Apa tidaknya, saban hari ada sahaja berita mengenai anak muda
berusia 34 tahun ini mencuri berita sensasi muka depan media, blog-blog dan
laman web-laman web pembangkang.
Di kalangan pemimpin PKR dan Di kalangan pemimpin PKR dan
sesetengah tokoh Pakatan Rakyat, Rafizi kini dilihat sebagai hero.
Nama beliau mula mendapat perhatian setelah memainkan isu projek
penternakan lembu National Feedlot Corporation sehingga di beri nama jolokan
'Mr NFC'.
Malah Anwar menatang beliau bagaikan minyak yang penuh sehingga
melantiknya sebagai Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri
Selangor dengan gaji nag dikatakan mencecah lebih RM30,000 sebulan.
Penonjolan beliau yang dikatakan agak berlebihan sehingga
membayangi tokoh-tokoh parti lain yang tidak kurang hebatnya dikatakan telah
menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka.
Walaupun dihadapan Anwar mereka menunjukkan sikap hipokrit dengan
budaya cium tangan, namun di belakang pemimpin kedengaran suara kutuk mengutuk,
sindir menyindir yang ditujukan kepada Anwar dan Rafizi.
Untuk memahami kenaikan mendadak Rafizi dalam PKR, harus difahami
sedikit sejarah dan latar belakang hubungan Rafizi dan Anwar terlebih dahulu.
Rafizi mula mendapat perhatian Anwar ketika bekas pelajar Kolej
Melayu Kuala Kangsar (dimana Anwar juga pernah menuntut) itu melanjutkan
pelajaran ke United Kingdom pada tahun 1995 atas biasiswa Petronas.
Bagaimana detik pertama pertemuan atau jalinan hubungan Anwar
dengan Rafizi tidak berapa jelas namun ketika Anwar memegang jawatan Timbalan
Perdana Menteri, pernah dikatakan beliau meluru menaiki pesawat untuk menemui
Rafizi di London setelah mendapat "panggilan cemas" dari anak muda
kelahiran Terengganu itu.
Apa yang menyebabkan Anwar meninggalkan tugas dan tanggungjawab
rasminya kepada negara untuk berjumpa dengan budak berumur 19 tahun ketika itu
tidak pula diketahui.
Apa yang diketahui Anwar begitu mengambil berat terhadap Rafizi
yang ketika agak "cute" dan pria yang manis mukanya.
Mungkin sebab kepandaian Rafizi dalam bidang akademik yang menjadi
tarikan kepada Anwar.
Namun timbul tanda tanya apabila Anwar sanggup men'sponsor' majlis
makan sempena perkahwinan Rafizi di kediamannya di Bukit Segambut kira-kira 4-5
bulan lalu.
Perkara ini tidak pernah dilakukan oleh Anwar terhadap mana-mana
pimpinan PKR yang lain sehingga timbul cakap-cakap belakang mereka yang hadir
pada majlis tersebut, "Aku kahwin dah le dia (Anwar) tak datang, inikan
pula nak sponsor, perggh hebat Rafizi!" begitulah lebih kurang gosip
ahli-ahli PKR.
Pemilihan parti dua tahun lalu, Anwar mahukan Rafizi menggantikan
Shamsul Iskandar sebagai Ketua AMK, namun Rafizi terpaksa undur kerana Shamsul
tidak mahu mengalah.
Ini menyebabkan hubungan Anwar dan Shamsul dingin semenjak itu
kerana tidak mahu memberi laluan kepada anak emasnya.
Sebagai ganti, Anwar melantik Rafizi sebagai ketua stafnya di
pejabat beliau dan melantiknya ke salah satu jawatan yang amat penting dalam
parti iaitu Pengarah Strategik.
Sejak itu Anwar seolah-olah hanya mengharapakan Rafizi seorang
sahaja dalam PKR untuk mengadakan sidang media, mengeluarkan kenyataan akhbar
dan sebagai jurucakap parti.
Tenggelam semua pemimpin parti yang lain termasuk Azmin, Shamsul,
Saifuddin, Zuraida, Nurul Izzah di bawah bayangan Rafizi.
Mungkin juga Anwar sedang merancang untuk menaikkan rafizi ke
posisi yang lebih tinggi di dalam parti.
Dengar khabarnya, kawasan parlimen Pandan yang sekian lama menjadi
idaman Zakaria atau Zek (bekas pengurus bolasepak Selangor sehingga dipecat
oleh Khalid Ibrahim) telah dengan senangnya diberi kepada Rafizi.
Setelah lebih 10 tahun bertungkus lumus membina kekuatan dan
sokongan parti di kawasan itu, semua jasa dan sumbangan Zek dicampak oleh Anwar
begitu sahaja tanpa sebarang rasa terima kasih dan pengiktirafan kepada seorang
pejuang parti.
Inilah cara PKR menghargai sumbangan dan penat jerih
penyokong-penyokongnya - guna dan buang!
No comments:
Post a Comment