Monday, 21 January 2013

Isu Air Selangor. Syabas Cabar Khalid Gagap Lantik Juruaudit



Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) akan memberi kerjasama kepada juruaudit yang dilantik kerajaan Selangor bagi mengaudit operasi Syabas khususnya dalam isu rumah pam Wangsa Maju.

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas Abdul Halem Mat Som berkata Syabas telah menerima makluman berhubung pengauditan itu daripada kerajaan Selangor pada 15 Jan.

"Syabas tidak mempunyai masalah untuk memberikan kerjasama sepanjang tempoh pengauditan," katanya dalam satu kenyataan hari ini yang turut menjelaskan beberapa perkara yang dibangkitkan kerajaan Selangor berkaitan bekalan air di Lembah Klang menerusi media baru-baru ini.

Antaranya mereka mendakwa Syabas enggan melaksanakan pengagihan bekalan air berjadual seperti dipersetujui Jawatankuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor pada 8 Jan lepas.

Menurut Abdul Halem, kaedah membekalkan air mengikut jadual hanya akan dilaksanakan sekiranya tiada alternatif lain dan langkah itu bukan penyelesaian menyeluruh.

"Syabas melaksanakan alternatif lebih berkesan dengan memasang paip pintasan bagi penyelesaian jangka masa panjang dalam waktu yang lebih singkat di mana berjaya membantu membekalkan air ke tempat-tempat terjejas dalam masa kurang dari seminggu," katanya.

Beliau berkata Kerajaan negeri juga mendakwa Syabas enggan menghantar wakil ke Bilik Gerakan Berpusat oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya bagi memantau pengendalian bekalan air kepada pengguna terlibat.

Katanya ketika kejadian, Syabas telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) bagi memantau situasi bekalan air secara berterusan termasuk menubuhkan bilik gerakan di Ibu Pejabat Syabas dan pejabat wilayah-wilayah yang terlibat dengan masalah itu.

Sebanyak 950 warga kerja Syabas bekerja secara bergilir-gilir selama 24 jam bagi memantau situasi bekalan air serta membantu membekalkan air kepada pengguna menerusi lori tangki dan tangki statik, katanya.

Menyentuh mengenai edaran air botol sebanyak 400 botol dan air kotak sebanyak 500 kotak oleh Konsortium Abass Sdn Bhd, Abdul Halem berkata Syabas tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.

"Walau bagaimanapun, setakat pukul 7 pagi 16 Januari lepas, Syabas telah menghantar bantuan bekalan air melalui lori tangki sebanyak 3,578 trip penghantaran serta 1,000 botol air (lima liter) setiap satu kepada penduduk di Bandar Tun Razak," katanya.

Sumber: Kita Gempur

Sengsara Buat Rakyat Tapi Kerajaan Selangor Cuba Tangguk Untung Politik


Kerajaan Selangor digesa tidak terus bermain politik melampau dengan menjadikan rakyat mangsa dalam isu kemelut air di negeri ini sebaliknya serius untuk mencari jalan penyelasaian agar isu ini tidak berpanjangan.


Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selangor, Safarizul Mustafa berkata sejak awal krisis air ini berlaku kerajaan Selangor hanya tahu menuding jari menyalahkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sedangkan faktanya jelas amaran tentang krisis ini telah dimaklumkan sejak beberapa tahun yang lalu.

“Jelas dan rakyat sedia maklum bahawa kerajaan negeri bertanggungjawab sepenuhnya masalah air yang dihadapi rakyat kerana kerajaan negeri sendiri menguasai Syabas dengan pegangan 30% saham dalam Syabas yang diwakili oleh anak syarikat mereka, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan Kumpulan Perangsang.

“Tetapi apa yang kita kesalkan hari ini, pakatan pembangkang terutama Kerajaan Selangor hanya menjadikan isu sebagai peluang untuk memanipulasi fakta dengan menyatakan Syabas sebagai beg penumbuk,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ampang.

Tambah beliau lagi kerajaan Selangor jelas tidak meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan tetapi menjadikan rakyat bahan politik untuk agenda mereka menjelang pilihanraya umum ke 13 ini.

“Jika kita lihat hari ini, ramai ibu-ibu tua, ataupun orang-orang tua yang terpaksa turun naik membawa baldi semata-mata untuk mendapatkan air.

