Friday, 9 November 2012

Rafizi Nie Bengong, Perasan & Tak Sabar Nak Jadi YB …..

Noh Omar sendiri terpaksa menunggu sehingga 40 minit untuk membuat sidang media
kerana tempat itu dimonopoli oleh Rafizi


Kelakarlah dengan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli nie …. Bukan main bengang dier sebab selepas nie selagi dia tak menang atau jadi YB (Ahli Parlimen) dia tidak lagi akan berpeluang menggunakan ruang sidang media Ahli Parlimen di Dewan Rakyat …..

Ini kerana Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia baru-baru nie membuat larangan penggunaan sudut sidang media di lobi Parlimen oleh mereka yang bukan Ahli Parlimen.

Larangan lisan tersebut berkuat kuasa serta merta kerana tidak mahu sudut bertulisan ‘Parlimen Malaysia Sidang Media’ disalahguna oleh mereka yang bukan Ahli Parlimen.

Dier nie bukannya apa… benganglah sebab kalau buat kat tempat lain, dia susah nak dapat liputan yang meluas …. Kalau takat buat kat Ibu Pejabat PKR, hanya MalaysiaKini dan Malaysian Insider sahajalah selain beberapa akhbar berbahasa Cina sahaja yang akan buat liputan …..

Mana tak kawan-kawan wartawan bengang, kalau mamat jambu nie buat sidang media kat Lobi Parlimen, bukannya sidang media tetapi dia buat Ceramah Terbuka….

Noh Omar, salah seorang ahli parlimen dan Menteri yang terkena dengan karenah pelik mamat jambu nie …. Baru-baru nie Noh terpaksa menunggu sehingga 45 minit sebelum dapat membuat PC, hanya kerana Ceramah Terbuka yang dibuat mamat jambu nie …..

No comments:

Post a Comment