Tuesday, 3 April 2012

CAT Kerajaan DAP Pulau Pinang Ibarat Bunyi Kucing ‘Meow Meow’


Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP bersama dengan pakatan pembangkang telah terbukti gagal menjalankan tanggungjawabnya bukan saja sebagai pentadbir tetapi juga tidak melaksanakan amanah yang telah diberikan oleh pengundi untuk menjaga kebajikan dan keselesaan masyarakatnya.

Ketua UMNO Bahagian Tanjong, Datuk Ahmad Ibinihajar menegaskan bahawa saban hari pasti ada saja keluhan yang didengar daripada rakyat malahan beliau sendiri turut merasai kepincangan kerajaan negeri yang hanya pandai bercakap.

“Sebelum PRU ke-12 macam-macam tuduhan pembangkang buat pada Barisan Nasional (BN) tetapi selepas mereka mendapat kuasa maka kita sendiri boleh lihat dan tunjukkan dengan bukti yang jelas bahawa bukan mudah untuk mentadbir negeri sebagaimana yang telah dilakukan oleh BN selama ini,” katanya kepada UMNO-Online.

Jelas beliau, kepimpinan DAP dengan Menteri Besarnya Lim Guan Eng terlalu bias selain sentiasa mengamalkan sikap rasis bukan saja kepada para peniaga malahan bantuan persekolahan dan rakyat tempatan turut dipinggirkan juga.

“Mereka menggunakan slogan CAT (Cekap, Akauntibiliti dan Telus) tetapi apa yang mereka praktikkan sama macam cat (kucing) yang hanya tahu berbunyi ‘meow’ dan tak ada apa-apa yang dilaksanakan sebagaimana slogan itu sendiri,” tegasnya.

Tambahnya, persekitaran negeri Pulau Mutiara terbabit telah banyak berubah dengan suasana kesesakan bukan hanya dijalan-jalan raya tetapi juga di bahu-bahu jalan yang penuh dengan kenderaan diletakkan sesuka hati tanpa ada seliaan atau penyelenggaraan daripada pihak bertanggungjawab.

“Pemimpin DAP bercakap soal pelaburan dan pelancongan sedangkan semua itu bukan datang dalam tempoh masa terdekat ini tetapi sebenarnya ia adalah hasil daripada pentadbiran kerajaan BN terdahulu yang menjadikan negeri tersebut makmur, aman dan mendamaikan sebaliknya hari ini ia bukan lagi begitu.

“Kerajaan DAP tidak ambil peduli keperitan yang dirasa oleh rakyat bawahan apatah lagi jika mereka ini bukan dari kelompok mereka maka permasalahan yang dikemukakan tidak akan diambil peduli sehinggakan kesan tersebut turut dirasai bahangnya oleh para peniaga yang melabur di negeri ini semasa pentadbiran BN dulu.”

Sumber: MediaUMNO

No comments:

Post a Comment