“Ini harus dilihat sebagai serius oleh kerajaan negeri kerana banyak janji-janji yang dijanjikan kepada rakyat, jadi jika janji keperluan asas ini pun tak mampu mereka tangani dengan baik, macam mana mereka nak tunaikan banyak lagi janji-janji mereka sebelum ini”, katanya.

Justeru beliau menyeru agar rakyat terutama pengundi di negeri ini agar membakulsampahkan sahaja segala manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

“Ini kerana pakatan pembangkang sendiri menyatakan bahawa manifesto itu bukan janji. Kalau ia bukan janji maka nyatalah manifesto pembangkang hanyalah gula-gula pilihan raya semata-mata kerana akhirnya janji-janji itu akan hanya tinggal janji kosong”, ujarnya.

Sunday, 20 January 2013

Isu Air: Azizan Tak Berani Mengadap Guan Eng


Belanjawan Kedah 2013 yang dibentangkan baru-baru ini, menunjukkan anggaran hasil sebanyak RM640.55 juta manakala perbelanjaan pula dianggar berjumlah RM656.5 juta.  Ini menjadikan menjadikan anggaran defisit fiskal negeri berjumlah RM15.95 juta.   Bagaimanapun, anggaran ini dibuat secara ‘mimpi’ iaitu mungkin dicongak-congak sendiri oleh kepimpinan negeri tanpa mengambilkira faktor realiti. 

Jumlah defisit tersebut mengambilkira anggaran hasil dari jualan air mentah kepada Syarikat Air Darul Aman (SADA) berjumlah RM33.8 juta dan juga kepada kerajaan negeri Pulau Pinang berjumlah RM20 juta. 

Seperti yang dikatakan, semua ini hanyalah ‘mimpi’ Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah semata-mata.  Kita menyatakan ia sebuah mimpi kerana sehingga bajet tersebut dibentangkan, Azizan hanya syok sendiri tersenyum-senyum mengenangkan hasil yang bakal diperolehi tanpa mengambil langkah untuk merealisasikannya. 

Mungkin Azizan tidak tahu bahawa bajet negeri bukannya untuk syok sendiri, tetapi untuk kesejahteraan rakyat.  Apabila kita bermain dengan angka maka ia perlu ada logiknya kerana angka matematik atau ekonomi bukannya perkara seni yang boleh dibentangkan berdasarkan imaginasi.    Kiraannya perlu tepat dan bersandarkan fakta yang nyata.  Sekiranya ia diletakkan sebagai anggaran, maka anggaran juga perlu dibuat berdasarkan logik. 

Justeru, di manakah logik bajet yang dibentangkan Azizan jika tiada sepatah perbincangan, tiada satu pun pertemuan atau sehelai pun surat yang boleh dijadikan sandaran bagi anggaran hasil yang dibentangkan?  

Amatlah menghairankan apabila selepas bajet tersebut dibentangkan serta dikritik hebat, kerajaan negeri Kedah masih tidak mengambil langkah untuk berbincang dengan kerajaan negeri Pulau Pinang berkenaan hasrat untuk mengenakan bayaran kepada air yang dibekalkan kepada negeri tersebut. 

Sebaliknya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, atau gelaran terhormatnya, Tokong, hanya mengetahui akan hasrat Kedah ini melalui pembentangan bajet tersebut.   Tentu sekali, Tokong Lim amat terkejut dan marah.  Dan sudah tentu sekali beliau tidak bersetuju kerana ia melibatkan kerugian di pihaknya.

Amalan manusia biasa dalam berurusan jual beli, haruslah melalui proses pertemuan atau perbincangan dan mungkin juga tawar menawar.  Jika kedua-dua pihak bersetuju, barulah urusan tersebut boleh diteruskan dan barulah proses anggaran jumlah kewangan yang bakal terlibat boleh dibuat.  Apabila semua pihak berpuas hati, wang dan barangan pun bertukar tangan, barulah ia dianggap selesai.  Selagi tidak selesai, ia masih dirujuk sebagai anggaran. 

Namun, satu pun dari proses di atas tidak berlaku dalam isu penjualan air ini, melainkan dalam mimpi Azizan.   

