Showing posts with label pakatan rakyat. Show all posts
Showing posts with label pakatan rakyat. Show all posts

Thursday, 25 April 2013

Isu Hudud: Pakatan berbeza haluan namun masih menafikan



Kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Haron Din tentang rancangan Pakatan melaksanakan hukum hudud sekiranya berjaya ke Putrajaya telah menimbulkan pelbagai reaksi dari rakyat.

PM Najib menjelaskan bahawa perbezaan pendapat, dan dominasi PAS dalam isu hudud, jelas menunjukkan kurangnya kredibiliti dalam kalangan pemimpin-pemimpin PR.

Karpal Singh terus membidas kenyataan Haron Din dengan berkata bahawa agenda PAS itu akan menimbulkan huru-hara dan konflik.

Tan Sri Khalid Ibrahim turut membidas kenyataan Haron Din dengan berkata bahawa hudud tidak sesuai dilaksanakan di sebuah negara berbilang bangsa & agama seperti Malaysia.

Pertelagahan sesama sendiri dalam Pakatan Rakyat nampaknya semakin ketara menjelang hari pembuangan undi.

Sunday, 15 July 2012

Himpunan Oren: Usaha Pembangkang Untuk Mendapat Publisiti Murah


Pada Perhimpunan BERSIH 3.0 yang lepas, pihak pembangkang hanya berjaya mendapatkan sekitar 25,000 peserta iaitu jauh tersasar dari jumlah sasaran seramai 500,000 orang.   Mungkin kerana tidak puas hati, dan ingin ‘test power’ memandangkan Pilihanraya semakin hampir maka satu lagi percubaan untuk menggerakkan seramai mungkin penyokong mereka melalui demonstrasi, diadakan pada siang tadi.  Kali ini, dengan memakai nama Himpunan Oren pula yang bertujuan kononnya untuk ‘menyelamatkan Felda’.  

Menurut mereka, para peserta adalah terdiri dari anak-anak Felda tetapi kita mendapat tahu bahawa ada pekeliling yang dikeluarkan oleh PAS untuk mengerahkan ahli-ahli mereka turun beramai-ramai menyertainya.   Perlu diingatkan bahawa tiada pula pekeliling yang sama dikeluarkan oleh DAP, bukan hanya kerana DAP tidak cukup bodoh untuk menyertai balaci mereka di dalam PAS untuk berbuat sesuatu yang sia-sia, tetapi juga kerana DAP tidak berminat dengan isu ini memandangkan Felda adalah isu orang Melayu.

Dari laporan laman-laman web pro-pembangkang, Himpunan Oren dikatakan mencapai sasaran iaitu disertai oleh 20,000 orang.  Namun, mengikut laporan rasmi akhbar-akhbar utama, ianya hanya berjaya mengumpul sekitar 2,000 – 3,000 orang. 

Jika dilihat dari gambar-gambar yang dipaparkan oleh kedua-dua belah pihak dan dibandingkan dengan gambar-gambar dari BERSIH 3.0 yang disertai oleh 25,000 orang, nampaknya jumlah peserta Himpunan Oren adalah tidak sampai separuh pun dari BERSIH 3.0. 

Dan penulis percaya, majoriti peserta-peserta adalah orang-orang yang sama yang menyertai demonstrasi BERSIH sebelum ini, dan juga demonstrasi Hijau, demonstrasi PTPTN dan entah apa-apa demonstrasi lagi yang didalangi pembangkang. 

Pendek kata, apapun demonstrasi yang diadakan oleh pembangkang, jumlah maksima peserta yang mampu dicapai ialah sekitar 20,000 sahaja.  Dan selalunya jauh tersasar.   Jika pembangkang boleh berbangga dengan angka ini, jelaslah mereka benar-benar berada dalam keadaan yang amat kronik. 

Apapun, sekali lagi kita mengucapkan tahniah kepada pembangkang kerana berjaya melakukan satu lagi kerja sia-sia dan kerana berjaya memperbodohkan orang-orang Melayu.  

Hakikatnya, FGV telah disenaraikan dengan jayanya pada 28 Jun lalu.  Ia mendapat perhatian meluas dari pelabur di seluruh dunia sekali gus menunjukkan keyakinan mereka.  Kita pasti, suatu hari nanti Felda akan berjaya menjadi sebuah konglomerat global.

Semua ini mampu dicapai tanpa se-inci pun tanah peneroka tergadai. 

Malah, peneroka telah pun mendapat manfaat darinya dalam bentuk ‘durian runtuh RM15,000’  dan bakal mendapat lebih banyak lagi dari segi dividen, bonus dan berbagai-bagai lagi, terutamanya dalam jangka masa panjang dan tidak semestinya dalam bentuk wang tunai. 

Justeru, sikap pembangkang yang memperdaya segelintir anak-anak Felda untuk membantah sesuatu yang baik untuk mereka amatlah tidak bertanggungjawab.  

