Belanjawan Kedah 2013 yang dibentangkan baru-baru ini, menunjukkan
anggaran hasil sebanyak RM640.55 juta manakala perbelanjaan pula dianggar
berjumlah RM656.5 juta. Ini menjadikan
menjadikan anggaran defisit fiskal negeri berjumlah RM15.95 juta. Bagaimanapun, anggaran ini dibuat secara
‘mimpi’ iaitu mungkin dicongak-congak sendiri oleh kepimpinan negeri tanpa
mengambilkira faktor realiti.
Jumlah defisit tersebut mengambilkira anggaran hasil dari jualan
air mentah kepada Syarikat Air Darul Aman (SADA) berjumlah RM33.8 juta dan juga
kepada kerajaan negeri Pulau Pinang berjumlah RM20 juta.
Seperti yang dikatakan, semua ini hanyalah ‘mimpi’ Dato’ Seri
Azizan Razak, Menteri Besar Kedah semata-mata.
Kita menyatakan ia sebuah mimpi kerana sehingga bajet tersebut
dibentangkan, Azizan hanya syok sendiri tersenyum-senyum mengenangkan hasil
yang bakal diperolehi tanpa mengambil langkah untuk merealisasikannya.
Mungkin Azizan tidak tahu bahawa bajet negeri bukannya untuk syok
sendiri, tetapi untuk kesejahteraan rakyat.
Apabila kita bermain dengan angka maka ia perlu ada logiknya kerana
angka matematik atau ekonomi bukannya perkara seni yang boleh dibentangkan
berdasarkan imaginasi. Kiraannya perlu
tepat dan bersandarkan fakta yang nyata.
Sekiranya ia diletakkan sebagai anggaran, maka anggaran juga perlu
dibuat berdasarkan logik.
Justeru, di manakah logik bajet yang dibentangkan Azizan jika
tiada sepatah perbincangan, tiada satu pun pertemuan atau sehelai pun surat
yang boleh dijadikan sandaran bagi anggaran hasil yang dibentangkan?
Amatlah menghairankan apabila selepas bajet tersebut dibentangkan
serta dikritik hebat, kerajaan negeri Kedah masih tidak mengambil langkah untuk
berbincang dengan kerajaan negeri Pulau Pinang berkenaan hasrat untuk
mengenakan bayaran kepada air yang dibekalkan kepada negeri tersebut.
Sebaliknya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, atau gelaran
terhormatnya, Tokong, hanya mengetahui akan hasrat Kedah ini melalui
pembentangan bajet tersebut. Tentu
sekali, Tokong Lim amat terkejut dan marah.
Dan sudah tentu sekali beliau tidak bersetuju kerana ia melibatkan
kerugian di pihaknya.
Amalan manusia biasa dalam berurusan jual beli, haruslah melalui
proses pertemuan atau perbincangan dan mungkin juga tawar menawar. Jika kedua-dua pihak bersetuju, barulah
urusan tersebut boleh diteruskan dan barulah proses anggaran jumlah kewangan
yang bakal terlibat boleh dibuat.
Apabila semua pihak berpuas hati, wang dan barangan pun bertukar tangan,
barulah ia dianggap selesai. Selagi
tidak selesai, ia masih dirujuk sebagai anggaran.
Namun, satu pun dari proses di atas tidak berlaku dalam isu
penjualan air ini, melainkan dalam mimpi Azizan.
Tindakan kerajaan negeri Kedah ini seolah-olah tidak beradab,
tidak beretika dan tidak professional.
Nampak benar yang Azizan dan pegawai-pegawainya kekok serta tidak tahu
di mana kedudukan mereka. Azizan
bukannya pegawai bawahan dan exco-exco negeri bukannya pekerja kilang atau
kerani kerajaan. Azizan wajib
mengadakan pertemuan dengan kepimpinan negeri Pulau Pinang apatah lagi apabila
kepimpinan negeri tersebut telah menempelak Azizan secara terbuka kerana isu
ini.
Apakah Azizan takut dengan Tokong Lim? Ini tidak mustahil kerana sudah termaklum
bahawa PAS amat takut kepada Tokong-tokong DAP serta rela memperhambakan diri
kepada mereka asalkan Tokong tidak menyepak PAS keluar dari Pakatan
Rakyat.
Jika kita lihat Azizan begitu garang dengan wartawan dan
orang-orang UMNO, kenapa Azizan tidak mampu membawa sikap yang sama dalam
bekerja? Di manakah keberanian Azizan
yang kita lihat di dalam televisyen itu?
Justeru benarlah desas-desus yang didengar mengenai Azizan yang
mempunyai masalah ‘inferiority complex’.
Buktinya, setelah empat tahun memerintah, Azizan langsung tidak pernah
mengambil masa untuk membuat perjumpaan dengan para pelabur asing di negeri tersebut. Jika di bawah BN, Menteri Besar Kedah
mengunjungi pelabur beberapa kali setahun bagi mendengar sendiri masalah
mereka, tetapi kini pelabur hanya berpeluang bertemu dengan wakil MB sahaja,
atas alasan MB sekarang bukan lagi Pengerusi kepada Kulim Technology Park
Corporation, syarikat pemaju projek tersebut.
Nampaknya, Azizan tidak tahu skop dan kapasitinya sebagai seorang
MB, jauh sekali memahami nilai signifikan satu-satu pelaburan langsung asing
kepada sebuah negeri.
Ramai yang berkata bahawa Azizan enggan berjumpa pelabur asing
kerana takut kelemahan beliau mengenai ekonomi dan pentadbiran negeri
terserlah. Begitu juga kesnya dengan
Tokong Lim, di mana Azizan bimbang beliau tidak mampu menangani proses
tawar-menawar yang bakal berlangsung dan Tokong akan melihat sendiri bahawa
Azizan tidaklah sehebat mana.
Sebenarnya, masalah ‘inferiority complex’ wujud dengan segar di
dalam PAS. Masalah itulah yang menjadi
akar kepada sifat mengalah PAS tatkala bersemuka dengan DAP. PAS tidak mampu berhujah dengan baik, dan
dengan yakin, kerana tidak punya pergaulan, pengetahuan dan pengalaman yang
luas, selain sifat rendah diri semulajadi yang ada di dalam diri orang
Melayu.
Kerana itu, PAS hanya berani dengan UMNO, iaitu yang satu bangsa
dengannya. PAS berdengki dengan UMNO
kerana walaupun sebangsa tetapi UMNO tampak lebih yakin dan bergaya serta tidak
kekok untuk bersaing. Bukan seperti PAS
yang hanya mampu bermegah soal agama, itupun separuh masak saja.
Justeru, secara tidak langsung rakyat di bawah kerajaan pimpinan
PAS juga terpaksa menurut jejak MB mereka melutut kepada Tokong. Jika di Kelantan mereka melutut pada Tokong
Ngeh dan Nga, di Kedah terpaksa berhadapan
dengan Tokong segala Tokong iaitu Lim Guan Eng. Bak kata seorang bekas pemimpin DAP,
seseorang tidak tentu lagi akan selamat dengan
menyembah begitu banyak tokong tetapi tidak menyembah Tokong yang satu
ini.
Jika beginilah keadannya, nampaknya jika PR menjadi kerajaan, kita
tidak mungkin akan berpeluang menyaksikan pemerintahan Ulama, tetapi
pemerintahan Tokong!
No comments:
Post a Comment