Tindakan kerajaan negeri Kedah ini seolah-olah tidak beradab, tidak beretika dan tidak professional.   Nampak benar yang Azizan dan pegawai-pegawainya kekok serta tidak tahu di mana kedudukan mereka.  Azizan bukannya pegawai bawahan dan exco-exco negeri bukannya pekerja kilang atau kerani kerajaan.   Azizan wajib mengadakan pertemuan dengan kepimpinan negeri Pulau Pinang apatah lagi apabila kepimpinan negeri tersebut telah menempelak Azizan secara terbuka kerana isu ini. 

Apakah Azizan takut dengan Tokong Lim?  Ini tidak mustahil kerana sudah termaklum bahawa PAS amat takut kepada Tokong-tokong DAP serta rela memperhambakan diri kepada mereka asalkan Tokong tidak menyepak PAS keluar dari Pakatan Rakyat.  
Jika kita lihat Azizan begitu garang dengan wartawan dan orang-orang UMNO, kenapa Azizan tidak mampu membawa sikap yang sama dalam bekerja?   Di manakah keberanian Azizan yang kita lihat di dalam televisyen itu? 
Justeru benarlah desas-desus yang didengar mengenai Azizan yang mempunyai masalah ‘inferiority complex’.   Buktinya, setelah empat tahun memerintah, Azizan langsung tidak pernah mengambil masa untuk membuat perjumpaan dengan para pelabur asing di negeri tersebut.  Jika di bawah BN, Menteri Besar Kedah mengunjungi pelabur beberapa kali setahun bagi mendengar sendiri masalah mereka, tetapi kini pelabur hanya berpeluang bertemu dengan wakil MB sahaja, atas alasan MB sekarang bukan lagi Pengerusi kepada Kulim Technology Park Corporation, syarikat pemaju projek tersebut. 
Nampaknya, Azizan tidak tahu skop dan kapasitinya sebagai seorang MB, jauh sekali memahami nilai signifikan satu-satu pelaburan langsung asing kepada sebuah negeri.  

Ramai yang berkata bahawa Azizan enggan berjumpa pelabur asing kerana takut kelemahan beliau mengenai ekonomi dan pentadbiran negeri terserlah.   Begitu juga kesnya dengan Tokong Lim, di mana Azizan bimbang beliau tidak mampu menangani proses tawar-menawar yang bakal berlangsung dan Tokong akan melihat sendiri bahawa Azizan tidaklah sehebat mana.  

Sebenarnya, masalah ‘inferiority complex’ wujud dengan segar di dalam PAS. Masalah itulah yang menjadi akar kepada sifat mengalah PAS tatkala bersemuka dengan DAP.  PAS tidak mampu berhujah dengan baik, dan dengan yakin, kerana tidak punya pergaulan, pengetahuan dan pengalaman yang luas, selain sifat rendah diri semulajadi yang ada di dalam diri orang Melayu.  

Kerana itu, PAS hanya berani dengan UMNO, iaitu yang satu bangsa dengannya.   PAS berdengki dengan UMNO kerana walaupun sebangsa tetapi UMNO tampak lebih yakin dan bergaya serta tidak kekok untuk bersaing.   Bukan seperti PAS yang hanya mampu bermegah soal agama, itupun separuh masak saja. 

Justeru, secara tidak langsung rakyat di bawah kerajaan pimpinan PAS juga terpaksa menurut jejak MB mereka melutut kepada Tokong.  Jika di Kelantan mereka melutut pada Tokong Ngeh dan Nga, di Kedah terpaksa  berhadapan dengan Tokong segala Tokong iaitu Lim Guan Eng.   Bak kata seorang bekas pemimpin DAP, seseorang tidak tentu lagi akan selamat dengan  menyembah begitu banyak tokong tetapi tidak menyembah Tokong yang satu ini. 

Jika beginilah keadannya, nampaknya jika PR menjadi kerajaan, kita tidak mungkin akan berpeluang menyaksikan pemerintahan Ulama, tetapi pemerintahan Tokong!

Friday, 11 January 2013

Apa Hebatnya Shamsidar..... Mengapa Dia Begitu Istimewa??



Apa istimewanya Shamsidar nie … Perghhh, mesti hebat awek nie kan … jom layan di sini.


