perkara ini ke tepi dan biarlah Anwar atau kerajaan atau entiti yang lebih besar menangani mereka. 

Sebagai rakyat marhaen, kita hanya ingin tahu apakah benar Petronas telah secara tidak langsung menaja seorang pengkhianat, peliwat dan penzina untuk menjadi Perdana Menteri negara kita?  Dan benarkah Hassan Marican terlibat sama? 

Petronas dan Hassan wajib menjawab kemusykilan rakyat.

Ambiga Finally Surrenders



After leading 25,000 people to the streets who shouted provoking words to the police that finally ended in chaos, injuries, damage of public properties and a lot of trash, Ambiga shamelessly denied any responsibility to anything at all.  Claiming she didn’t ask the protestors to act in terror, she absolutely has no regret whatsoever for refusing to accept the Stadium Merdeka to hold the supposedly ‘Sit Down Protest’.

She was expecting a good publicity and somewhat political mileage for the political parties that support her liberal cause.    She was hoping that BERSIH could help the liberals take power, one way or another.  Should she failed to do it through the streets, at least BERSIH would have painted the picture that the general election, whenever it is, is not clean and unfair and therefore, provides good reason to hold more protest or maybe even invite foreign interference that eventually would help change the government. 

She must have expected a great deal of condemnation from the government supporters but of course it would come with a fair coverage of her ‘strength and determination’.    So, after all the damage is done, she thought that she could have gone home and rest and enjoy listening to people talking about her ‘heroism’. 

She definitely didn’t expect that the ordinary people or the ‘nobodies’, would retaliate to the consequences that she had put them through, by making her life miserable. They didn’t do much, actually, accept put up stalls and danced a little in front of her house, but that’s enough to make her shiver. 

In her panic, she called them stupid, immature, jobless people who have nothing better to do.   She was angry that they disrupt the harmony of her neighbourhood and deny her the privacy and create tons of trash along the streets to her house.  

What she didn’t realize was that she did the same to them too, even worse, because she had caused them their daily-earnings.    She didn’t realize that there were residential apartments in Kuala Lumpur too – along the road that the stupid BERSIH ‘occupied’ on that 28th April 2012.  The residents in the apartments, the guests in the hotels who must have had better plans on that day were stranded, scared and most probably wondering why is this stupid woman Ambiga trying to tear a peaceful country apart and spoil their plans for the day?

Of course, Ambiga would defend herself by saying that it was only ‘one’ day.  But then, BERSIH 2.0 on 9th July 2011 was also ‘one’ day.  And we are sure that there would be another ‘one’ day later on as PAS is already singing the song.  So, who knows how many ‘one’ day would there be if this Ambiga wasn’t taught a good lesson?

One may say that the whole avenging act was childish but nevertheless, we congratulate the traders and the ordinary people who came up with the idea of practicing their rights to express their disapproval of BERSIH and doing it at the right place – in front of Ambiga’s house.    

Ambiga claimed to have represented the people and the ordinaries but then, face it, these are the people, the ordinaries who have never supported her cause.  There were police reports and calls for her to cancel the BERSIH rally and the calls were made by none other than the ordinary people. 

But did Ambiga listen to us? 

And when the hell did we elect her to represent us?  She definitely doesn’t represent me, and my family and my colleagues and my friends who now can’t even stand the sight of her. 

Whatever it is, thank God that she finally learns her lesson yesterday after 2 more groups came up to express their disapproval of BERSIH.  And so, she couldn’t take it anymore of the memos, the disturbance, or the ‘peaceful pasar-malam’  in front of her house.  And that’s just as far as this LGBT Goddess would go.  She cracked, under pressure.  

Ambiga finally apologized!  

Let’s not judge her sincerity and leave it at that or take it as it is. 

