Bekas
rakan karib Anwar, Datuk S. Nallakaruppan semalam menggesa agar kes saman
fitnah yang dikemukakan terhadapnya dapat diteruskan dengan segera. Menurut
ahli dewan negara itu, kes saman fitnah yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang
perlu disegerakan dan tidak ditangguhkan lagi.
Nala di
dalam satu sidang media yang diadakan sebelum ini berkata, sepanjang
persahabatan mereka selama 30 tahun banyak rahsia Anwar yang cukup diketahuinya
termasuk yang berbentuk peribadi.
"Mahkamah
adalah landasan terbaik untuk saya mendedahkan segala perilaku dan rahsia
Anwar. Sebab itu dalam perkara ini, saya tidak mahu bertindak terburu-buru.
Nalla berkata beliau hairan mengapa Pakatan Rakyat melantik Anwar untuk
menjadi pemimpin pembangkang. Beliau juga menggesa pemimpin PAS, Datuk Nik
Aziz, untuk mengeluarkan fatwa untuk membenarkan biseksual untuk menjadi
pemimpin islam
"Anwar
Ibrahim adalah seorang biseksual, Orang menganggap beliau adalah seorang Muslim
yang baik, tetapi saya tidak. Saya mencabar beliau (untuk kemukakan saman),
jika dia adalah orang yang di pihak benar. "
"Dia
boleh menipu orang ramai, tetapi hakikatnya ialah beliau mahu merosakkan
negara. Saya akan mendedahkan di mahkamah. Saya mencabar Anwar mengenai perkara
ini," katanya.
Ekoran
kenyataan itu, pada 26 Mac 2012, Anwar selaku plaintif telah mengemukakan saman
fitnah terhadap Nalla dan Utusan Melayu (M) Bhd. berhubung petikan ringkas yang
disiarkan oleh akhbar itu pada 20 Mac 2012.
Menurut
Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) itu juga, beliau tidak gentar
dengan saman Anwar itu dan akan bersedia dengan pelbagai bukti.
Saya
tunggu, biarkan beliau heret saya ke mahkamah dan saya tak akan lari. Saya akan
bawa bukti, sudah 30 tahun saya berkawan dengannya," katanya dalam sidang
akhbar semalam.
Dalam
pada itu beliau menyatakan rasa hairan dengan tindakan Anwar yang kebelakangan
ini mengambil tindakan menarik balik atau menyelesaikan saman fitnah mengikut
terma-terma tertentu melibatkan beberapa individu.
Paling
menarik apabila banyak pihak sebelum ini mengatakan saman fitnah Anwar ini
hanyalah merupakan gimik dan sandiwara murah untuk menarik simpati rakyat.
Mereka juga turut melahirkan keyakinan bahawa ia akan ditarik balik di saat-saat
akhir.
Malah
apabila diteliti semua tindakan yang dilakukan sebelum ini, ternyata ia
menepati seperti yang diramalkan itu. Contohnya kes saman fitnah Anwar terhadap
tokoh akademik, Dr. Chandra Muzaffar yang berjumlah RM10 juta sebelum ini telah
ditarik balik dan direkodkan untuk penyelesaian di luar mahkamah.
Begitu
juga dengan dua saman fitnah yang difailkan olehnya sebelum ini terhadap
Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy
Jamaluddin turut diselesaikan di luar mahkamah.
Persoalannya
apakah Anwar berani untuk meneruskan saman terhadap Nalla ini atau ia juga akan
ditarik kembali pada saat-saat akhir. Bak kata pepatah ‘Berani Kerana Benar,
Takut Kerana Salah’.