Harun Taib Buktikan PAS Sembah Allah, tapi hamba Tokong



Nampaknya dengan hanya satu ucapan Hari Krismas oleh Tokong Lim, DAP akhirnya berjaya menggunakan nama Allah untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu tanah Kelantan yang tidak mampu ditepis oleh Nik Aziz mahupun Ngeh dan Nga.   Nik Aziz tentunya merasa lega dan terhutang budi dengan Tokong Lim.  

Isu Kalimah Allah ini juga berjaya meredakan sedikit isu Amanat Hadi yang melemaskan Hadi Awang, walaupun tidak mampu menguburkannya bersama mereka-mereka yang telah dikuburkan dalam keadaan dikafirkan oleh saudara-mara, anak-anak atau ibubapa sendiri.   Oleh itu, Haji Hadi juga tentu turut merasa lega dan turut terhutang budi dengan Tokong Lim. 

Bagi memastikan kelegaan itu berpanjangan, PAS cuba bermain kata-kata dengan memutarbelit  kenyataan sendiri dalam menyatakan pendirian parti itu terhadap perjuangan DAP untuk menyebarkan Injil berbahasa Melayu serta menggunakan nama Allah di dalam risalah dan kitab agama Kristian.   Harapan mereka, isu ini akan menenggelamkan terus isu lain yang menyesakkan mereka, sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya.

Jika dirujuk laporan-laporan serta kenyataan pemimpin PAS yang disiarkan oleh laman web rasmi dan tidak rasmi pembangkang di tahun yang lepas-lepas, kita akan dapati bahawa PAS tegas dan konsisten membenarkan Injil berbahasa Melayu dan juga kalimah Allah digunakan dalam risalah dan kitab Kristian dengan syarat ia tidak disalah-gunakan.  Alasan PAS ialah bagi menjaga keharmonian serta membuktikan yang Islam, atau parti mereka, bersifat terbuka berbanding UMNO.  

Tetapi, PAS tidak pernah memperincikan maksud ‘salah-guna’ serta tidak menyatakan langkah-langkah untuk memastikan ia tidak disalah-guna dan apa yang dapat dan boleh dilakukan sekiranya ia tetap disalahguna?    Mudah bagi PAS mendesak kerajaan membenarkan kalimah Allah dan injil berbahasa Melayu diedar, tetapi apabila ia disalahguna, tuding pula telunjuk kepada kerajaan.  Apabila kerajaan mengambil tindakan terhadap kes Melayu yang telah berjaya dimurtadkan akibat penyalahgunaan ini, PAS mengambil sikap berdiam diri dan berselindung di sebalik gereja sehingga sanggup memecat Dato’ Dr. Hasan Ali yang membongkarnya. 

Hari ini, PAS turut konsisten untuk terus bermain dengan kata-kata, berbelit-belit dan berpusing-pusing untuk memberi ruang kepada puak Kristian memanipulasi kalimah Allah.   Untuk itu, Harakahdaily melaporkan kenyataan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib bahawa MStar telah tersalah melaporkan kenyataannya yang bertajuk: ‘Ulama PAS tetap tidak setuju bukan Islam guna kalimah Allah’ pada 9 Januari 2013.  

Menurut Harun Taib, tajuk yang betul mengenai kenyataannya sepatutnya ditulis begini:  ‘Ulamak PAS tetap tidak setuju bukan Islam guna kalimah Allah di dalam kitab mereka bagi menggantikan perkataan God'.

Inilah kenyataan paling ‘busuk’ yang pernah keluar dari mulut seorang yang mengangkat diri sendiri sebagai Ulama.   

Soal, Kalimah Allah merujuk kepada perkataan ‘God’ di dalam Injil tidak pernah timbul dalam mana-mana kenyataan PAS yang menyokong DAP dalam isu ini, sebelum ini.  Ianya kerana, ia sudah difahami dan tidak perlu diperjelaskan lagi bahawa kalimah Allah itu digunakan untuk merujuk kepada Tuhan atau ‘God’ dalam kitab dan risalah Kristian.  Inilah isunya, jika tidak tidak mungkin ia menjadi isu. 

Agak-agak Harun Taib, jika bukan untuk menggantikan perkataan ‘God’ untuk apakah puak DAP Kristian ini ingin menggunakan kalimah tersebut?   Sekadar sebutan?  Atau untuk merujuk kepada benda-benda lain?  Bukankah ini lebih teruk dan lebih sesat lagi?  Takkanlah Harun Taib bermaksud bahawa jika kalimah itu dirujuk kepada benda lain maka ia tidak apa? 

