Seperti
yang telah di duga, Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong tidak akan berdepan
dengan sebarang masalah untuk menyingkirkan mantan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo
Cheng Hau. Dia telah dipilih oleh jawatankuasa DAP negeri Johor yang baharu
sejurus selepas konvensyen tahunan parti itu yang ke-17 yang diadakan semalam.
Paling
menarik, ramai pemerhati politik melihat kejayaan Chin Tong menewaskan Cheng
Hau itu, sebagai 'kemenangan' Setiausaha Agung dan Penasihat DAP Lim Guan
Eng serta Lim Kit Siang yang memang telah lama berhasrat ingin menyingkirkan
pengaruh dan kuasa bekas Pengerusi DAP Johor itu.
Terdahulu,
seramai 303 daripada 528 perwakilan yang hadir pada konvensyen parti itu, telah
memilih 15 anggota jawatankuasa DAP Johor daripada 23 calon yang menawarkan
diri. Pada pemilihan itu, Cheng Hau telah memperoleh 219 undi untuk berada di
tempat ke-10 manakala Chin Tong hanya mampu berada di tempat ke-14 dengan 185
undi.
Persoalannya
ialah, bagaimanakah mereka yang hanya mampu menduduki tempat ke-14 (hampir
tersingkir) boleh terpilih sebagai Pengerusi Negeri yang baharu? Sedangkan
kalau dikira mengikut undi majoriti (popular votes), Chin Tong jelas tidak
layak untuk menerajui kepimpinan peringkat negeri.
Bukankah
mereka sebelum ini begitu berbangga dengan teori undi popular yang dijadikan
hujah kononnya secara majoriti rakyat telah memilih pembangkang dalam
pilihanraya umum yang lalu?
Jadi
mengapa pendekatan yang sama tidak diguna-pakai dalam sistem ‘pemerintahan’ DAP?
Apakah ia bermaksud pendekatan ‘undi popular’ bukanlah kayu pengukur
kepada lambang demokrasi seperti yang diwar-warkan sebelum ini?
Menurut Timbalan
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Hamim Samuri ketika diminta
mengulas perkembangan politik Johor ini menjelaskan pertandingan itu sebenarnya
merupakan pertembungan antara dua kumpulan besar di dalam DAP Johor. Ini kerana
ia melibatkan antara Cheng Hau sebagai veteran DAP dan kumpulan ‘Dinasti
Lim’ yang diwakili oleh Chin Tong.
“Penyokong
DAP ini buta, dah memang jelas parti itu tidak menampakkan sebarang ketelusan.
Sebagai contoh yang mengundi di dalam pemilihan baru-baru ini pun hanya separuh
dari perwakilan.
“Persoalannya
mana pergi yang selebihnya. Malah sudah ada banyak rungutan kerana tidak dapat
hadir untuk mengundi, kerana tidak mendapat sebarang surat jemputan dan
sebagainya” katanya.
Hamim
turut menjelaskan ia secara tidak langsung membuktikan bahawa parti itu sedang
cuba mewujudkan satu pemerintahan ala Dinasti, di mana Kit Siang pada ketika
ini sedang cuba untuk menguatkan pengaruh dan sokongan ahli parti itu terhadap
anaknya.
Sudah
enam Perdana Menteri Malaysia bertukar namun Kit Siang yang sudah berada dalam
arena politik sejak zaman Perdana Menteri pertama masih tidak lagi sanggup
melepaskan kuasa.
DAP
selalu menyelar Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai seorang yang gila kuasa namun
sudah satu dekad beliau bersara dalam politik apabila tidak lagi bertanding
dalam pilihan raya sejak 2003 selain melepaskan jawatan sebagai Perdana
Menteri.
Namun Kit
Siang masih lagi beria-ria bertanding dalam pemilihan DAP selain bertanding
dalam pilihan raya umum serta masih memegang jawatan sebagai penasihat DAP.
Paling
mengejutkan juga, mana-mana pemimpin yang dilihat tidak sehaluan atau
mengkritik kepimpinan ‘Dinasti Lim’ akan segera
disingkirkan atau dipecat. Sejak PRU13, DAP telah memecat seramai 38 ahli hanya
kerana mereka tidak sehaluan dengan pemimpin tertentu dalam DAP.
Contohnya
pemimpin DAP India dari Johor, Murugan A. Kaliappan dan Thulasi Das
Visuvalingam telah dipecat hanya kerana mereka mengamalkan demokrasi yang
diperjuangkan oleh DAP iaitu demokrasi demonstrasi.
Sikap
hipokrit DAP ini amat jelas apabila mereka yang paling lantang
menjerit tentang soal demonstrasi dalam demokrasi dan apabila pihak Kementerian
Dalam Negeri menahan penyokong yang menyertai demokrasi maka BN akan dituduh
sebagai anti demokrasi. Namun apabila pemimpin mereka sendiri melancarkan
demonstrasi, mereka pula dipecat.
Kesimpulannya
DAP adalah sebuah parti yang mengamalkan nepotisme, kronisme, rasisme dan anti
demokrasi.
No comments:
Post a Comment