Sedangkan, pembangkang cukup maklum bahawa kerja mereka hari ini adalah sia-sia kerana penyenaraian telah pun dilakukan dan majoriti peneroka tidak ada masalah dengannya.  Memorandum yang mereka serah tidak ada nilai sama sekali.   Lebih dari itu, analisis yang dilakukan oleh pemerhati politik menunjukkan bahawa sokongan terhadap BN semakin meningkat di kalangan warga Felda. 

Kita tahu bahawa apa yang pembangkang ingin capai hari ini bukanlah untuk membatalkan penyenaraian atau apa-apa yang berkaitan dengannya kerana mereka tahu itu adalah mustahil. 

Tujuan pembangkang hanyalah untuk meraih publisiti, selain beberapa orang kroni mereka ingin membuat sedikit wang dengan membuka gerai menjual T.Shirt, air mineral dan beberapa barangan lain. 

Jelas sekali yang pembangkang sudah ketandusan isu dalam menuju pilihanraya.  Maka, kerana ketiadaan isu, mereka akan melakukan apa saja semata-mata untuk memastikan rakyat tidak lupakan mereka 

Tuesday, 3 July 2012

Opposition Is Worried Over ‘Janji Ditepati’ Advert


It seems that the closer the election gets, the worrier opposition is. Not just the fact that they are anxious over their scandals, they are also worried over small matters such as the ‘janji ditepati’ advertisements which makes them uneasy.

That is how powerful such moderate adverts are where they got to a point where their web portal, Suara Pakatan Rakyat had to advise opposition leaders.

We do understand that the opposition is not only anxious over efforts taken by Barisan Nasional for rakyat all these while, it showed rakyat that the opposition had not done even a single thing even though they have been ruling for almost a term in a few states.

Like what was admitted by Suara PR website, even though Pakatan Rakyat could not compete with BN in the usage of medias to influence rakyat, and even if they have such capability, PR still do not have any record to show their service to rakyat.

That is why id PR is given any slots for advert in TV, we believe that all they would do is just provide empty promises and never mention anything they have done for rakyat.

Not that rakyat do not know any of their 'kind services' such as free water in Selangor, it did not cover the whole state and did not provide any huge impact to the lives of rakyat, like what what mentioned by the pro-opposition website.

Perhaps their loyal supporters look at such advertisements as sarcasm for BN's election campaign. But, what is important here is that the advert is a fact, not fantasy or lies, Few of them include BR1M, school aid worth RM100, 1Malaysia Clinic and others which cannot be denied by anyone even opposition supporters.

They even use all of the facilities provided despite of the mockery and insults that they made to the government.

The worse situation is when the opposition themselves 'blessed' and 'reccomend' that their supporters use all of the benefits provided by BN and at the same time hoping that their supporters would keep on opposing BN.

Thus, the opposition could keep on saying that BN is using the media for their political interest through advertisements but what is important here is that rakyat do understand the message that is given to them and the truth which cannot be twisted.

If the opposition wishes to be anxious with those adverts, they should not criticize every single one of them. Instead, they should try to fulfil their promises. The question is, can they do it?

Friday, 16 March 2012

Najib Dah Minta Maaf. Hadi, Kit Siang, Anwar…. Bila Lagi Nak Minta Maaf?



Sumber: Sahabat-Gunung

Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak memohon maaf baru-baru ini kepada rakyat atas kepincangan lampau Barisan Nasional, adalah satu contoh terbaik pemimpin yang berjiwa besar. Tindakan beliau mencerminkan keikhlasannya untuk berkhidmat kepada rakyat, ujar Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Mohd Zahrain Hashim.

“Perdana Menteri telah memohon maaf atas kepincangan lampau BN tetapi saya pasti rakyat pasti tertanya-tanya jika pemimpin-pemimpin pembangkang akan menuruti langkah Datuk Seri Najib.

Saya rasa, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang juga harus meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas peranan mereka dalam mencetuskan peristiwa berdarah 13 Meu 1969,” ujarnya mengulas ucapannya membahas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pagi tadi.

Tambahnya, pemimpin PAS juga harus meminta maaf kepada seluruh rakyatMalaysia, khususnya umat Islam kerana membakul sampahkan perjuangan menegakkan negara Islam. Dalam masa yang sama, Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang juga harus meminta maaf secara terbuka kerana mengkafirkan pemimpin, ahli serta penyokong UMNO menerusi Amanat Haji Hadi yang kini nyata telah memakan diri sendiri.

“Begitu juga dengan video seks seorang pemimpin pembangkang (Anwar Ibrahim) yang kini tersebar luas di IndonesiaJepunIndia dan beberapa negara serantau. Saya sendiri telah menerima puluhan panggilan telefon dari kenalan di beberapa negara jiran yang terkejut dengan aksi lucah pemimpin pembangkang tersebut.

Apakah pemimpin ini juga akan memohon maaf kepada rakyat Malaysiakerana telah mendatangkan aib kepada negara. Rakan-rakan di Indonesia kini menggelar pemimpin pembangkang tersebut sebagai ‘Duta Porno Malaysia’. Ini amat memalukan negara kita,” tambahnya lagi.

Sehubungan dengan itu, beliau mendesak pemimpin pembangkang ini memohon maaf secara terbuka kerana memalukan rakyat dan negara Malaysia di mata dunia.