Apakah yang Harun Taib cuba belitkan ini?  Kalau ya pun ingin membelit, janganlah dibelit diri sendiri.  

Hakikatnya, sama ada kalimah Allah dirujuk kepada Nabi Isa (Jesus), atau Tuhan Bapa, atau Holy Spirit, ia tetap merupakan satu penyalahgunaan kerana kesemua itu dirangkumkan oleh Kristian sebagai satu elemen yang dianggap Tuhan (God).   

Kenyataan Harun Taib membuatkan kita hairan, kenapa begitu cetek sekali pengetahuan seorang yang bergelar Ulama mengenai agama-agama langit yang ‘berselisih’ dengan Islam?  Bukankah bagi mendapatkan ‘hak’ untuk memakai gelaran Ulama, seseorang itu perlu mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidangnya, siap dengan kajian terperinci dan idea-idea yang bernas untuk dirujuk, dibahas atau dikaji semula oleh orang lain?

Jika inilah tahap seorang Ketua Ulama, maka tidak hairanlah bagaimana seorang yang bergelar Tokong juga mampu mempermainkannya sekali gus kesemua mereka yang hanya melangut dan menelan apa saja kata-kata ‘Ketua Ulama’ tersebut.  

Jangan nanti, kerana terlalu ingin menjaga hati Tokong, maka PAS pula yang keliru antara ‘Jesus’ dan ‘Allah’.  PAS perlu pastikan bahawa dalam mereka menyembah Allah SWT, jangan pula mereka menjadi hamba kepada Tokong. 



Saturday Rally Is To Sir Emotons And Let Loose Supporters- Will It Be Taharin Square?


A last attempt to garner support and clean up all their acts the past few years, Pakatan expected some one million people, their supporters as they claimed, to flood the stadium.

Pakatan wants the Saturday (January 12) rally or gathering to be the biggest ever as a show of force to convince Malaysian voters that they are strong as can topple the present BN government.

What Pakatan does at present is psychology – they want Malaysians to think they have the majority support through the gathering – which can influence those on the fence if these group of voters are immature and unwise.

Pakatan, especially Anwar Ibrahim, have all the while been lying to the voters, raising make-believe issues which only he and his partners in Pakatan specialized in that created lots of doubts and distrusts towards the ruling BN.

Failures in all the attempts, they now organize one last attempt, a mammoth attempt, to ‘hammer the last nail in the coffin’ which they had unconsciously prepared for themselves.

The rally has been planned to show force and the possibility is there they would just walk the streets of Kuala Lumpur after that as this is what they wanted after stirring up emotions during the talks in the stadium.

Stirring emotions is Anwar’s specialization as he has been a rebel rouser all along and Saturday’s rally is his final attempt to raise the emotions of supporters to the highest level and after that, let them be on the loose.

Pakatan wants it to be a Tahrin square of Malaysia – in other words the general election need not be held when the people from the stadium stage an uprise – simple and easy.

What else can they think of since all attempts failed and further attempts of lying would erode confidence more as voters continue to analyse and read in-between the acts.

Voters are now no more gullible as in 2008 and Anwar and Pakatan leaders know this given the wrongs and mistakes they made in states they rule since 2008.

Pakatan’s attempts discredit and tarnish Najib Tun Razak and his administration since 2009 when Najib took over the Prime Ministership have backfired as Anwar’s lies unfolded one-by-one without Najib having to go to the courts or fighting back in earnest.
Last of Pakatan’s lie was the Prime Minister had a ‘little stroke’ which majority Malaysians taking it as a joke that reflected Anwar’s stupidity and desperation.

Thus the Saturday’s rally, which venue is now the subject of argument, is to stir up emotions to the highest level and then let ‘nature takes its course’.
The one million expected may not even reach a figure of 100,000 but Pakatan as always, will blame the relevant authorities for preventing supporters from participating.

So this accusation may also be an issue that Anwar will raise to stir up emotions on Saturday.

Whether Pakatan’s strategy will succeed or not is yet to be seen but the logical facts leading to Saturday’s rally are there for every sane and sensible voters to see.

Whether Saturday will be a Taharin Square or not, it is up to Malaysians to think and analyse. - BB