With this, we believe that Ambiga will never bother us, the ordinary Malaysians, ever again.   If she did, we can promise her that her neighbors would chase her away from their neighbourhood

Thursday, 24 May 2012

Selamat Juga Rumah AMBIGA




Majlis Bertindak Peniaga dan Penduduk Warga Kota membatalkan hasrat membuka gerai dan menjalankan perniagaan di depan kediaman Pengerusi Bersih 3.0, Datuk S Ambiga di Jalan Setiakasih, Bangsar, di sini petang semalam.

Pengerusinya, Datuk Jamal Md Yunos, berkata pembatalan itu dilakukan selepas pihaknya menyedari aktiviti perniagaan berkenaan tidak mendapat kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), selain tidak mahu menimbulkan sebarang kekecohan selepas lokasi berkenaan sudah diawasi pihak berkuasa.

Beliau yang tiba kira-kira jam 4.20 petang berkata, lima wakil sepakat menghantar surat bantahan kepada Datuk S Ambiga yang menuntut supaya penganjuran perhimpunan Bersih itu kembali bertaubat dan tidak menjadikan pasukan polis sebagai bahan cacian.

“Seramai 60 peniaga yang sudah membeli tapak gerai yang dibuka pada hari ini (semalam) hadir bagi menyatakan sokongan sekali gus mahu menuntut hak mereka sebagai peniaga.

“Memandangkan perancangan ini dibatalkan, saya menyeru supaya peniaga dan penyokong yang mengecam perhimpunan Bersih terdahulu tampil menyokong Bersih 4.0 - Cintakan Keamanan yang akan diadakan pada 23 Jun ini,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Menurutnya, pihaknya juga akan menambah bilangan kereta yang disediakan bagi cabutan bertuah pada hari berkenaan yang dijangka dihadiri lebih 150,000 orang di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sementara itu, Datuk Jamal turut menafikan pembabitan pihaknya dalam sekumpulan remaja yang tiba-tiba datang menyatakan sokongan mereka kepada Bersih 4.0 - Cintakan Keamanan.

“Saya tidak tahu siapa mereka ini kerana kami menjangkakan hanya kumpulan peniaga yang akan menyertai perhimpunan untuk membuka gerai dan berniaga,” katanya.

Difahamkan, kumpulan berkenaan adalah Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia yang diketuai Presidennya, Shahrul Nasrun Kamarudin dengan bilangan hampir 200 orang.

Kumpulan yang memakai baju kemaja-T putih itu turut menghantar risalah kepada Ambiga bagi menyatakan bantahan mereka kepada penganjuran Bersih 1,2 dan 3 selain menuntut permohonan maaf daripada pengerusi Bersih itu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, pihaknya menerima maklumat dua kumpulan berhimpun di depan Datuk S Ambiga termasuk kumpulan peniaga yang mahu membuka tapak gerai di kawasan itu.

Bagaimanapun perhimpunan itu berlaku secara aman malah pihaknya turut membeli peluang kepada kedua-dua kumpulan untuk menghantar sebarang memorandum sebelum mereka bersurai jam 5.20 petang.

Katanya, tiada sebarang kekecohan, kerosakan harta benda mahupun kecederaan dilaporkan.

Wednesday, 23 May 2012

MATLAMAT SEBENAR AMBIGA ANJUR BERSIH UNTUK HANCURKAN MELAYU


Keengganan Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Ambiga Sreenevasen untuk meminta maaf kepada rakyat Malaysia terhadap rusuhan yang berlaku semasa himpunan pada 28 April lalu, menunjukkan belang sebenarnya.

Rusuhan yang sepatutnya telah gagal menggerakkan hati kecilnya untuk menyedari dan mengaku kesilapan yang telah beliau dilakukan terhadap rakyat negara ini.

Sebaliknya Ambiga dengan angkuh dan bongkak berkata beliau hanya mahu meminta maaf kepada generasi muda kerana tidak berjuang dengan lebih gigih untuk prinsip-prinsip Bersih 3.0.

Dalam erti kata yang lebih mudah difahami, Ambiga bermaksud bahawa biarpun negara Malaysia yang dicintai terbakar atau punah sekali namun ini tidak penting.

Yang lebih penting Ambiga dan kuncu-kuncunya dari parti pembangkang berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional melalui demonstrasi jalanan dan keganasan.

Ambiga yang sudah menjadi sebati dengan jiwa pembangkang bercakap mengenai nilai-nilai murni seperti keadilan, ketelusan dan proses pilihan raya ang bersih tetapi hakikatnya apa yang mereka rancang dan laksanakan dalam tiga perhimpunan Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 adalah menyimpang dan jauh sekali nilai-nilai yang mereka perjuangkan.

Sebenarnya, penyokong-penyokong PAS dan PKR gagal memahami bahawa tujuan sebenar Ambiga ialah untuk memecah belahkan orang Melayu.

Perlu ditanya mengapa dalam dua himpunan yang telah diadakan sebelum ini amat sedikit sekali penyokong Cina yang hadir malah daripda kaum India boleh dibilang dengan jari.

Hanya pada Bersih 3.0, peserta Cina meningkat secara mendadak dan seolah-olah berani menunjukkan kekuatan mereka.

Ini semuanya adalah perancangan parti rasis DAP yang kini beryakinan mereka boleh mengalahkan BN dengan memperkudakan pemimpin serta penyokong dari kalangan orang Melayu daripada PAS dan PKR.

Ambiga bersama-sama DAP secara licik berpakat untuk memecah belahkan lagi orang Melau kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil kerana ini akan memudahkan mereka melaksanakan dasar pecah dan perintah.

Melayu yang bersatu tidak mungkin dapat dipatah kekuatan perpaduan yang ada tetapi Melayu yang lemah dan rapuh perpaduan mereka akan menjadi amat senang bagi pihak musuh untuk meratah mereka.

Anwar serta pemimpin PAS seperti Abdul Hadi dan Nik Aziz samada menyedari atau jahil terhadap senario yang membahayakan umat Melayu di negara ini telah menghulurkan leher mereka untuk disembelih oleh Ambiga dan DAP.

Tangan Anwar, Abdu Hadi dan Nik Aziz berlumuran dosa perpecahan Melayu disebabkan tindakan mereka bersekongkol dengan DAP.

Mereka patut bertanya kepada diri mereka sendiri, mengapa tidak seorang peserta Bersih 3.0 daripada kalangan kaum Cina pun yang didakwa berkaitan keganasan yang berlaku?

Mengapa gambar lebih 100 individu yang dikehendaki polis hanya terdiri daripada pemuda-pemuda berbangsa Melayu?

Jika benar orang Cina dan India ikhlas menegakkan keadilan, ketelusan dan proses pilihan raya yang bersih, mengapa orang Melayu sahaja yang sanggup berjuang berdepan dengan tindakan polis dan FRU?

Di manakah komitmen orang Cina dan India atau adakah mereka hanya merupakan golongan opportunis yang tidak sanggup berjuang tetapi menunggu untuk meraih hasil perjuangan orang Melayu sahaja?

Pemimpin Melayu seperti Anwar sanggup melacurkan maruah bangsa sendiri kerana cita-cita peribadi untuk menjadi Perdana Menteri, sekalipun negara tergadai.

Pemimpin PAS pula sanggup menjual islam sebagai komoditi murahan kepada DAP dan PKR hanya kerana gilakan kuasa dan pangkat.

Ambiga dan DAP pula mengeksplotasi sifat tamak dan gila kuasa yang bermaharajalela dan sanubari Anwar, Abdul Hadi dan Nik Aziz untuk memastikan orang Melayu akan terus bertelagah dan berpecah sehinggalah Tanah Melayu ini menjadai milik mereka suatu hari nanti.

Pada ketika itu objektif sebenar ketiga-tiga himpunan Bersih akan menjadi realiti kerana sememangnya pada masa itu ia akan menyapu bersih semua hak Melayu dan menjadikan bangsa ini sebagai pengemis di bumi mereka sendiri.